Jumaat, 9 Disember 2011

SENARIO TERBURUK PAS DI SELANGOR? JOM HEBOH !


KESINAMBUNGAN ISLAM BERGANTUNG KEPADA HIDUP ATAU MATI PAS SELANGOR SAHAJA?
(Salahkaitan Antara ISLAM dengan PAS)


Apabila memperkatakan mengenai kelangsungan hidup / kesinambungan jangkahayat sesebuah parti politik di Malaysia atau di mana jua di dunia ini , apakah persoalan pokoknya?

Pada kacamata Barisan Nasional kelangsungan hidup Barisan Nasional diperkaitkan dengan kesinambungan pencapaian ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan kestabilan politik Malaysia yang dikecapi selama 54 tahun tanpa putus. Ini adalah benar. Sesebuah negara yang mempunyai rantaian polisi yang berterusan mengujudkan keadaan kondusif yang stabil kepada perdagangan negara. Tanpanya rakyat tidak akan memperolehi sebuah penghidupan selesa, selamat dan terjamin bagi suatu jangkamasa panjang. Inilah yang tidak disedari oleh anak muda mudi yang kerasokan semangat revolusioner Pakatan DAP PKR PAS.

Bagaimana pula pada kacamata Pakatan PAS DAP PKR dan Kuasa Ketiga serta kelompok Politik Baru? Mereka beranggapan bahawa kelangsungan tersebut tidak terjejas walaupun Barisan Nasional ditumbangkan. Adakah pandangan ini benar? 

Melalui pengalaman 3 tahun Pakatan DAP PKR PAS memerintah di empat buah negeri kita melihat kelangsungan tersebut tergugat dan terancam. Sedikit demi sedikit kelangsungan itu mengundur ke belakang. Tidak ada perubahan yang boleh membanggakan. Tidak ada lonjakan ke arah perbaikan kepada kelemahan yang ada. 

Selama 20 tahun PAS Kelantan memerintah negeri Kelantan dan kita melihat kelangsungan bagi penghidupan selesa, selamat dan stabil untuk rakyat Kelantan tidak wujud langsung berbanding dengan negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Barisan Nasional. 

Justeru itu, apabila Khalid Samad bercerita mengenai senario terburuk ianya hanya merujuk kepada keburukan yang bakal menimpa kepentingan peribadi pemimpin PAS DAP PKR sahaja. Ianya tidak melibatkan kepentingan rakyat. 

Malah apabila tumbangnya Pakatan DAP PKR PAS ianya adalah sama seperti mengalih halangan batu granit yang jatuh akibat bencana alam tanah lungsur di tengah lebuhraya PLUS. Itu membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan kepada kelangsungan penghidupan selesa, selamat dan stabil untuk rakyat.

Tanpa Pakatan DAP PKR PAS, rakyat selamat. Itulah kebenarannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa