Kontrol .. kontrol .. kita nak BOHONG nie .. buat muka KONPIDEN .. Anthony
Ok bro Khalid ... Wa janji wa buat LAKONAN TERBAEK
ANALISA.
Pegang betol-betol kasi nampak Ana gerenti .. ornag Percaya |
Ok Bro Khalid .... canteek tu lu pegang Sama aras sama wa punya gambar. Kontrol MACHO... nanti kantoi. |
1. Fakta Kejadian.
- 10hb Oktober 2011
- Tempat : Di lobi Parlimen.
- 3 Dajal Kecil: Khalid Gereja (PAS), Anthony Loke (DAP), Siti Zailah (PAS)
2. Tuduhan:-
- Anthony Loke dan Khalid Gereja menunjukkan dua keping risalah (Lihat dalam klip video di atas).
- Risalah dalam Bahasa Cina.
- Satu risalah mengambarkan Tentera Jepun mengangkat Pedang samurai memotong tangan Chua Jui Meng-Tema Kezaliman Tentera Jepun.
- Satu risalah menggambarkan Pok Nik tengah sembelih leher Guan Eng.(Teknik superimposed)
- Teknik yang digunakan adalah Teknik Superimposed.
3. Bukti Atas Tuduhan:-
- Hanya dua keping risalah itu sahaja dijadikan Bukti atas tuduhan.
- Tiada sebarang bukti lain dikemukakan oleh ketiga-tiga Dajal kecil.
- Tuduhan di buat atas Kapasiti Lisan ketiga Dajal kecil sahaja.
KESIMPULAN.
Kecurigaan.
- Bagaimanakah ketiga Dajal kecil memperolehi dua risalah itu?
- Kenapa risalah itu hanya ada pada tangan mereka bertiga?
- Kenapa mereka bertiga tidak terus membuat laporan Polis?
- Kenapa mereka bertiga enggan menjawab soalan wartawan berkenaan
- Manakah bukti sokongan lain yang menyokong tuduhan tiga Dajal kecil itu?
- Teknik Superimposed hanya digunakan oleh DAP-PKR-PAS sahaja.
- Hanya puak Sosialis -Komunis yang masih FOBIA dengan keganasan Tema Tentera Jepun.
- Kenapa Khalid Gereja menuduh MCA terlibat?
Pendapat Hamba & Rakan Bloger lain.
- Isu Hudud adalah isu yang dimainkan oleh DAP-PKR-PAS bukan UMNO/BN
- Isu Hudud timbul atas lapuran angka penghidap HIV yang tinggi di Kelantan.
- Pok Nik membidas kenyatan itu menyalahkan ketiadaan Hudud.
- DAP naik berang sehingga suatu mesyuarat tergempar diadakan.
- Namun kerosakan teruk telah berlaku akibat kesilapan Pok Nik sendiri.
- Anthony Loke, Siti Zailah dan Khalid Gereja memang terkenal selalu KANTOI.
- Intergriti dan kebolehpercayaan Anthony Loke, Siti Zailah & Khalid Gereja sentiasa dipersoalkan bukan sahaja di pihak BN/UMNO malah di pihak mereka sendiri.
- Bila diteliti segala mesej-mesej tersembunyi di dalam kedua risalah tersebut didapati tema-tema yang digunakan amat bersangkut paut dengan isu-isu yang telah menjejaskan imej PKR-DAP-PAS dengan begitu terok sekali. Adalah mustahil UMNO mahupun parti komponen Barisan Nasional menggunakan tema-tema tersebut.
- Sebaliknya tema-tema tersembunyi itu lebih bermanafaat digunakan oleh DAP-PKR-PAS bagi memulihkan imej terjejas mereka.
Persoalan.
- Adakah sikap yang diamalkan oleh DAP-PKR-PAS ini adalah amalan Politik Matang yang selalu mereka sendiri laungkan?
- Adakah kita mahu DAP-PKR-PAS yang mengamalkan kaedah 'menyucikan kesilapan & kejahatan sendiri' melalui 'Menyalahkan Pihak Lain?' Bayangkan jika mereka menjadi Kerajaan Pusat. Di jamin tiada Kebebasan langung.
- Sendiri buat kemudian menyalahkan orang lain? Inikah jenis Pemerintah yang kita mahu? Selalu mengambil jalan pintas menyalahkan orang lain untuk menutup kejahatan dan kesilapan sendiri.
- Perbuatan mereka adalah sekeji perbuatan. MEMFITNAH!
SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS di PRU 13 nanti.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa