Selasa, 26 Julai 2011

RAHSIA PEMILIH BERUSIA 100 TAHUN.

ADA BAGUSNYA WACANA SINAR HARIAN baru-baru ini, barulah kita nampak jelas di mana letaknya KEPINCANGAN  pilihanraya dan SPR, rupa-rupanya hanya di dalam khayalan proaktif minda kelas ketiga pembangkang sahaja. Ada satu isu yang menarik perhatian ialah mengenai pemilih yang berusia 100 tahun di dalam daftar pemilih. Sejauhmana kebenarannya tidaklah kita ketahui. Menurut Timbalan Pengarah SPR, senarai daftar pemilih yang ada sekarang adalah kelangsungan dari daftar pemilih pada 1956. Pada waktu itu jumlah pemilih ialah 2 juta lebih. Sekarang ada 12 juta pemilih.


Agak menghairankan juga kerana bagaimana pembangkang boleh tahu ada pemilih berusia 100 tahun di dalam senarai daftar pemilih ? Sejak bilakah mereka (pembangkang) menyedarinya? Dua persoalan in berlegar di dalam kotak fikiran JS sendiri. Malah di dalam fb ada yang berani mengatakan terdapat 1600 pemilih berusia 100 tahun di Perak. Wow, bagaimana mereka boleh tahu dan dari mana mereka memperolehi maklumat tersebut? 

Jika difikirkan, senarai pemilih yang ada berjumlah 12 juta orang, untuk mengasingkan pemilih berusia 100 tahun lebih mengambil masa yang begitu lama. Mustahil pembangkang ada masa, tenaga dan wang begitu banyak untuk memobilisasikan lebih 12 juta orang untuk semak setiap satu nama dalam senarai daftar pemilih.

Jadi apakah kesimpulan logik yang boleh kita buat? Tidakkah ini bermakna pemilih-pemilih tersebut merupakan penyokong-penyokong pembangkang sendiri ? Usia seratus tahun di kira sejak 1956 dan dalam tahun itu berapa ramai yang menyokong PKM ? Tidakkah ini sesuatu yang boleh di terima akal? Sudah tentulah pembangkang mempunyai rekod mengenainya.

Sistem kad pengenalan diperkenalkan semasa darurat dan ramai yang pada itu sendiri pun keliru dengan usia masing-masing. Tahap pendidikan pun masih rendah. Rata-rata kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Ingeris semuanya kantoi. Kemahiran matematik pun amat rendah. Penggunaan kalendar pun tidak seperti sekarang. Sijil kelahiran pun tidak ada pada masa itu. Jaid masing-masing main hantam sajalah berikan umur dan butiran kelahiran. 

Pernah ada cerita mengenainya semasa pihak berkuasa hendak membuat kad pengenalan pada waktu itu,  ada seorang pakcik bila di tanya polis (kerana pada waktu itu polis yang diberi kuasa untuk mengambil butiran)  Polis: ' Berapa usia pakcik dan lahir di mana?' antara jawapan-jawapan yang diterima adalah seperti berikut:

'Sama usia dengan pokok kelapa depan rumah encik'
'Ntahlah, bidan Mak Minah pun dah meninggal'
'Saya nikah masa banjir besar dulu encik'
'Masa Jepun dulu saya besar anak Tok Penghulu'

Berdasarkan kepada argumen di atas adakah logik isu Pemiih usia seratus tahun untuk diketengahkan ? Hai takka nak beri jawapan begini pula 'ENTAHLAH ENCIK, SAYA LAHIR MASA REFORMASI BUAT DEMONSTRASI"

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KEBANGKITAN SENTIMEN MING YUEN'GERAKAN RAKYAT' PKM.

MIN YUEN dalam bahasa Melayu bermaksud 'GERAKAN RAKYAT' merupakan sel/unit pengintipan PKM semasa darurat yang membekalkan makanan, maklumat dan perisikan kepada unit-unit tempur PKM yang berada di dalam hutan.  Kini semangat dan sentimen MIN YUEN dihidupkan kembali oleh pembangkang sebagai wadah dan cara untuk menggulingkan kerajaan yang sah di pilih oleh rakyat. Amatlah mendukacitakan kerana fahaman lapuk dan kuno PKM dijadikan pencetus revolusi coup-d'etat ala pemberontakan komunis masa darurat.


Kalau dahulu anggota-anggota MIN YUEN dianggotai majoritinya oleh komuniti Cina yang serba salah disebabkan oleh ugutan bunuh oleh anggota PKM tetapi sekarang ini ianya dianggotai oleh mereka yang bencikan kerajaan akibat pengapian kebencian oleh pembangkang sejak 1998. 

Dari sentimen MIN YUEN inilah timbullak slogan-slogan daripada pembangkang mengenai RAKYAT, DUIT RAKYAT, KETUANAN RAKYAT, APALAGI RAKYA? HABIS SEMUA DIBINKAN KEPADA RAKYAT. Selepas ini BANK RAKYAT juga hendak dikaitkan dengan mereka?

Apa yang mereka bawakan dan amalkan amatlah merbahaya kepada masadepan rakyat Malaysia. Jika dibiarkan dan hanya diberikan amaran, lama-kelamaan mereka akan menjadikan BUDAYA POLEMIK & REVOLUSIONER sebagai BUDAYA POLITIK KOTOR . Natijahnya terkena kepada generasi-generasi Malaysia di masa depan sebagai berpotensi menjadi PENGGANAS / TERORIS ANTARABANGSA, adakah ini yang hendak kita wariskan kepada generasi muda kita?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

VIDEO YANG MENJAHANAMKAN BN DITERBITKAN ! HABIS LAAA .....BINAWE!

BINAWE ! ... keluar lagi video BERSIH 2,O yang bakal meranapkan BN ..... seot jek .... ni kena kerja obertaim la untuk membuat counter balik ..... kuat beno pembangkang buat kelentong, lepas satu .. satu pembohongan diaorg buat, Apa pun saksikan klip video yang terhangat ini lepas kita GELAK KUAT-KUAT dan JERIT ........

Hidup Rakyat !!!!!!!
Hidup Rakyat !!!!!!
Hidup Rakyat !!!!!!
Sokong PR Undi BN !!!!!!!!





Amcam Ok tak ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!
sokong PR undi BN !

EDISI SARAPAN: Kawan Dengan Sahabat.

EDISI SARAPAN senaman minda dan pembukaan kalbu, mengajak semua pembaca untuk merenung mengenai KAWAN dan SAHABAT, Dalam dunia hari ini yang bertuhankan kepada wang ringgit, pangkat dan harta sifat-sifat baik seseorang itu bukanlah ukuran lagi kepada penerimaan seseorang itu sebagai kawan, rakan dan sahabat sebaliknya ialah apakah yang boleh dipergunakan dan diperalatkan seseorang itu untuk membantu diri sendiri mencapai matlamat dan tujuan. Susah senang orang itu tidak lagi menjadi persoalan pokok. Hanya rakan, kawan dan sahabat sejati sahaja yang memandang kepada sifat-sifat baik seseorang itu dan bersahabat dengan kita kerana ALLAH SWT semata-mata bukan kerana menghendaki sesuatu daripada kita. Malah mereka pun tidak mengharapkan balasan daripada kita di atas segala pertolongan dan bantuan yang mereka berikan. Kelompok seperti ini dalam sejuta baru ada seorang. Paling ramai sekarang ini ialah jenis kawan teman sahabat dan rakan yang mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Menurut Imam Syafie' ada tiga jenis kategori sahabat, teman dan kawan, Pertama, mereka yang seperti ubat, yakni apabila kita sakit kita akan berjumpa dengan mereka. Kedua, mereka yang seperti penyakit, kita yang sihat menjadi sakit kerana mereka dan yang ketiga mereka yang sentiasa mengingatikan kita kepada Allah swt walaupun mereka tidak bercakap sepatah pun.

Para hukama' ada menceritakan bahawa jika berkawan dengan penjual minyak wangi maka berbau harumlah seluruh badan kita tetapi jika berkawan dengan pengangkat najis maka berbau busuklah seluruh badan kita. Rasulullah s.a.w. mempunyai empat orang sahabat akrab ayng menjadi penolong dan pembantunya. Ini menunjukkan bahawa dalam kehidupan kita, kita mungkin ada hanya 4 orang sahabat akrab yang begitu dekat dengan hati kita. Selebihnya sekadar kawan bersukaria semasa gembira dan selagi kita ada kepentingan untuk mereka. Carilah 4 orang sahabat akrab anda yang ditakdirkan oleh ALLH SWT ke atas anda dan and kena ingat jua anda juga ada 4 orang musuh akrab.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GUAN ENG ALAMI KEMURUNGAN MELAMPAU.

Kerja JS cukup mudah, ada artikel yang menarik dan boleh pecah rating, JS perpanjangkan sahaja dalam blog JS agar kebenaran tersebut terus menerus berada di alam maya. Ketik saja bebutang papan kekunci akan keluarkan berjela-jela panjang artikel-artikel gerombolan kami yang menjadi igauan ngeri kepada pemimpin-pemimpin pembangkang. Itulah yang terjadi kepada Guan Eng akhir-akhir ini. Akibat terlalu kecewa dengan sikap dan sifat berani berubah (atas dorongannya juga tapi menuju ke arah lain) RAZALI yang dahulunya menjadi harapan Guan Eng untuk merekrut orang MELAYU agar begasak dengan MELAYU, kini kembali ke pangkal jalan.


DI bawah ini disertakan gambar yang menyebabkan Guan Eng kini mengalami kemurungan berpanjangan, dengarkata dia enggan makan nasi dan yong tau foo makanan kegemaran beliau sebaliknya hanya termenung menongkat dagu serta sekali sekal kedengaran suaranya mendayu-dayu menyebut-nyebut nama ' Rajali .. Rajali ... Rajali .. lu mana pigi ?" 



TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANWAR DAH KEMATIAN AKAL.

Anwar Ibrahim dan konco-konconya semakin tertekan kerana setiap konspirasi dan pembohongan mereka sentiasa saja terbongkar terdedah Bermula dari episod sebab musabab utama diadakan demonstrasi jalan haram di atas tiket 8 tuntutan tidak masuk akal, yang tercetus sejurus Anwar Ibrahim dipanggil membuat pembelaan kerana pendakwaraya berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Ini bermakna, anggapan perundangan bahawa dia tidak bersalah sehingga dibuktikan sudah gugur kerana pertuduhan kepadanya sudah dibuktikan. Di peringkat ini bermakna dia adalah bersalah sehingga dia membuktikan dia tidak bersalah,

Dia kemudiannya ke Indonesia dan sekembalinya dia ke sana, tercetus di sana sini percikan-percikan awal revolusi melalui ceramah-ceramah yang dilakukan oleh sam kemetot menyeru dan menghasut pro Anwar agar bangkit turun ke jalanan untuk melakukan revolusi ala Mesir. Sam kemetot dengan angkuh mengakui bahwa ilmu menggulingkan kerajaan sudah ada dalam tangannya.

Sebaik saja, Muktamar PAS ke 57 berlangsung dan kepimpinan tinggi PAS diambilalih oleh puak  Erdogan PAS yang proseks Anwar dan Mat Sa Bu Hong dilantik menjadi Timbalan Presiden PAS , bermulalah gerakkerja revolusi jalanan yang dinamaan BERSIH 2.0 diketuai dan dikepalai oleh Ambiga.Segalanya sudha di rancang dengan baik. Apabila tiada tentangan daripada kepimpinan PAS, maka PAS lah menjadi kuda tunggangannya. DAP hanya menantikan hasil sahaja.

Pembongkaran peringkat awal oleh para bloger pro UMNO/BN, mencetuskan  suatu bantahan yang amat efektif di kalangan rakyat jelata yang membuahkan hasil di mana 3 ,000 lebih laporan polis membantah BERSIH 2.0. Hampir saja gelombang tersebut didiamkan oleh kuda-kuda kayu trojan dan anai-anai dalam UMNO. Alhadu-lillahir-robbil-'alamiin, usaha mereka tidak berjaya.

Selepas episod demi episod dilakukan oleh kumpulan BERSIH 2.0 di bawah arahan Anwar Ibrahim untuk memberikan momentum kepada BERSIH 2.0 digagalkan sehingga niat jahatnya terbongkar apabila kedegilan ditunjukkan oleh Ambiga selepas YDPA bertitah , lapuran polis membantah BERSIH 2.0 semakin meningkat bilangannya.

PDRM dan KDN menunjukkan keefektifan mereka dengan membuat tangkapan-tangkapan pencegahan awal. Kali ini, pembangkang agak terkedu kerana tidak boleh mempersalahkan PDRM disebabkan bilangan laporan polis membantah terlalu banyak. Oleh itu pusingan pertama mereka sudah kalah.

Masuk pusingan kedua, PDRM mula membuat sekatan akses dan memohon perintah mahkamah melarang hampir 97 orang daripada memasuki kawasan-kawasan tertentu di Kuala Lumpur selama sehari. Terpampang jelas di dada-dada akhbar muka-muka 'wanted' yang di larang masuk.

Apabila tiba hari yang dinantikan, BERSIH 2.0 telah gagal mencapai matlamat dan sasaran mereka. Selepas itu, pendedahan demi pendedahan dilakukan bloger pro UMNO/BN mengenai penipuan-penipuan dan konspirasi jahat Anwar Ibrahim. Pelbagai adegan-adegan lakunan yang diskripkan oleh Anwar didedahkan.

Akhirnya, apa yang Anwar ibrahim lakukan ? Terpaksalah mencari seorang MENANTU JAMBU ! Phewitttttttttttt !!!! Moga-moga Kak Wan Jijah dan anaknya Anwar Ibrahim tidak berkongsi .......................








TEPUK DADA TANYA IMAN