SKIM PONZI UNTUK MAHB & TERJEMAHAN UNDI UNTUK PAKATAN DAP PKR PAS DI SELANGOR?
(Manuver Korporat & Politik Yang Merugikan BN di Selangor?)
Menyentuh mengenai polemik tercetus antara MAHB dengan AirAsia yang berpunca dari mencari penyelesaian kepada kerugian berbilion ringgit MAHB pada setiap tahun. Di segi politik, isu kerugian MAHB ini merupakan legasi belasahan buat Pakatan terhadap BN sebagai bukti ketidakcekapan BN mengendalikan kepentingan awam.
Apabila pentadbiran Pak Lah mencari jalan penyelesaian kepada isu kerugian berbilion ringgit MAHB beberapa tokoh korporat diberikan kepercayaan dan amanah untuk menyelamatkan MAHB.
Tidak banyak maklumat tepat mampu diperolehi mengenainya oleh bloger picisan seperti hamba ini namun melalui pengalaman kerjaya, maklumat daripada rakan bloger lain dan maklumat rasmi MAHB sendiri nampaknya usaha penyelamatan MAHB sudah menjadi suatu episod mengerikan.
Persepsi yang berlegar sekarang ialah usaha penyelamatan itu bertukar menjadi usaha kanibalisma MAHB , suatu terma yang digunakan oleh para pengkritik terhadap usaha penyelamatan tersebut. Hamba lebih suka menggunakan terma Skim Ponzi. Impaknya adalah sama yakni gali lubang tutup lubang dan berakhir dengan lubang terakhir menjadi liang lahad untuk MAHB. Batu nisanya pula adalah terjemahan undi yang tidak memihak kepada BN di Selangor.
Pengurusan dan pentadbiran perniagaan untuk sebuah pemain industri kapalterbang awam seperti MAHB bukanlah semudah menjual goreng pisang di tepi jalan. Kerumitan dalam usaha penyelamatan MAHB bukanlah semudah melakukan WAU, menjual aset bernilai MAHB, skim outsourcing, membuat perakaunan magis dan melakukan pertukaran saham dengan pihak saingan yang lebih berminat untuk memperkosa MAHB yang sudah lama menjanda.
Kesemuanya itu hanyalah tindakan kosmetik korporat bertujuan mencantikkan seorang pesakit leukemia yang melalui proses rawatan kimeoterapi. Ianya merupakan Skim Ponzi yang diubah suai untuk manafaat pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas ketenatan MAHB.
Siapakah yang sebenarnya layak menyelamatkan MAHB? Pada pandangan hamba ialah kakitangan dan pasukan pengurusan eksekutif MAHB yang lama berkhidmat dengan MAHBlah paling layak menyelamatkan MAHB. Mereka mempunyai kepakaran, latihan, pengalaman dan sepanjang usia mereka dihabiskan di dalam industri penerbangan awam. Mereka tahu selok belok mengenai industri tersebut. Hairannya kenapa pandangan mereka diketepikan dan suaramereka tidak didengari?
Oleh itu hamba menyeru kepada YAB Perdana Menteri DS Najib, Kementerian Kewangan dan para konsultan yang terlibat di dalam usaha penyelamatan MAHB agar mengembalikan semula usaha tersebut kepada kakitangan pengurusan MAHB sendiri. Biarkan mereka menyelamatkan periuk nasi mereka. Kewarasannya ialah sudah tentu mereka akan bekerja keras bertungkus lumus memerah otak dan tenaga menyelamatkan periuk nasi mereka. Perbandingannya ialah seperti ahli politik dalam UMNO / BN yang menjadikan kerjaya politik sebagai periuk nasi mereka dan kini kita melihat bagaimana mereka berkerja keras dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan periuk nasi mereka demi sesuap nasi. Yea tak?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa