POLITIK KOTOR. Salah satu tuntutan BERSIH ialah mengenai amaan politik kotor. Tahukah anda bahawa pada hari ini tiga orang bloger membuat pendedahan mengenai politik kotor PKR? Pertama bloger SERULING JALANAN yang mendedahkan terdapat sebuah laporan Polis terhadap PKR. Laporan tersebut mengatakan bahawa pengadu telah di paksa dan di ugut mengisi 500 keping borang keahlian PKR. Isu ini di sambut oleh bloger KERIS7LOK. Salinan repot polis ada dipamirkan. Samada ianya benar atau tidak kita tunggu saja pendedahan oleh pihak polis.
Pendedahan seterusnya mengenai bukti-bukti sahih harga sebenar banglo yang telah di beli oleh Khir Toyo. Pembangkang mendakwa ianya berharga RM24 juta. Ternyata pada hari ini melalui keterangan seorang saksi jurunilai yang memeriksa sendiri keadaan rumah banglo tersebut sebelum transaksi berlaku mengatakan sebaliknya. anda boleh layari blog PRAPUKARI yang memetik daripada sumber MYKMU. Saksi tersebut Mr Choy seorang jurunilai berlesen bertaraf antarabangsa dari firma jurunilai Rahim & Co.
Berdasarkan keterangannya, transaksi yang berlaku adalah transaksi melibatkan sebuah unit hartanah yang masih belum siap (dalam pembinaan). Penilaian di buat berdasarkan kepada 'as is where is basis'. Beliau sendiri ditugaskan membuat penilaian dan melawat tapak tersebut serta mengambil gambar. Beliau turut mengkritik kaedah yang digunakan oleh jurunilai TransASia yang di upah oleh Dato Shamsuddin yang membuat penilaian berdasarkan kepada 'Assumption Completed Unit' dan tidak melakukan lawatan tapak.
Gambar-gambar rumah yang sedang dalam pembinaan
Semasa Transaksi Khir Toyo
(Bangunan Asal Di Robohkan)
Di sebelah paginya seorang lagi jurunilai yang menjadi panel jurunilai kepada pihak bank dari firma Irhamy & Co bagi transaksi pembelian antara pemilik asal dengan Ditamas (Dato Shamsuddin) memberikan keterangan. Beliau mengakui bahawa penilaiannya tidak berdasarkan kepada harga pasaran semasa dan dibuat pada tahun 2005. Setelah di beli oleh Ditamas, bangunan asal dirobohkan terus dan dinaikkan bangunan lain. Oleh itu, penilaian yang di buat oleh Irhamy, Rahim & Co dan TransAsia adalah di atas hartanah yang sama tapi berbeza serta bangunan serta di buat pada masa yang berbeza.
Gambar-gambar pada tahun 2005
Bangunan Asal
Transaksi antara Ditamas & Pemilik Asal.
Kesimpulannya ialah sejarah harga hartanah yang menjadi pertikaian adalah seperti berikut:-
- Semasa transaksi antara Ditamas dengan Saiful Aznil (bangunan asal) - RM4.3 juta.
- Seterusnya dinaikkan menjadi RM6.5 juta atas persetujuan bersama bukan berdasarkan kepada harga semasa.
- Kedua harga tersebut di buat pada 2005 semasa bangunan asal masih ada.
- Semasa transaksi antara Dato Shamsuddin dengan Khir Toyo, bangunan asal dirobohkan dan dinaikkan struktur baru.
- Penilaian di buat oleh Rahim & Co bagi pihak Khir Toyo.
- Penilaian di buat semasa sturktur bangunan baru sedang dalam pembinaan dan berdasarkan kepada 'as where is basis'. Lawatan tapak turut dilakukan.
- TransAsia pula melakukan penilaian bagi pihak Dato Shamsuddin. Penilaian di buat selepas penilaian Rahim & Co.
- Penilaian TransAsia berdasarkan kepada 'Assumption Completed Unit' dan tidak melakukan lawatan tapak,
- Jadi berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi (jurunilai yang terbabit) harga bungalo tersebut tidak pernah mencecah RM24 juta sepertimana dakwaan pembangkang.
Teladannya: Jangan mudah terpedaya dengan pelbagai fitnah hasutan dan dakyah pembangkang, Samalah seperti dalam isu cincin, isu DS Rosmah membeli-belah di Australia, isu ketirisan dalam Lapuran Ketua Audit Negara, Altantuya, Hudud dan isu kapalselam Scorpene. INGAT ANDA LEBIH BIJAK DARIPADA PEMBANGKANG! JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIPERBODOHKAN PEMBANGKANG,
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa