AL KISAH BUDAK PENGEMBALA KAMBING
DALAM GUDANG
(Punca Utama UMNO Di Benci Rakyat dan Melayu)
Seorang otai UMNO memberitahu hamba dalam sesi minum kopi campur teh tarik. Katanya, " Masalah UMNO ialah masalah Budak Pengembala Kambing Dalam Gudang"
Lalu Hamba bertanya, " Maksud To' Ayah?"
Sambil matanya merenung sayu beliau menjawab " Terlalu ramai yang tidak sepatutnya berada dalam jawatan diberikan jawatan. Ibarat budak pengembala kambing duduk dalam gudanglah. Apa yang dia tahu nak uruskan sebuah gudang?"
Sambil menghela nafas panjang beliau menyambung "Apabila kita memberikan amanah kepada yang tidak tahu akibatnya pekerjaan tidak sempurna. Bila pekerjaan tidak sempurna sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat. Bila ada kemarahan sudah tentu timbulnya kebencian"
Bila direnungkan kembali kata-katanya, Hamba bersetuju. UMNO menjadi lemah bukan kerana fitnah DAP, PAS atau PKR. Lihat sahaja semasa era Tun Dr Mahahtir. UMNO di sanjung dan dijadikan harapan semua bangsa baik tua atau muda. Hatta kebangkitan Reformasi pun tidak mampu menerjah UMNO.
Kata-katanya itu bersesuaian dengan kata Tun Dr Mahathir serta ucapan DS Najib dalam PAU 2011.
Seterusnya To' Ayah berkata " Jika budak pengembala kambing kembali kepada pekerjaan mereka dan menyerahkan kembali Gudang kepada Pengurus Gudang, UMNO akan menang lebih besar dalam PRU 13 dan rakyat kembali menyokong UMNO tanpa sebarang syak lagi."
Persoalannya sekarang adakah Budak Pengembala Kambing yang kini duduk dalam Gudang sanggup berkorban demi sebuah perjuangan tanpa balasan dan pengorbanan tanpa batasan? Masih belum cukupkah kekayaan dan kemewahan yang diperolehi semasa berada dalam Gudang? Hamba hanya tahu menghisap Gudang Garam Nusantara berwarna Merah Putih berharga RM3.50 bebas duti dari Langkawi sahaja.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Yang jadi lebih parah, pengembala kambing yg duduk dalam gudang terlupa yg "dia" adalah pengembala kambing dan terasa amat seleasa dgn gudang yg "dia" duduki.Lantaran itu, x mungkin "dia" akan kembali menjadi pengembala kambing dgn rela hati selagi pemilik gudang masih membenarkan dia berada di situ.Jika senario ini berterusan, siapa yg patut dipersalahkan sebenarnya? Fikir²kanlah.
BalasPadamDi KT Gudang Garam sebungkus RM4.50 ! Kambing saya tak tahu bang, saya tak makan sebab panaaaaaz ...
BalasPadamassalam tn,
BalasPadampemilik gudang sebenarnya terkeliru samada beliau ini pemilik gudang atau pemilik kandang kambing. beliau masih terkesima sebab diwariskan gudang yang dulunya dimiliki oleh pemilik kandang kambing yang menguruskan gudang. maka pemilik gudang juga bertambah hairan kerana walaupun mengurus gudang, beliau selalu terdengar bunyi kambing mengembek di dalam gudangnya. walaupun begitu beliau tahu yang mengembek sebenarnya adalah si pengembala kambing tapi dibiarkan sahaja dan berimiginasi seolah2 beliau sedang menguruskan kandang kambing hanya kerana ingin bersikap berterima kasih pada mantan pemilik gudang. dan akhirnya beliau juga sangat berbahagia mengembek bersama2 pengembala2 kambing walaupun beliau tahu di dalam gudang tak ade 1pun kambing.
hehe.. begitulah hikayat 1gudang 1kambing
... mamu ampang