PENGARUH SEKS DALAM POLITK MALAYSIA. Siapakata UMNO mengamalkan politik keji? Bukankah ianya juga datang dari kelompok Politik Baru dalam UMNO sendiri? Kononnya mereka mewakili era baru generasi pemikiran baru dalam politik. Helo brader! Bangunlah. Mana ada idealisma politik ini bersifat baharu? Semuanya lapok belaka lah termasuklah nama-nama yang anda gunakan dan daftarkan dalam kad pengenalan contohnya Saifuddin, Anwar, Azmin, Nurul Izzah, Sugumaran, Lim Kit SIang, Karpal Singh dan ramai lagi. Ini punya nama beribu tahun dahulu manusia sudah gunakan. Sudah-sudahlah dengan idealisma lapok yang diberikan 'pakaian dan kulit berganti'. Malulah. Dalam buku talipon Telekom pun semua nama pengguna persendirian di susun mengikut abjad kerana mempunyai ejaan, sebutan dan berbinkan sama. Nama sendiri pun masih lapok hendak mengaku membawa pembaharuan dalam politik?
Siapakata Skandal Seks tidak laku dan laris di pasaran komoditi politik Malaysia? Siapa yang mendakwa sedemikian sebenarnya berhasad dengki dengan pencapaian pihak lain. Sejak merdeka 1957 tahukah anda berapa ramai ahli politik di Malaysia ini jatuh kerana skandal seks? Ramai! Kita pergi mengundur dalam masa. Berapa ramaikah ahli politik zaman silam jatuh kerana seks? Ramai!
Kita kembali ke dalam ruang masa di negara kita dan lihat kepada diri sendiri. Kita terdiri daripada tiga rumpun bangsa Asia yang utama, Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga peradaban ini bermula dengan sistem politik beraja. Cina dengan Maharajanya, India dengan Maharajnya juga dan Melayu dengan Kesultanannya. Dalam ketiga-tiga peradaban ini mana satu yang tidak ada KITAB PASAL SEKS? Cuba cerita. Ada? India dengan KAMA SUTRA nya, Cina juga ada KITAB SEKSnya dan Melayu dengan KITAB PERMATA YANG HILANG.
Jadi fikirlah sendiri. Pada hari ini jika anda mencemuh pendedahan skandal seks yang dilakukan oleh para bloger tidak bertuan seperti hamba, Papa Gomo dan ramai lagi anda sebenarnya hanya bersifat hipokrit. Anda mungkin terlupa bahawa maharaja China yang pertama pernah mempunyai seramai lebih daripada beribu gundik. Begitu juga dengan maharaja India dengan haremnya. Ahli politik Malaysia ini amat menebal sifat EGO mereka. Itulah masalah utama mereka dengan rakyat.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa