Selasa, 10 Mei 2011

KEMASKINI TERKINI KG SG KERANDANG HULU SELANGOR: KETUANAN RAKYAT MERAMPAS HAKMILIK RAKYAT MISKIN


Kg Sungai Kerandang, Hulu Selangor merupakan sebuah pertempatan majoriti orang Melayu yang menduduki tanah tersebut sejak 25 tahun lalu dan menjadi tempat mereka menari rezeki bagi menampung penghidupan mereka seharian selama ini. Terdapat 40 buah keluarga Melayu di bawah katergori Miskin Luar Bandar. Selama ini mereka diberikan hak TOL menduduki oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa di ganggu gugat, kini setelah PKR, DAP & PAS Selangor mengambilalih, Hak Rakyat Misin di injak-injak dan tidak diberikan sebarang hakmilik pegangan kekal sepertimana yang diberikan kepada penduduk-penduduk minoriti kaum DAP yang mendapat layanan isitimewa jauh berbeza dengan orang Melayu di Kg Kerandang. 

1. Berikut adalah dipetik dan di ambil daripada entri blog Kamaluddin's blog NASIB ORANG KG KERANDANG HULU SELANGOR DI TANGAN KERAJAAN KETUANAN RAKYAT PASDAPKR  lihatlah bagaimana Kerajaan Ketuanan Rakyat menindas dan menzalimi rakyat miskin dan betapa wakil-wakil Tuan Rakyat di bawah kerajaan Ketuanan Rakyat melayani dan menyelesaikan masaalah rakyat yakni dengan merobohkan dan menghapuskan terus pertempatan mereka tanpa perikemanusiaan!

Dan lihatlah ( dalam gambar ke 2) bagaimana kerajaan 1 MALAYSIA yang selama ini di tuduh sebagai Rasis dan Zalim, berusaha dan membantu rakyat miskin ! Inilah SEMANGAT 1 MALAYSIA YANG SEBENARNYA!


Rintihan Rakyat Miskin Yang Tidak Didengari oleh
Pakatan Jahat PASDAPKR
Apakh Dosa mereka sehingga mereka dizalimi oleh PKR Selangor?


YB Kamal, AP Hulu Selangor [BN] sedang berbincang dengan
rakan-rakan lain dalam BN , Dato Idris [UMNO] dan Woon {MCA]
Mengenai Masalah Rakyat Kg Kerandang
Membuktikan bahawa Barisan Nasional bukan RASIS !
1 MALAYSIA IN ACTION!



Segala kekuatan jentera kerajaan Negeri dipergunakan oleh PKR Selangor untuk menzalimi Rakyat Miskin di Kg Kerandang
Seperti Rejim Zionis Menghalau rakyat Palestin


Keangkuhan Rejim PKR Selangor
Jentera Berat di Bawa masuk untuk menindas dan menzalimi rakyat miskin
Kebun, Dusun dan Rumah Kediaman selama 25 Tahun 
Mahu di ratah dan di mamah oleh jentera berat Rejim PKR Selangor!



Setelah Berjaya Menipu Rakyat
Rejim Ketuanan Rakyat PKR Selangor
Merampas Hak Rakyat Sesuka Hati mereka!



Rakyat Ditinggalkan Sendirian oleh Rejim Ketuanan Rakyat PKR Selangor
Dimanakah Laungan REFORMASI ?
Di manakah Ketuanannya Rakyat bila berhadapan dengan
REJIM KETUANAN RAKYAT INI?




KINI TANAH INI MILIK SIAPA?
RAKYAT ATAU KRONI REJIM KETUANAN RAKYAT PKR SELANGOR?

2. Kita masih ingat bagaimana Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR mempersoalkan mengenai kesusutan jumlah hektar Tanah Rizab Melayu dan secara membabi buta tuli menuduh UMNO penyebab keusustan itu sedangkan pada masakini dalam banyak hal keadaan berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan malah di Perak semasa Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR ialah tidak ada 1 pun usaha mereka menambahkan bilangan Tanah Rizab Melayu yang dikatakan sebagai menyusut malah dalam kejadian penzaliman ke atas rakyat di Kg Buah Pala dan terkini di Kg Sg Kerandang terbukti Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKRlah yang merompak HAK RAKYAT yang sepatutnya menjadi TUAN dalam KETUANAN RAKYAT sebaliknya menjadi HAMBA KEPADA TUAN RAKYAT PAKATAN JAHAT PASDAPKR! KEMBALIKAN HAK RAKYAT!

Kita turut bersimpati dan merasa sedih dengan perkara yang berlaku kepada orang Kg Sg Kerandang keran di tipu , di tindas dan dizalimi oleh Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR . Sebelum ini kita pernah mendengar keangkuhan Khalid MB Selangor dari Rejim Jahat mahu mengurniakan hakmilik sekian sekian banyak kepada rakyat tapi rakyat kelas yang mana satu? Kelas Kroni atau kelas Marhaen ? Jelas bukan? Ketuanan Rakyat bukan untuk Rakyat Marhaen ! Tepuk Dada Tanya Iman.

PKR SELANGOR SEMAKIN DUNGU DAN ZALIMI RAKYAT! KEMASKINI RINGKAS TERKINI KG KERANDANG HULU SELANGOR.

Pagi tadi pada hari ini, penduduk Kampung Kerandang Hulu Selangor dikejutkan dengan tindakan Zalim dan Tidak berperikemanusiaan PKR Selangor yang memperjuangkan KETUANAN RAKYAT dengan cara pemerintahan penindasan zalim ke atas rakyat. Maklumat berikut di petik daripada laman facebooker yang hadir di masa kejadian PKR Selangor mahu merobohkan perkampungan Melayu Kg Kerandang.

1. Sila baca dan lihat catitan ini, dan bayangkanlah betapa zalimnya PKR Selangor ini dan betapa dendamnya PKR Selangor kerana kekalahan mereka dalam PRK Parlimen DI Hulu Selangor. Rakyat marhaen mahu dihukum dengan begitu kejam oleh PKR Selangor sama seperti terjadi kepada penduduk kg Buah Pala Pulau Pinang,


  • Wong Koon Mun
    jom! 10/5/11 tlng kumpul di Bkt Tagar Tol Jam 8.00am krn Kerajaan PKR Selangor akan meroboh dusun dan kediaman di Sg Kerandang yg telah usaha selama 20 tahun ! apalah kerajaan merakyatkan rakyat?? semua tipu!! mari semua dtng mempertahankan penduduk & pengusaha dusun yg telah tumpah darah kawasan memajukan Kg Sg Kerandang
    10 minit yang lalu ·  · 
    • Mohd Hasnor Hasnan sukakan ini.
      • Mummy Rita Hebat tu hebat...tanda kehebatan.....dan Lelaki Anugerah Tuhan itu memang sedang memacu ANUGERAHnya....hahhahahaahhahaah
        beberapa saat lalu · 
  • Wong Koon Mun Sdng bttang pgkuasa Phutanan Sel di Kg Kerandang sejak jam 8.30am krn nak meroboh rmh kg & Dusun udah 25Thn busaha ! krj PKR yg zalim!
    http://bit.ly/jkxAGP
    12 minit yang lalu ·  · 


2. Adakah ini perlaksaanaan polisi terbaru PKR Selangor dalam MERAKYATKAN EKONOMI dan menjulang tinggi KETUANAN RAKYAT? Nah ! Sekarang ini jelas siapa TUAN dan siapa HAMBA ABDI!

Anda masih mahu mempercayai PKR Selangor dengan KETUANAN RAKYAT dan MERAKYATKAN EKONOMI? Adil konon, Telus konon, Kredibiliti konon, semuanya BOHONG BELAKA! JOM PERTAHANKAN HALK RAKYAT YANG DIZALIMI OLEH PKR SELANGOR DI BAWAH SLOGAN KETUANAN RAKYAT DAN MERAKYATKAN EKONOMI !MEREKA BOHONGI RAKYAT!

GEMPAR!!! RINGKAS TERKINI LANGSUNG DARI KG KERANDANG HULU SELANGOR!

Pagi ini penduduk Kampung Kerandang Hulu Selangor berhempas pulas dan mempertahankan kampung tradisional mereka daripada diturunkan nilainya oleh kerajaan Pakatan Jahat PASDAPKR. Menurut sumber yang dihubungi, Teresa Kok telah memberikan maklumat salah kepada pihak Pejabat Hutan Negeri Selangor. Mujurlah Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Kamal dan ADUN YB Dato Idris Bakar serta jentera BN turun dan membantu orang kampung. Terkini, kampung tersebut terselamat buat seketika.
1. Lapuran awal mengenainya pertama kali keluar di blog the flyingkick. Sebaik saja menerima maklumat, kumpulan Nadi Rakyat berjaya menghubungi YB Datuk Idris Bakar dan perwakilan orang kampung. Sumber maklumat daripada mereka mengatakan bahawa tindakan perobohan kampung tersebut dihentikan buat sementara waktu.

2. Ahli Parlimen Hulu Selangor YB Kamal juga turut hadir di kampung tersebut termasuk kesemua jentera Barisan Nasional yang turut sama membantu orang kampung membuat perbincangan terbuka dan secara aman dengan pihak Pejabat Hutan Negeri Selangor. Menurut maklumat perwakilan orang kampung menyatakan bahawa Teresa Kok telah memberikan maklumat salah mengenai kampung tersebut dan kini mengubah kata-katanya bercanggahan dengan apa yang disampaikan kepada Pejabat Hutan sebelum ini.

APAPUN KITA MENANTI MAKLUMAT SETERUSNYA DAN PERKEMBANGAN TERKINI DARI MASA KE SEMASA. BUAT SEMENTARA WAKTU, PENDUDUK KAMPUNG KERANDANG TERSELAMAT DARIPADA ANGKARA DURJA PAKATAN JAHAT PASDAPKR. TERIMAKASIH DAN TAHNIAH KEPADA YB AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR YB KAMAL DAN DATO' IDRIS BAKAR SERTA SEMUA JENTERA BN YANG MEMBANTU! CAYALAH OLEXXS !

EDISI SARAPAN: Nilai dan Harga.


Mutakhir ini seringkali diperkatakan mengenai NILAI dan HARGA sesuatu perkara itu. Setiap perkara diberikan NILAI dan HARGA. Termasuk juga NILAI dan HARGA barangan keperluan yang selama ini disubsidikan oleh kerajaan bagi manafaat rakyat. Sistem Piawaian Antarabangsa Ukuran, Berat dan Jarak digunapakai bagi memberikan nilai-nilai standar kepada sesuatu untuk menetukan Harganya. Pernahkah kita bertanya adakah NILAI & HARGA yang ditentukan itu benar-benar mewakili NILAI dan HARGA sebenar atau cuma berbentuk ABSTRAK bagi memudahkan kita memahami sesuatu itu?
1.  EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL pada hari ini mengajak semua rkayat Malaysia untuk berfikir sejenak dan merenung, apakah makna NILAI dan HARGA ? Yang mana satukah yang lebih  mempengaruhi rakyat yang menjadi penterjemahan kepada undi. Juga kita merenung dan bertanya adakah NILAI dan HARGA yang ditetapkan oleh pemerintah itu berbeza atau sama dengan apa yang ditetapkan oleh rakyat?

2. Secara umum, NILAI merupakan ukuran sesuatu itu samada ianya bernilai dan tidak bernilai bagi menetapkan pula HARGA untuk memperolehinya. Kadangkala dan selalunya, barang yang BERNILAI menjadi TIDAK BERHARGA lagi bila diperolehi dan kadangkala barang yang tidak BERNILAI menjadi begitu BERHARGA apabila diperolehi. NILAI dan HARGA sesuatu itu seringkali berubah-ubah dan kita tidak dapat mengharapan ianya kekal pada satu-satu NILAI dan HARGA pada setiap masa. Pernahkah kita bersedia untuk itu? Tidak pernah samasekali.

3. Ukuran terbaik bagi menetukan sesuatu itu mempunyai NILAI dan HARGA adalah Al Qur'an dan Hadis. Sesuatu itu hanya mempunyai NILAI dan HARGA apabila sesuatu itu jelas manafaat kepada rakyat dalam penghidupan mereka seharian. Sesuatu itu tidak mempunyai NILAI dan HARGA kepada rakyat jika ianya menyusahkan penghidupan mereka seharian. Jadi kita fikirkan dan renungkan, adakah kita meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya agar ianya dapat memberikan NILAI dan HARGA begitu tinggi kepada rakyat dan juga kepada pemerintah agar sesuatu itu sentiasa terjaga dan terpelihara dari jatuh ke dalam ancaman.

Kita selalu alpa dan sengaja melupakan bahawa NILAI dan HARGA itu adalah amat penting dalam penghidupan kita,  kita ambil mudah dan kita selalunya leka dalam membiarkan pihak ketiga yang menentukan NILAI dan HARGA sesuatu itu untuk kita. Apakah NILAI dan HARGA sesuatu itu berubah atau sama saja bagi anda pada hari semalan dan pada hari ini seterusnya pada hari esuk? Tepuk Dada Tanya Iman.