Sabtu, 3 Disember 2011

PAU 2011 PEMIMPIN UMNO SELANGOR SUDAH TERLAMBAT???

(Gambar Hiasan Tiada KenaMengena Dengan Orang Di Dalam Gambar)
Dengan Mimpi Saja UMNO Selangor Menang Semula....

MAMAI DAN TERUS MAMAI.
Ke Mana Hilang Jatidiri Pemimpin UMNO Selangor?

Bila sebut UMNO Selangor suatu yang terlintas di benak fikiran ialah sifat kuat meliwat orang UMNO kepada UMNO sendiri. Tiada tercalon maka diliwatnya parti sampai negeri jatuh ke tangan DAP. Jika Dato Harun masih hidup sudah tentu di hamput semua peliwat dalam UMNO Selangor.

Dalam lipatan sejarah Selangor sendiri pun bala tentera Bani Jawi dari negeri-negeri Pahang, Perak serta Johor menjadi taruhan merampas semula Selangor dari tangan penjajah. 

Sebelum PRU 12, Selangor merupakan kubu kuat dan tempat selamat bagi mana-mana orang UMNO yang bercita-cita hendak menjadi Menteri bertapak dan menumpang tuah. Malah ada sesetengah kerusi DUN dan Parlimen di anggap sebagai TERLALU SELAMAT contohnya Sepang dijadikan Batu Meloncat mendapat harta dan pangkat. Apabila sudah dapat manafaat tiada satu pun dikembalikan semula kepada rakyat. Lama-kelamaan rakyat menjadi fedup.

Malangnya pemegang jawatan kawasan selamat DUN dan Parlimen tersebut (yang memanaskan punggung kerusi DUN dan Parlimen) sentiasa mamai dan terus mamai memperkasakan kekuatan dan jentera sedia ada. Lama kelamaan tenaga lama itu kehabisan. 

Siapakah yang layak mengepalai bala tentera Bani Jawi di Selangor untuk merampas kembali Selangor dari tangan DAP yang berpakat dengan Melayu keparat PKR dan PAS? 
Sudah tentu bukan orang korporat 
Sudah tentu bukan orang bangsat
Sudah tentu bukan orang khianat
Sudah tentu bukan orang merempat
Pastinya bukan orang bertempat 
Pastinya bukan orang berpangkat
Pastinya bukan orang sudah peroleh manafaat 
Pastinya bukan orang yang terkena sumpah laknat rakyat.

Mengikut petua orangtuha Bani Jawi pilihan itu akan digerakkan oleh Allah SWT ke dalam hati kepimpinan tinggi. Sudah pasti Panglima Bala Tentera Bani Jawi yang terpilih oleh Illahi mengepalai bala tentera Bani Jawi itu bukan calang-calang orang. 

Nampak di mata seperti orang selekeh 
Nampak mudah diperlekeh 
Tapi mampu menyekeh 
Sehingga ramai malu tersengih-sengih.
Ramailah nanti terhegeh-hegeh
Sekali beliau sekeh
DAP terus kalah terlondeh
PKR terus lari tak menoleh
PAS tunduk malu melawan pun tak boleh.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 ulasan:

  1. Ternyata tulisan anda berdasarkan fakta 'hearsay' tanpa membuat homework. Blogger2 seperti anda la sebenarnya yg tidak membantu parti malah ingin meranapkannya. Kekuatan jentera di Sepang bukan sahaja utk mempertahankan Sepang dan ketiga-tiga DUN nya, malah kami telah sedia bekerja utk Selangor. Yg mencacatkan ialah wannabe candidate yg terus menyerang YB-YB sedia ada. Setiap program anjuran BN Sepang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan hasil usaha jentera dari seluruh pelusuk Sepang. Malah TPM sendiri sangat terkejut dengan sambutan yang luarbiasa ini. Jika benar bagai dikata, keluarkan bukti dgn segera. Kami jentera BN di Sepang sangat berkecilhati dengan tulisan tanpa fakta ini.

    BalasPadam
  2. Memberikan teguran dan kritikan pun tidak dibolehkan sekarang dalam UMNo Selangor? :)

    BalasPadam
  3. masih lagi bermimpi umno selangor nak rampas balik selangor. Punggah indon dan bangla berlori 2, barulah bolih menang.Tengoh bekas ahli parliment dan Adun, dah cekek duit rakyat, sampai nak muntah tak cukup lagi ke?

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa