Ahad, 4 Disember 2011

MASALAH UMNO IALAH TERLALU RAMAI BUDAK PENGEMBALA KAMBING DALAM GUDANG.


AL KISAH BUDAK PENGEMBALA KAMBING
DALAM GUDANG
(Punca Utama UMNO Di Benci Rakyat dan Melayu)

Seorang otai UMNO memberitahu hamba dalam sesi minum kopi campur teh tarik. Katanya, " Masalah UMNO ialah masalah Budak Pengembala Kambing Dalam Gudang" 

Lalu Hamba bertanya, " Maksud To' Ayah?" 

Sambil matanya merenung sayu beliau menjawab " Terlalu ramai yang tidak sepatutnya berada dalam jawatan diberikan jawatan. Ibarat budak pengembala kambing duduk dalam gudanglah. Apa yang dia tahu nak uruskan sebuah gudang?"

Sambil menghela nafas panjang beliau menyambung "Apabila kita memberikan amanah kepada yang tidak tahu akibatnya pekerjaan tidak sempurna. Bila pekerjaan tidak sempurna sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat. Bila ada kemarahan sudah tentu timbulnya kebencian" 

Bila direnungkan kembali kata-katanya, Hamba bersetuju. UMNO menjadi lemah bukan kerana fitnah DAP, PAS atau PKR. Lihat sahaja semasa era Tun Dr Mahahtir. UMNO di sanjung dan dijadikan harapan semua bangsa baik tua atau muda. Hatta kebangkitan Reformasi pun tidak mampu menerjah UMNO. 

Kata-katanya itu bersesuaian dengan kata Tun Dr Mahathir serta ucapan DS Najib dalam PAU 2011. 

Seterusnya To' Ayah berkata " Jika budak pengembala kambing kembali kepada pekerjaan mereka dan menyerahkan kembali Gudang kepada Pengurus Gudang, UMNO akan menang lebih besar dalam PRU 13 dan rakyat kembali menyokong UMNO tanpa sebarang syak lagi."

Persoalannya sekarang adakah Budak Pengembala Kambing yang kini duduk dalam Gudang sanggup berkorban demi sebuah perjuangan tanpa balasan dan pengorbanan tanpa batasan? Masih belum cukupkah kekayaan dan kemewahan yang diperolehi semasa berada dalam Gudang? Hamba hanya tahu menghisap Gudang Garam Nusantara berwarna Merah Putih berharga RM3.50 bebas duti dari Langkawi sahaja.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PENJELASAN KEPADA ISU YANG TIDAK ADA ISU -KR1M.

KR1M - ISU YANG BUKAN ISU
(Bedilan Pembangkang Kepada Rakyat)

Isu yang tiada isu.

Itulah yang dismpulkan oleh rakan bloger MyMassa untuk isu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Hamab amat bersetuju benar. 

Kenapa tiada isu? Kerana orang yang membangkitkan isu ini sendiri tidak membeli belah di KR1M tetapi menggunakan kelemahan produk KR1M untuk meraih dividen politik. Malah mereka turut membedil kepentingan rakyat. Menjeaskan peluang rakyat mendapat manafaat membeli barang keperluan pada harga rendah.

Jika benar mereka ini prihatin dengan nasib rakyat bawahan yang terpaksa beli barang murah, kenapa pembangkang tidak memeriksa produk-produk di  KEDAI 2 RINGGIT YANG MANA BARANGAN KEDAI TERSEBUT DIIMPORT DARI CHINA YANG TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PIAWAI?

Jawapannya mudah. Sasaran mereka bukan kebajikan rakyat tetapi hanya untuk membedil musuh politik mereka dan kepentingan rakyat.

Jom kita teliti penjelasan isu yang tiada isu ini (KR1M).

*Sebar-sebarkan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

SKIM PONZI FRATERNITI KELAB BUDAK TINGKAT 4 DALAM GLC. UMNO TUTUP MATA?


UMNO DI BENCI KERANA SKIM PONZI FRATERNITI KELAB BUDAK TINGKAT 4 DALAM GLC.
(Hangpa Ingat Hartabenda GLC Milik Kerajaan Tok Nenek Hangpa Punya Ka?)

Skim Ponzi yang menjadi punca kejatuhan pasaran hartanah di USA di mana mencetuskan kesan rantaian domino kemelesetan ekonomi sedunia sedikit masa dulu kini diubahsuai kembali oleh fraterniti kelab budak tingkat 4. Pandai mereka menipu secara songsang dalam bidang ekonomi. Apakah kelayan dan pengalaman mereka? Mereka sendiri tidak berkemampuan mengurus dan membuka sebuah gerai burger di tepi jalan tapi hairannya diberikan kepercayaan penuh mengurus dan menentukan halatuju ekonomi negara melalui Skim Ponzi rekaan mereka sendiri. Kerana apa? Semata-mata atas sebab kabel dalam UMNO mereka mampu naik dan dipercayai sebagai berkaliber (kaliber 3.5 mm meriam kecil). Mereka tidak bersemangat patriotik dan tidak menyintai apa-apa selain hartabenda sahaja. 

Mereka berada berada di atas tanpa melalui peringkat bawahan kerana kemahiran mereka berbohong mengenai kepakaran mereka. Jika mereka bermula dari bawah maka terserlahlah kedunguan mereka. Habis jahanamlah kerjaya mereka dan impian mereka untuk mengaut kemewahan secara mudah. Mereka sanggup menipu UMNO. Mereka sanggup mengkhianati perjuangan UMNO. Sedangkan di luar sini berapa ramai anak muda mudi Malaysia berkelulusan luar negara yang lebih berpengalaman dan berkelayakan serta lebih bersemangat patriotik daripada Fraterniti Budak Tingkat 4 dibiarkan sahaja terkontang kanting.

Semua skim yang mereka usulkan kepada kerajaan di dalam GLC merupakan SKIM PONZI dalam bentuk kesamaran berbunyi Polisi Liberalisasi. Mereka menaikkan kos perkhidmatan untuk menyusahkan rakyat demi kebahagiaan diri mereka sendiri. Apa mereka peduli dengan kesan kebencian rakyat kepada UMNO kerana bagi mereka GLC adalah harta pusaka nenek moyang mereka dan UMNO hanyalah sebagai Pemegang Amanah unutk kepentingan mereka.

GLC yang ditubuhkan seperti MAHB, SIME DARBY, PETRONAS dan banyak lagi dijadikan bahan Barter-Trade dalam SKIM PONZI tersebut. Kononnya atas dasar Liberalisasi. Kepala Hotak Mereka! Sedarkah kita bahawa GLC tersebut ditubuhkan demi kepentingan rakyat Malaysia? Tapi kenapa para lanun korporat seperti mereka diberikan kepercayaan menguruskan dan mentadbirkan GLC tersebut? Pada akhirnya mereka akan melelong semua kepentingan rakyat Malaysia melalui penguasaan pelabur-pelabur asing di dalam GLC. Akhirnya rakyat Malaysia bekerja dengan syarikat milik orang asing di bumi sendiri!

Ambil contoh dalam semua kontroversi yang dibangkitkan oleh bos AirAsia yang dikatakan menjadi ayam tambatan mereka dalam SKIM PONZI tersebut. Akibat kontroversi yang tercetus UMNO di benci oleh rakyat dan golongan muda mudi terpelajar. Apa faedahnya sebuah lapangan terbang LCCT di Labu? Apa faedahnya berebutkan jenama F1 LOTUS dengan Proton Holdings?

UMNO sepatutnya terajang kesemua Fraterniti Budak Tingkat 4 dari semua jawatan yang mereka pegang sekarang jika UMNO mahu golongan muda mudi kembali menyokong UMNO tanpa sebarang keraguan. BUANG FRATERNITI SOKONGAN KEMBALI.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MASA BERTEMPUR SAHAJA KEPIMPINAN UMNO BERSAMA YEA TOK.


Terimakasih ....


MASA BERTEMPUR BERSAMA
MASA LAIN TOK MACAMANA?

Kepada bala tentera Cyber,
UMNO siap bersama saudara,
Kita pertahankan Putrajaya,
1Malaysia pastikan berjaya.

Memetik ucapan Dato' Zahid Hamidi (Naib Presiden UMNO) dari rakan bloger Dr Novandri (UMNO Pulau Pinang-bloger-Pejuang Maya) Dato' Zahid Hamidi sekali lagi mengingatkan kepimpinan UMNO (di semua peringkat) agar bersama pejuang maya pro UMNO/BN (yang tak bertuan serta buat kerja percuma untuk Alif Baa Taa - Sesetengah Pemimpin UMNO memang suka benda percuma). Tontonilah klip video ucapan ini.


JAWAPAN PANTUN 

Kami Pejuang Siber Tak Bertuan
Berani Mati Kerana Allah Ta'ala sebenar Tuhan 
Tidak Meminta Upah Daripada Tuan
TEPUK DADA TANYA IMAN!

TERBARU PAKEJ 'BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT' PAS -NABI PALSU NIK AZIZ.


PAKEJ BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT
(PAKEJ TERBARU PAS)

Bagi memastikan apa yang dikatakan oleh seorang penceramah muda PAS bahawa semua orang 'alim dalam PAS adalah Nabi, maka PAS memperkenalkan Pakej ' Bertaubat Sebelum Terlambat'. Dalam Pakej ini antara dosa-doa yang diampunkan oleh Nabi Palsu Nik Aziz ialah dosa berzina, doa meliwat, dosa merogol sesama jantina, dosa menipu rakyat, dosa memperalatkan agama, doa menyesatkan akidah umat Islam, dosa menghina Allah swt, dosa menghina Rasullullah s.a.w. serta dosa-dosa lain. 

Inilah wajah PAS. Sewajarnya PAS ini ditarbiyahkan kembali kerana mereka sudah tidak kenal siapa Allah swt, siapa Rasullullah s.a.w. dan siapa Nabi serta siapa Ulama Warisatul Anbiya'.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

OPOCOT ... LAA DAH PENUTUP #PAUMNO 2011 TAHNIAH ANDA SEMUA BERJAYA!



PENUTUPAN PAUMNO 2011
SEMUANYA BERJAYA.
(Ada Yang Tertinggal Ke?)


Laungan Keramat

Ikrar Taat Setia

Segala Puji bagi Allah subhanahuwata'ala. PAUMNO 2011 dengan rasminya di tutup petang tadi. Dalam ucapan penggulungan DS Najib telah membidas keras Pendajal Utama di Malaysia , Pak Seks Anwar Ibrahim. Andaikata Pak Seks Anwar Ibrahim hadir dan mendengar alunan keras balunan DS Najib tersebut hamba amat percaya akan terputuslah urat nyawa Pak Seks Anwar Ibrahim dek terkejut. Antara lain DS Najib berkata:
"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan. Kononnya, kata Datuk Najib, Si Ketua Penipu ni kata 'kami juara'. Tapi dalam masa yang sama, parti sendiri pun masih kucar-kacir dan tak terurus. Selain itu, Datuk Najib turut membidas dakwaan berkenaan Si Ketua Penipu itu akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo'. "Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia cakap ni? Saya tanya Yang di-Pertuan Agong pun baginda gelengkan kepala," katanya  sambil tersenyum. Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Datuk Seri Najib berkaitan dengan agenda 16 Sepetember yang pernah dijanjikan oleh Si ketua Penipu tu sebelum ini. Kononnya, kata Si Ketua Penipu tu, ada 30 orang ahli Parlimen Barisan Nasional yang sedia untuk melompat parti dan memberi laluan kepada dia untuk jadi PM. Hakikatnya, dakwaan tersebut hanya merupakan satu Pembohongan yang maha besar pernah dilakukan oleh seorang pemimpin dalam Malaysia ni.  Bukan setakat orang di Malaysia sahaja yang dia tipu, habis satu dunia ni dah dikencingkannya hidup - hidup. Datuk Seri Najib juga turut bertanya, berapa kali Si Ketua Penipu tu berani mengangkat sumpah bagi menepis segala fitnah yang katanya dilemparkan terhadap dia selama ini? "Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah? Di dalam masjid? Tak de.  Di luar masjid? Tak de. Malah di mahkamah pun, tak berani. Masuk dalam kandang, tak berani bersumpah," kata Najib.
PAS turut di sergah serta di sindir oleh DS Najib sebagai kelaun (bangang) dan menyeru agar PAS memutuskan hubungan kekasih gelapnya iaitu DAP (Dajal Almasikh Party) " Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal dari jadi rakan DAP" 


Pada pandangan peribadi hamba sendiri apakah UMNO memerlukan PAS untuk meraih sokongan orang Islam? Tidakkah bilangan dan penyokong UMNO jauh lebih besar dari PAS? 


Kepada pengundi Melayu pula, silalah bertanya soalan ini kepada diri anda sendiri ' Apakah keperluannya mengundi sebuah parti seperti PAS DAP PKR sedangkan sudah ada sebuah parti yang selama ini menjaga kebajikan mereka'


TEPUK DADA TANYA IMAN!