Selasa, 11 Oktober 2011

XAVIER REMBAT DUIT ? AZMIN ALI MB BARU? KAK WAN JIJAH TERKEDU.

Pakcik ... ini saya kasi ... yang lain saya rembat juga....
itu LEXUS mao kasi bayar juga laa ..

SAH! Sebelum ini Xavier Jeyakumar dikaitkan dengan LEXUS RM500,000.00. Ramai agak skeptik. Maklumlah ramai bertanya dari mana sumber kewangan diperolehi oleh ia. Akhirnya, rakan bloger Double Y mendedahkan satu maklumat, Maklumat yang diperolehi daripada blog pembangkang sendiri. 

Petikan daripada blog pembangkang tersebut mengenainya:-

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Daerah Klang meminta polis menyiasat Dr. Xavier A. Jayakumar yang didakwa menyalah guna kuasa dalam pengagihan Tabung Dana Sekolah-Sekolah Tamil Selangor berjumlah RM1.67 juta. 
Laporan dibuat oleh anggota jawatankuasa PIBG Daerah Klang, G. Jeganathan, 44, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang. Xavier merupakan Exco Kerajaan Selangor didakwa mengagihkan wang tabung tersebut yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 
Tiga NGO yang didakwa menerima peruntukan itu adalah Pusat Pembangunan, Pembelajaran dan Maklumat Kanak-Kanak (CHILD), Yayasan Penyelidikan, Kebajikan dan Pendidikan (EWRF) serta Yayasan Tamil. 
Adakah tindakan dan prosedur penyaluran Dana untuk sekolah Tamil yang diamalkan oleh PKR dilaksanakan oleh Xavier Jeyakumar (ADUN) merupakan Pentadbiran Baik  (Good Governance)? Dimanakah pemantauan kepimpinan tertinggi PKR ke atas perlaksanaan Xavier itu?

Persoalan sama berkaitan ketelusan amalan demokrasi pemilihan pemimpin dalam PKR -DAP-PAS. Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor adalah contoh paling klasik. Dimanakah peranan IKD dalam hal ini? Adakah ianya Pentadbiran Baik?

Begitu juga dalam soal urustadbir kewangan negeri Selangor dan Cabang Kuala Selangor. Adakah penyelewengan yang berlaku merupakan Pentadbiran Baik?

SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS dalam PRU 13 nanti.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa