TUTUP ISU PAS MEDIA PAU2011.
Papa Gomo telah menjelaskannya bagi pihak Nasri, Dato Raouf, Mat Maslan dan Urusetia PAU 2011. Kita telah juga mendengar rungutan dari pihak jentera parti yang telah dapat Pas Media PAU2011 pada saat-saat akhir tapi buat cerita untuk kaber line.
Setelah mendengar penjelasan kedua belah pihak maka hamba membuat kesimpulan pendek:-
- Jentera Parti pilih kasih;
- Jika tidak bernaung di bawah mana-mana grup jangan haraplah;
- Walaupun berjasa mempertahankan parti tapi kalau tak bodek jangan harap juga;
Bagi hamba isu ini hamba biarkan ia berlalu. Mujurlah hamba ini bukan jenis tikam belakang mahupun melupakan jasa-jasa baik rakan-rakan lain. Tertinggal bas dan sengaja ditinggalkan itu juga asam garam perjuangan. Biasalah. Dalam mana-mana parti politik di Malaysia ini pekerjaan anda diperlukan tapi kalau parti pilih kasih dan anda dilupakan itu bukan salah sesiapa. Sendiri salah. Ha ha ha
Hamba pertahankan perjuangan UMNO dan bukan salahlaku mana-mana anggota UMNO. Jentera parti tak kenang jasa hamba takpe kerana bukan penghargaan mereka hamba harapkan tetapi hamba mengharapkan agar UMNO dan BARISAN NASIONAL kembali di terima rakyat. Cuma kalau boleh penjelasan yang diberikan jangan sampai terhidu 'Kaber Line' itu saja seperti yang pernah berlaku suatu masa dulu. Itu yang penting. Kapisch? Bagi hamba isu ini di tutup walaupun tiada sokongan lain.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa