JEMPUTAN RASMI MENYELAM BERSAMA SCORPENE.
Mengulas sedikit mengenai sumber daripada UMNO ONLINE (maklumlah maklumat-maklumat sememangnya sukar diperolehi kerana diberikan kepada pihak tertentu sahaja- Hak Ekslusif ler). Datuk Zahid Hamidi Menteri Senapang, Meriam, Pistol, KapalSelam, Peluru Berpandu dan macam-macam persenjataan termasuk Tentera (dinamakan Kementerian Pertahanan Malaysia) sudah mempelawa semua pemimpin Pakatan Haramjadah (musuh negara) agar melalui pengalaman menyelam bersama kapalselam Scorpene. Nuruk Izzah, Tony Pua dan ramai lagi musuh negara telah diberikan jemputan tersebut. Hanya Guan End sahaja sanggup kerana mungkin beliau akan bawa peralatan perisikan bersamanya untuk mendedahkan kekuatan kapalselam Scorpene. Menurut sumber UMNO ONLINE , salah satu jentera parti rasmi yang ada hak ekslusif akses maklumat, jemputan itu di buat dalam acara LIMA di Langkawi (pergh ramai grup yang ada ekslusiviti dapat pergi Hamba tiada jemputan itu sudah dijangkakan). Pada perkiraan hamba, soal Scorpene boleh menyelam atau tidak merupakan isu politik musuh negara sahaja. Takkanlah semua yang terlibat dalam pembelian Scorpene itu bodoh-bodoh belaka. Mustahillah. Sedangkan PKM boleh letak senjata dan serah diri. Mereka yang mempercayai cerita bohong pihak musuh negara lah yang bodoh sebenarnya bukan TLDM dan KEMENTAH. Hairan juga kenapa Dato Zahid Hamidi terpaksa membuktikan Scorpene boleh menyelam? Salah beliau ker? Atau salah terima nasihat daripada salah seorang Ketua Jentera Parti yang cuba membeli jiwa anak-anak buahnya melalui pengalaman tersebut? Hamba cukup kenal orang itu. Bukannya boleh dipercayai sangat.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa