BAHAGIAN SATU
Bab Dua.
'Kucing Belang & Kucing Dua Tiga Ekor'
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga semua kena curi
Manakan sama Pakatan punya temberang
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh dan selamat pagi kepada semua warga Malaysia, pemastautin tetap, PATI, pelancong, para pelajar, para mahasiswa, peniaga runcit, surirumahtangga, kuli batak, perompak, penyamun, Ah Loong, penyeludup, kakitangan awam, seniman dan seniwati, segala Menteri-menteri orang kenamaan, bloger elit, bloger Otai, bloger tak bertuan dan bloger cibai. Kalau ada yang tertinggal itu kerana Hamba dah malas nak menaipkannya. Apa cerita semua pada hari ini?
Semalam ada bahagian dunia sedang berperang, ada yang mati kebulur ada mati kena tembak dengan perompak, ada yang buang bayi ada yang kena potong bekalan elektrik ada yang kena kejar dengan Ah Loong ada yang kena rogol ada yang kena loteri ada yang mati eksiden ada yang dapat anak baru ada yang kawin baru ada yang bercerai ada yang untung dan ada yang rugi. Itu biasa adat kehidupan. Takde makhluk yang boleh kawal tentukan apa yang bakal berlaku, usaha boleh tapi tak dapat menentukannya. Cuma jangan duduk berdiam itu maknanya 'Berusaha Untuk Berdiam Diri'.
Dalam banyak-banyak kelompok manusia pada hari ini kelompok yang paling beruntung ialah kelompok ahli politik. Apakan tidak, setiap hari mereka cuma fikir dan berusaha untuk mengekalkan jawatan, kekalkan kuasa dan cari duit banyak-banyak. Bila rakyat marah barulah hendak menghulurkan tangan. Memang senang hidup dan kehidupan mereka selama ini. Cakap kosong, buat temberang sikit, tiap bulan dapat gaji tambah komisyen projek. Itulah kerja semua ahli politik di Malaysia ini. Tak pernah berubah sikit pun. Takat cakap dan sembang je ler kerja. Kalau tak berkenan di hati bermasam muka sampai mati.
Kalau sudah mula hilang pengaruh dan kuasa barulah turun segala jenis mata. Paling banyak turun ialah matawang, ramai lah pulak menjadi Mata Duitan kerananya. Tapi itu kan rezeki memasing. Kita ini di pihak rakyat kebanyakan (bukan marhaen) setiap hari dok mengharap saja lah. Harap ekonomi naik. Harap barangan keperluan turun dan bermacam-macam pengharapan. Usahanya tidak juga. Dok asik marahkah ahli politik saja dah jadi satu kerja kita pulak.
Mesej pada artikel kali ini ialah kita kena bijaksana lah lebih daripada ahli politik. Jangan asik duduk kritik sana kritik sini. Biar buat kerja itu ada hasilnya. Kalau takde hasil tapi nak buat kerja itu bangang tak sudah namanya. Cuma ingatlah, kalau sumber kewangan kita hanya berharap kepada ahli politik maknanya kita perhambakan diri kepada mereka. Apakata mulai sekarang semua buat iltizam sungguh-sungguh yakni biar ahli politik makan duit kita maknanya ahli politik yang jadi HAMBA ABDI KITA, Yea tak? Barulah Dapur Kita Mula Berasap.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa