Selasa, 10 Mei 2011

EDISI SARAPAN: Nilai dan Harga.


Mutakhir ini seringkali diperkatakan mengenai NILAI dan HARGA sesuatu perkara itu. Setiap perkara diberikan NILAI dan HARGA. Termasuk juga NILAI dan HARGA barangan keperluan yang selama ini disubsidikan oleh kerajaan bagi manafaat rakyat. Sistem Piawaian Antarabangsa Ukuran, Berat dan Jarak digunapakai bagi memberikan nilai-nilai standar kepada sesuatu untuk menetukan Harganya. Pernahkah kita bertanya adakah NILAI & HARGA yang ditentukan itu benar-benar mewakili NILAI dan HARGA sebenar atau cuma berbentuk ABSTRAK bagi memudahkan kita memahami sesuatu itu?
1.  EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL pada hari ini mengajak semua rkayat Malaysia untuk berfikir sejenak dan merenung, apakah makna NILAI dan HARGA ? Yang mana satukah yang lebih  mempengaruhi rakyat yang menjadi penterjemahan kepada undi. Juga kita merenung dan bertanya adakah NILAI dan HARGA yang ditetapkan oleh pemerintah itu berbeza atau sama dengan apa yang ditetapkan oleh rakyat?

2. Secara umum, NILAI merupakan ukuran sesuatu itu samada ianya bernilai dan tidak bernilai bagi menetapkan pula HARGA untuk memperolehinya. Kadangkala dan selalunya, barang yang BERNILAI menjadi TIDAK BERHARGA lagi bila diperolehi dan kadangkala barang yang tidak BERNILAI menjadi begitu BERHARGA apabila diperolehi. NILAI dan HARGA sesuatu itu seringkali berubah-ubah dan kita tidak dapat mengharapan ianya kekal pada satu-satu NILAI dan HARGA pada setiap masa. Pernahkah kita bersedia untuk itu? Tidak pernah samasekali.

3. Ukuran terbaik bagi menetukan sesuatu itu mempunyai NILAI dan HARGA adalah Al Qur'an dan Hadis. Sesuatu itu hanya mempunyai NILAI dan HARGA apabila sesuatu itu jelas manafaat kepada rakyat dalam penghidupan mereka seharian. Sesuatu itu tidak mempunyai NILAI dan HARGA kepada rakyat jika ianya menyusahkan penghidupan mereka seharian. Jadi kita fikirkan dan renungkan, adakah kita meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya agar ianya dapat memberikan NILAI dan HARGA begitu tinggi kepada rakyat dan juga kepada pemerintah agar sesuatu itu sentiasa terjaga dan terpelihara dari jatuh ke dalam ancaman.

Kita selalu alpa dan sengaja melupakan bahawa NILAI dan HARGA itu adalah amat penting dalam penghidupan kita,  kita ambil mudah dan kita selalunya leka dalam membiarkan pihak ketiga yang menentukan NILAI dan HARGA sesuatu itu untuk kita. Apakah NILAI dan HARGA sesuatu itu berubah atau sama saja bagi anda pada hari semalan dan pada hari ini seterusnya pada hari esuk? Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa