Jumaat, 11 November 2011

GUAN END TAKUT HADAPI PILIHANRAYA .



BUBAR SEMUA DUN ATAU TUNGGU.  Lim Guan End telah menyatakan pendiriannya enggan membubarkan DUN Pulau Pinang serentak dengan pembubaran Parlimen. Lima alasan akan diberikan olehnya.Salah satunya beralasankan ISA masih belum dimansuhkan dan lapan tuntutan BERSIH masih belum dilaksanakan, Alasan sahaja. Beralasan memang mudah, Berikanlah apasaja alasan. Apa niat sebenarnya? Niat sebenarnya ialah mengelak daripada menghadapi pilihanraya. Pakatan Haramjadah sudah mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai rencana 'merampas kuasa'. Ini sudah jelas diperkatakan oleh Sam Ketot. Jika mereka tewas dalam pilihanraya mereka akan 'merampas kuasa' di jalanan pula. Pada waktu itu segala kuasa-kuasa asing akan masuk campurtangan seperti yang berlaku di Libya, Mesir dan Tunisia. Sememangnya Pakatan Haramjadah merupakan ancaman keselamatan terbesar buat rakyat dan negara ini. Pendirian Pakatan Haramajdah adalah jelas dalam soal pembubaran DUN di bawah penguasaan mereka yakni mereka tidak samasekali akan membubarkanya serentak dengan pembubaran Parlimen.

BARISAN NASIONAL sewajibnya mempunyai Pelan Tindakan Bersepadu, Pelan Tindakan Susulan dan Pelan Tindakan Balas pada setiap masa unutk menghadapi Pakatan Haramjadah. Pada masa yang sama, BARISAN NASIONAL amat perlu menyatupadukan semua jentera-jenteranya untuk menghadapi Pakatan Haramjadah, Bak kata pepatah, "Biarlah Ada Daripada Tiada". Memantapkan semua jentera di semua peringkat adalah amat perlu sekali, Berbelanjalah untuk itu. Jangan terlalu kedekut dan kikir. Semua jentera Barisan Nasional amat perlu di suntik dengan semangat kental.

Kita mengharapkan agar kepimpinan BARISAN NASIONAL mampu melakukan tindakan terbaik menghadapi karenah Pakatan Haramjadah dalam hal ini. Kalau Hamba mudah sahaja, Hamba tidak akan membubarkan DUN juga jika Pakatan Haramjadah enggan membubarkan DUN di bawah pentadbiran mereka.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SIDANG DUN SELANGOR, RUPANYA DEMOKRASI SUDAH MATI SEJAK 2008 DI SELANGOR.


DEMOKRASI SUDAH MATI DI DUN SELANGOR.  Setelah mengikuti persidangan DUN Selangor selama tiga hari apa yang dapat disimpulkan ialah Demokrasi Sudah Lama Mati Di Selangor Sejak 2008.  Kalau hari pertama Pakatan Haramjadah menjanjikan GERAN SELANGORKU RM 300 JUTA lebih mahal daripada Soft Loan RM250 juta Projek Fidlot Nasional pada hari ini semua ADUN Selangor dan semua ahli Parlimen Pakatan Haramjadah dijanjikan iPAD3. Ahli politik Pakatan Haramjadah berjaya menzahirkan Budaya Memperkayakan Ahli Politik Memperhambakan Rakyat. Amalan dan budyaa politik di Selangor tidak banyak berubah melonjak melangkaui sebarang proses Reformasi pun. Sebaliknya ianya mengundur sejauh zaman pemerintahan British Malaya. Selama 3 hari ini hanya ADUN-ADUN Barisan Nasional yang banyak mempersoalkan mengenai kebijaksanaan dan keberkesanan jentera serta perlaksanaan polisi-polisi awam Pakatan Haramjadah di Selangor. Polisi 'Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) lebih banyak menguntungkan Pakatan Haramjadah daripada rakyat kebanyakan. Tanyalah kepada semua rakyat kebanyakan pernahkah mereka merasai manafaat daripada mana-mana program di bawah MES, akan terngangalah mulut mereka. MES lebih menumpukan kawasan-kawasan di mana pengundinya memihak kepada Pakatan Haramjadah sahaja. Khalid G juga banyak tidak menjawab soalan dan hanya mempamirkan kemahirannya berbohong sebagai seorang seorang tokoh korporat. Apabila di minta memperincikan segala butiran program di bawah GERAN SELANGORKU RM300 JUTA dan hasil-hasil program MES yang di bawah MENTERI BESAR INCOPORATED (MBI), Khalid G hanya banyak membebel dan merepek sepertimana seorang Ahli Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat eksekutif korporat. Kematangan berpolitik di pihak Pakatan Haramjadah masih berada di tahap rendah. Sentimen anti Melayu amat jelas terpapar pada setiap perkataan dan perbuatan mereka. Mereka begitu membenci Melayu. Inilah kematangan politik Pakatan Haramjadah. DAP ternyata lebih berkuasa dan berdominasi dalam Pakatan Haramjadah. Oleh itu Pakatan Harmajadah hanya memperjuangkan aspirasi politik DAP yang bersifat cauvinis, rasis dan anti Islam / Melayu. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GERAN SELANGORKU RM300 JUTA UNTUK SIAPA?



GERAN SELANGORKU RM300 JUTA. Angin takde ribut takde tiba-tiba pentadbiran Pakatan Haramjadah mahu mengwujudkan GERAN SELANGORKU berjumlah RM300 juta. Tidak ada sebarang  perincian mahupun butiran lengkap diberikan sehingga kini oleh Khalid G. Malah ianya dibiarkan berlalu begitu saja tanpa sebarang semakan dan melalui proses ketelusan dalam apjua bentuk. Berbeza dengan tindakan kerajaan Barisan Nasional dalam isu Projek Fidlot Nasional yang berani memberikan jawapan dan berhadapan dengan semua pertanyaan ahli Parlimen Pakatan Harmajadah mengenainya. Malah Projek tersebut telah melalui proses pengauditan yang diakui sendiri oleh Anwar Ibrahim sebagai 'Tidak mungkin melakukan kesilapan.' Kewibawaan Rafizi JMB, Sapari Yakob, Mak Lempira dan Saifudin Nasution dalam mengemukakan maklumat-maklumat serta penilaian mereka ke atas Projek Fidlot Nasional ternyata amat mencurigakan kesahihannya dan kebenarannya. Perlu diingati bahawa penilaian yang merkea tidak disahkan oleh mana-mana pihak ketiga bebas. Justeru itu bolehkah kita meletakkan kepercayaan kepada kata-kata yang keluar dari mulut busuk mereka sebagai penzahiran kepada hati busuk mereka yang hitam legam seperti bontot kuali di dapur arang.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SANTAI BDTB 2


BAHAGIAN SATU
Bab Dua.
'Kucing Belang & Kucing Dua Tiga Ekor'

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga semua kena curi
Manakan sama Pakatan punya temberang

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh dan selamat pagi kepada semua warga Malaysia, pemastautin tetap, PATI, pelancong, para pelajar, para mahasiswa, peniaga runcit, surirumahtangga, kuli batak, perompak, penyamun, Ah Loong, penyeludup, kakitangan awam, seniman dan seniwati, segala Menteri-menteri orang kenamaan, bloger elit, bloger Otai, bloger tak bertuan dan bloger cibai. Kalau ada yang tertinggal itu kerana Hamba dah malas nak menaipkannya. Apa cerita semua pada hari ini?

Semalam ada bahagian dunia sedang berperang, ada yang mati kebulur ada mati kena tembak dengan perompak, ada yang buang bayi ada yang kena potong bekalan elektrik ada yang kena kejar dengan Ah Loong ada yang kena rogol ada yang kena loteri ada yang mati eksiden ada yang dapat anak baru ada yang kawin baru ada yang bercerai ada yang untung dan ada yang rugi. Itu biasa adat kehidupan. Takde makhluk yang boleh kawal tentukan apa yang bakal berlaku, usaha boleh tapi tak dapat menentukannya. Cuma jangan duduk berdiam itu maknanya 'Berusaha Untuk Berdiam Diri'.

Dalam banyak-banyak kelompok manusia pada hari ini kelompok yang paling beruntung ialah kelompok ahli politik. Apakan tidak, setiap hari mereka cuma fikir dan berusaha untuk mengekalkan jawatan, kekalkan kuasa dan cari duit banyak-banyak. Bila rakyat marah barulah hendak menghulurkan tangan. Memang senang hidup dan kehidupan mereka selama ini. Cakap kosong, buat temberang sikit, tiap bulan dapat gaji tambah komisyen projek. Itulah kerja semua ahli politik di Malaysia ini. Tak pernah berubah sikit pun. Takat cakap dan sembang je ler kerja. Kalau tak berkenan di hati bermasam muka sampai mati.

Kalau sudah mula hilang pengaruh dan kuasa barulah turun segala jenis mata. Paling banyak turun ialah matawang, ramai lah pulak menjadi Mata Duitan kerananya. Tapi itu kan rezeki memasing. Kita ini di pihak rakyat kebanyakan (bukan marhaen) setiap hari dok mengharap saja lah. Harap ekonomi naik. Harap barangan keperluan turun dan bermacam-macam pengharapan. Usahanya tidak juga. Dok asik marahkah ahli politik saja dah jadi satu  kerja kita pulak.  

Mesej pada artikel kali ini ialah kita kena bijaksana lah lebih daripada ahli politik. Jangan asik duduk kritik sana kritik sini. Biar buat kerja itu ada hasilnya. Kalau takde hasil tapi nak buat kerja itu bangang tak sudah namanya. Cuma ingatlah, kalau sumber kewangan kita hanya berharap kepada ahli politik maknanya kita perhambakan diri kepada mereka. Apakata mulai sekarang semua buat iltizam sungguh-sungguh yakni biar ahli politik makan duit kita maknanya ahli politik yang jadi HAMBA ABDI KITA, Yea tak? Barulah Dapur Kita Mula Berasap.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SANTAI BDTB.


BAHAGIAN SATU.
Bab I 
Bahagi Tiga Kurang Satu.


Bermulalah bagi hidup ini di sebuah negara yang entah apa namanya kerana dahulunya di sebut orang 'Semenanjung Emas' akan sebelum itu 'Antah Berantah' sebelum itu 'Gangga Nagara' sebelum itu 'Galingga' sebelum itu 'Sriwijaya' dan bermacam nama sebutan yang telah hilang dari pengetahuan. 

Arakian hanya diketahui beberapa nama sebutan yang tahu yakni Tanah Melayu, Semenanjung Tanah Melayu, Malaya dan kini Malaysia. Dahulunya sebelum datang Benggali Putih dari arah atas angin, di perintah oleh Raja-raja dan kemudiannya oleh Sultan-sultan. 

Maka cerita ini bukanlah berlaku di zaman silam melainkan hanya terjadi pada suatu masa suatu waktu yang sukar hendak diperkirakan kerana belum ada jam tangan Omega. Malah pada waktu jaman sekarang pun sukar juga orang mahu tahu waktu kerana jam Omega asyik hilang di pergelangan tangan. 

Sedang pada waktu demikian tiada nama lah pada negara atau negeri atau daerah atau kampung atau tempat melainkan disebutkan oleh orang sebagai 'Nusantara' tempat Melayu duduk berkampung. 

Berceritalah oleh seorang penduduk kampung. Orang tuha. Tidak nyanyuk kuat ingatan, " Tanah ini dulu nenek moyang yang buka. Sekarang ini berkongsi ramai. Dulu semua nama sebut-sebut Melayu saja. Sekarang semua nama di bahagi tiga kurang satu' Maka peliklah segala yang mendengar. Ada yang tercengang. Ada yang ternganga, Ada gelak kecil. Ada yang terpinga-pinga. Ada yang terus mempersenda. Bermacam-macam pe'el lah keluar. Lalu di sindir oleh budak muda" Atok, apa yang atok dok sembang meroyan ini?'  Lalu di tegur oleh seorang anak muda ' Ish ... Jangan sampok sebelum orang tuha habis bercakap.'  Orang Tuha itu hanya senyum-senyum saja melihat gelagat semua orang.

'Kalau tak faham bertanyalah' katanya. " Hah Atok apakebendenyer Bahagi Tiga Kurang Satu?' tanya budak muda dengan marah kerana termalu di tegur begitu.

'Dulu tanah ini satu sahaja. Sebelum datang Benggali Putih." jawab Orang Tuha dengan tenang. 

'Bila Benggali Putih datang dibahaginya Tanah ini menjadi tiga. Bila Orang Putih datang dikurangkannya satu'

"Ya la Tok... apa yang dikurangkang satu tur? Apa yang dibahagikan tiga?" desak budak muda.

"Kalau nak tahu .... dulu Pulau Pinang, Melaka, Singapura bawah jajahan orang Putih. Negeri lain di sebut Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bila merdeka, Singapura tidak dimasukkan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Itulah maksud atok, Dibahagikan Tiga Kurang Satu."

'Kemudian selepas merdeka Singapura dimasukkan ke dalam Malaysia tapi dek kerana Melayu terlalu percayakan Lee Kuan Yew dan ada Melayu pula bencikan UMNO maka terpisahlah sekali lagi Singapura"

"Cuma sekarang ini ada pulak orang Melayu yang hendak pisah-pisahkan sesama Melayu dan sokong DAP. Jadi kalau orang Melayu masih taknak sedar juga elok-elok ada 1 MALAYSIA bakal kekal bahagi tiga juga kurang satu' kata orang Tuha itu.

"Apa maksud Tok nie?' tanya budak muda sambil mengelap=ngelap hingusnya yang meleleh.

" Ya la sekarang ini kita ada BARISAN NASIONAL. Satu Parti untuk semua. Bila Pakatan Haramjadah di buat oleh tiga parti berbeza ideologi hendak buang BARISAN NASIONAL, apa jadi? Tak ke itu namanya Malayisa ini akan dibahagiakan antara tiga parti tanpa SATU PARTI UNTUK SEMUA SEPERTI SEKARANG?"

Barulah budak muda itu angguk-angguk kepala tanda setuju.

~TAMAT BAB 1~