BAHAGIAN SATU.
Bab I
Bahagi Tiga Kurang Satu.
Bermulalah bagi hidup ini di sebuah negara yang entah apa namanya kerana dahulunya di sebut orang 'Semenanjung Emas' akan sebelum itu 'Antah Berantah' sebelum itu 'Gangga Nagara' sebelum itu 'Galingga' sebelum itu 'Sriwijaya' dan bermacam nama sebutan yang telah hilang dari pengetahuan.
Arakian hanya diketahui beberapa nama sebutan yang tahu yakni Tanah Melayu, Semenanjung Tanah Melayu, Malaya dan kini Malaysia. Dahulunya sebelum datang Benggali Putih dari arah atas angin, di perintah oleh Raja-raja dan kemudiannya oleh Sultan-sultan.
Maka cerita ini bukanlah berlaku di zaman silam melainkan hanya terjadi pada suatu masa suatu waktu yang sukar hendak diperkirakan kerana belum ada jam tangan Omega. Malah pada waktu jaman sekarang pun sukar juga orang mahu tahu waktu kerana jam Omega asyik hilang di pergelangan tangan.
Sedang pada waktu demikian tiada nama lah pada negara atau negeri atau daerah atau kampung atau tempat melainkan disebutkan oleh orang sebagai 'Nusantara' tempat Melayu duduk berkampung.
Berceritalah oleh seorang penduduk kampung. Orang tuha. Tidak nyanyuk kuat ingatan, " Tanah ini dulu nenek moyang yang buka. Sekarang ini berkongsi ramai. Dulu semua nama sebut-sebut Melayu saja. Sekarang semua nama di bahagi tiga kurang satu' Maka peliklah segala yang mendengar. Ada yang tercengang. Ada yang ternganga, Ada gelak kecil. Ada yang terpinga-pinga. Ada yang terus mempersenda. Bermacam-macam pe'el lah keluar. Lalu di sindir oleh budak muda" Atok, apa yang atok dok sembang meroyan ini?' Lalu di tegur oleh seorang anak muda ' Ish ... Jangan sampok sebelum orang tuha habis bercakap.' Orang Tuha itu hanya senyum-senyum saja melihat gelagat semua orang.
'Kalau tak faham bertanyalah' katanya. " Hah Atok apakebendenyer Bahagi Tiga Kurang Satu?' tanya budak muda dengan marah kerana termalu di tegur begitu.
'Dulu tanah ini satu sahaja. Sebelum datang Benggali Putih." jawab Orang Tuha dengan tenang.
'Bila Benggali Putih datang dibahaginya Tanah ini menjadi tiga. Bila Orang Putih datang dikurangkannya satu'
"Ya la Tok... apa yang dikurangkang satu tur? Apa yang dibahagikan tiga?" desak budak muda.
"Kalau nak tahu .... dulu Pulau Pinang, Melaka, Singapura bawah jajahan orang Putih. Negeri lain di sebut Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bila merdeka, Singapura tidak dimasukkan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Itulah maksud atok, Dibahagikan Tiga Kurang Satu."
'Kemudian selepas merdeka Singapura dimasukkan ke dalam Malaysia tapi dek kerana Melayu terlalu percayakan Lee Kuan Yew dan ada Melayu pula bencikan UMNO maka terpisahlah sekali lagi Singapura"
"Cuma sekarang ini ada pulak orang Melayu yang hendak pisah-pisahkan sesama Melayu dan sokong DAP. Jadi kalau orang Melayu masih taknak sedar juga elok-elok ada 1 MALAYSIA bakal kekal bahagi tiga juga kurang satu' kata orang Tuha itu.
"Apa maksud Tok nie?' tanya budak muda sambil mengelap=ngelap hingusnya yang meleleh.
" Ya la sekarang ini kita ada BARISAN NASIONAL. Satu Parti untuk semua. Bila Pakatan Haramjadah di buat oleh tiga parti berbeza ideologi hendak buang BARISAN NASIONAL, apa jadi? Tak ke itu namanya Malayisa ini akan dibahagiakan antara tiga parti tanpa SATU PARTI UNTUK SEMUA SEPERTI SEKARANG?"
Barulah budak muda itu angguk-angguk kepala tanda setuju.
~TAMAT BAB 1~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa