Sabtu, 3 Disember 2011

UMNO SEPANG TAK BOLEH DI TEGUR ? LEMAH SEMANGAT SUNGGUH.

Kecik Hati Sebab Perasaan I Lebih Penting Daripada PARTI.

MENJADI ADAT AGAKNYA
BILA DI TEGUR DI TUDUH MERANAPKAN UMNO.
(Kemelut UMNO Sepang - Mamai Yang Berpanjangan)

Salah satu punca Selangor jatuh ke dalam tangan DAP Selangor setelah DAP gagal pada tahun 1969 ialah kerana sikap sesetengah orang besar-besar kepala UMNO Selangor (Sepang) yang enggan menerima teguran dan kritikan. Jika mengkiritk dan menegur lalu dikatakan tidak membantu dan hanya Hearsay. Sampai bila sikap lemah semangat ini hendak menjadi budaya pencengkam-pengcengkam kuasa ? Lihat di bawah ini:-

Jawapan yang diterima ialah 'Kami jentera BN di Sepang Sangat Berkecilhati dengan tulisan tanpa fakta ini' 

Hamba hendak mengingatkan kepada Panglima Sepang, Jika penyokong UMNO mengkritik dan menegur pun boleh membuat anda Berkecilhati apatahlagi jika DAP PKR dan PAS menyerang anda bertubi-tubi dan bertali arus sudah pasti anda dan jentera khusus anda akan Mati Kutu. Biarlah kamu berkecilhati daripada 3.2 juta lebih ahli UMNO seluruh Malaysia MAKAN HATI dek karenah kamu itu.

Hamba bukan menyokong pemegang jawatan tetapi Perjuangan UMNO dan UMNO itu sendiri. SEPANG adalah kawasan SELAMAT tapi itu dulu bukan sekarang. Bodohlah hamba hendak kemukan bukti kelemahan UMNO untuk tatapan umum cukuplah dengan hamba menegur sepintas lalu untuk buat renungan. Yea tak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

5 ulasan:

  1. inggatlah UMNO sepang..kami perjuang yang tak di dendangkan bukan perjuangkan individu dalam parti yang menjadi keutamaan,kami perjuang yang tak di dendangkan perjuangkan parti UMNO.

    BalasPadam
  2. Kalau blogger tegur kecil hati. Kalau pembangkan tegor kecut telur? hehehe

    BalasPadam
  3. Bukalah minda.
    Belajar menerima teguran. Yg mana perlu diperbetulkan betulkanlah. We r NOT perfect, right?
    Pada hemah saya, orang yg tak boleh menerima teguran merupakan orang yg akan jatuh tak lama lagi. Tak ada salahnya menilai diri kita sendiri. Yg salah tu perbetulkanlah.

    Anda sepatutnya berterima kasih kpd yg menegur. Orang yg tak berani tegur akan mengata anda di belakang. Sanggupkah? tersedar pabila sudah jatuh.

    sekian.

    BalasPadam
  4. UMNO Sepang yang perintah secara "TOTOKRATIK" dari dulu lagi. Mana dia nak kan orang mendatang/perantau. Jawa tu JAS. Sebab itu aku keluar dari SEPANG join UMNO PUTRAJAYA . Walaupun makan,tidur,kerja dalam Sepang...UMNO Sepang nak warning jangan lupa orang mendatang semakin ramai di Sepang ini. Gelombang orang yang bosan dengan TOTOKRATIK ini bakal di terjemahkan dlm PRU akan dtg....tp aku terkecualilah sebab akan mengundi Ngku Nan di Putrajaya!

    BalasPadam
  5. Aku sokong.aku bekerja untk? umno sepang tp sebab aku org luar/pendatang aku dketepikan.berubahlah untuk kepentingan agama dan bangsa kta.aku pn dh tkar tmpt mengundi

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa