UMNO DI BENCI KERANA SKIM PONZI FRATERNITI KELAB BUDAK TINGKAT 4 DALAM GLC.
(Hangpa Ingat Hartabenda GLC Milik Kerajaan Tok Nenek Hangpa Punya Ka?)
Skim Ponzi yang menjadi punca kejatuhan pasaran hartanah di USA di mana mencetuskan kesan rantaian domino kemelesetan ekonomi sedunia sedikit masa dulu kini diubahsuai kembali oleh fraterniti kelab budak tingkat 4. Pandai mereka menipu secara songsang dalam bidang ekonomi. Apakah kelayan dan pengalaman mereka? Mereka sendiri tidak berkemampuan mengurus dan membuka sebuah gerai burger di tepi jalan tapi hairannya diberikan kepercayaan penuh mengurus dan menentukan halatuju ekonomi negara melalui Skim Ponzi rekaan mereka sendiri. Kerana apa? Semata-mata atas sebab kabel dalam UMNO mereka mampu naik dan dipercayai sebagai berkaliber (kaliber 3.5 mm meriam kecil). Mereka tidak bersemangat patriotik dan tidak menyintai apa-apa selain hartabenda sahaja.
Mereka berada berada di atas tanpa melalui peringkat bawahan kerana kemahiran mereka berbohong mengenai kepakaran mereka. Jika mereka bermula dari bawah maka terserlahlah kedunguan mereka. Habis jahanamlah kerjaya mereka dan impian mereka untuk mengaut kemewahan secara mudah. Mereka sanggup menipu UMNO. Mereka sanggup mengkhianati perjuangan UMNO. Sedangkan di luar sini berapa ramai anak muda mudi Malaysia berkelulusan luar negara yang lebih berpengalaman dan berkelayakan serta lebih bersemangat patriotik daripada Fraterniti Budak Tingkat 4 dibiarkan sahaja terkontang kanting.
Semua skim yang mereka usulkan kepada kerajaan di dalam GLC merupakan SKIM PONZI dalam bentuk kesamaran berbunyi Polisi Liberalisasi. Mereka menaikkan kos perkhidmatan untuk menyusahkan rakyat demi kebahagiaan diri mereka sendiri. Apa mereka peduli dengan kesan kebencian rakyat kepada UMNO kerana bagi mereka GLC adalah harta pusaka nenek moyang mereka dan UMNO hanyalah sebagai Pemegang Amanah unutk kepentingan mereka.
GLC yang ditubuhkan seperti MAHB, SIME DARBY, PETRONAS dan banyak lagi dijadikan bahan Barter-Trade dalam SKIM PONZI tersebut. Kononnya atas dasar Liberalisasi. Kepala Hotak Mereka! Sedarkah kita bahawa GLC tersebut ditubuhkan demi kepentingan rakyat Malaysia? Tapi kenapa para lanun korporat seperti mereka diberikan kepercayaan menguruskan dan mentadbirkan GLC tersebut? Pada akhirnya mereka akan melelong semua kepentingan rakyat Malaysia melalui penguasaan pelabur-pelabur asing di dalam GLC. Akhirnya rakyat Malaysia bekerja dengan syarikat milik orang asing di bumi sendiri!
Ambil contoh dalam semua kontroversi yang dibangkitkan oleh bos AirAsia yang dikatakan menjadi ayam tambatan mereka dalam SKIM PONZI tersebut. Akibat kontroversi yang tercetus UMNO di benci oleh rakyat dan golongan muda mudi terpelajar. Apa faedahnya sebuah lapangan terbang LCCT di Labu? Apa faedahnya berebutkan jenama F1 LOTUS dengan Proton Holdings?
UMNO sepatutnya terajang kesemua Fraterniti Budak Tingkat 4 dari semua jawatan yang mereka pegang sekarang jika UMNO mahu golongan muda mudi kembali menyokong UMNO tanpa sebarang keraguan. BUANG FRATERNITI SOKONGAN KEMBALI.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa