Jumaat, 2 September 2011

WAJIB BACA! PENDEDAHAN PERTEMBUNGAN IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA # 2

Terdapat 2 jenis idelogi politik yang bertentangan hebat sejak sebelum merdeka, iaitu :-

(a) Ideologi berhaluan kanan:- Demokrasi berparlimen Persekutuan Raja Berperlembagaan; yang berasaskan kepada komunal tetapi bersatu dan bergabung di bawah 1 parti bersifat perpaduan kerjasama komunal memilih jalan wassatiyah dan sentiasa progresif untuk bertransformasi mengutamakan kehendak dan kebajikan rakyat. 

(b) Ideologi berhaluan kiri / Revolusioner - Sosialis Demokrat & Komunis Marxis. Statik dalam gerakan, jumud dalam pemikiran dan bersifat ganas. Provokasi masal merupakan jalan perjuangan dan melakukan perubahan mendadak melalui keganasan , rusuhan dan pemberontakan bersenjata. Pemaksaan ideologi ke atas rakyat serta menubuhkan rejim anarkis.Terlalu angkuh dan sombong. Permusuhan yang ekstrim/ melampau.

Parti politik yang mewakili kumpulan (a) ialah BARISAN NASIONAL sebelumnya dikenali sebagai PERIKATAN yang antara lain mempunyai parti komponen 

Malaysian Chinese Association
Malaysian Indian Congress
Gerakan Rakyat Malaysia
People's Progressive Party
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Sarawak United People's Party
Parti Bersatu Sabah
Liberal Democratic Party
Parti Bersatu Rakyat Sabah
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation
Parti Rakyat Sarawak



Manakala kelompok (b) diwakili oleh :-

Parti KeADILan Rakyat
Democrtic Action Party
Parti Rakyat Malaysia
Parti Sosialis Malaysia
Parti Islam Se Malaysia

Saya hanya ingin memperbincangkan terlebih dahulu mengenai kelompok (b) kerana kelompok (b) inilah yang paling banyak menimbulkan kekecohan dan mencetuskan pergeseran ideologi politik yang tidak berkesudahan sejak sebelum merdeka. Mereka enggan mengambil jalan kesederhanaan dan telah mengangkat senjata terhadap British kerana sifat kurang sabar mereka dan kurang memahami jalan perjuangan menuntut kemerdekaan. 


Dalam kelompok (b) hanya PAS merupakan parti yang paling kanan dan tertua, diikuti oleh DAP, PSM (yang kemudiannya bergabung dengan PKN [Parti KeADILan Nasional] dan termuda adalah PKR [gabungan antara PSM dengan PKN] )


PAS di awal penubuhan merupakan sebuah wadah yang juga ekstrim dan sentiasa berubah wajah mengikut kepimpinan yang mengepalainya. PAS pada mulanya adalah sebuah parti politik khusus memperjuangkan Negara Islam tetapi berdasarkan kepada fahaman Sosialisma Islam. 


DAP lahir daripada sikap dan budaya melampau sosialis demokrat yang menjadikan pertelingkahan peribadi antara PAP dengan Tunku Abdul Rahman sebagai asas perjuangan mereka. Oleh itu segala perkara dan isu yang dibangkitkan oleh DAP sentiasa berbaur perkauman melampau dan kebencian kepada UMNO. 


PSM sejak sebelum merdeka sentiasa berpegang kepada perjuangan ekstrim pihak berhaluan kiri dari PKMM, API dan AWAS.Mereka membenci UMNO kerana semata-mata pada pandangan mereka UMNO adalah anak emas British yang dipermudahkan jalan untuk menuntut kemerdekaan. Sebenarnya ianya bersifat peribadi terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang berjaya mendapat restu daripada kesemua Raja-raja Melayu. 


PKR pula pada asalnya dikenali sebagai gerakan Reformasi yang hanya berniat membenci Tun Dr Mahahtir kerana jatuhnya Anwar Ibrahim dari takhta kekuasaan.Kesempatan kebencian ini di ambil kesempatan oleh PSM untuk melebarkan pengaruh sosialisma ekstrim. Pergabungan dengan PKN adalah cara PSM mempromosikan ideologi Sosialisma ekstrim / Sosialisma Islam / Sosialis Religus kepada generasi muda yang terpengaruh dengan Gerakan Reformasi asal, 


Sepintas lalu pun kita dapat menilai bahawa perjuangan Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat sebenarnya menjurus kepada aspirasi politik sebelum merdeka. Mereka menghidupkan kembali api revolusi model kebangkitan komunisma dan sosialisma pada abad ke 20 dan bukanlah sesuatu yang baru pun. 


Kesemua isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka berasaskan kepada ideologi sosialisma dan komunisma di benua Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika pada tahun-tahun 1920an - 1960an. Dua model kejayaan komunisma di Rusia dan China dijadikan batu asas perjuangan mereka. 


Sosialisma wujud di muka bumi ini kononnya untuk menentang sistem kapitalis dan mengadakan Revolusi Suci demi kemanusiaan tanpa mengambilkira nilai-nilai agama. Di akhir abad ke 20 menyaksikan tumbangnya kerajaan-kerajaan sosialisma dan komunisma di Rusia dan Eropah Timur serta kegagalan ketara majoriti negara-negara Sosisliasma di Amerika Latin dan kejatuhan rejim-rejim sosialis di nusantara melalui laungan Reformasi. . 


Di awal abad ke 21 pula menyaksikan bagaimana kesan-kesan kejatuhan rejim-rejim sosialisma di Timur Tengah dan di Afrika yang membawa kepada pelbagai masalah sosial dan kebuluran kepada rakyat jelata.Kebangkitan Sosialisma di Malaysia diakibatkan oleh sentimen simpati kepada Anwar Ibrahim sahaja. Sentimen simpati ini dibakar oleh Anwar Ibrahim melalui ceramah-ceramah mengutuk dan membuat fitnah terhadap UMNO/ BARISAN NASIONAL. 


Sentimen tersebut diburukkan lagi dengan salah tafsir agama oleh pihak PAS dan sentimen perkauman oleh DAP di atas landasan ultra kiasu cauvinis. Manakala PSM telah menanam bibit-bibit sosialisma melalui Gerakan Reformasi dan pengabungan dengan PKN. 


Pertembungan ini disemarakkan kembali dengan adanya Anwar Ibrahim di pihak sosialis dan apabila mereka berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional disebabkan oleh faktor Anwar Ibrahim, sosialisma semakin berkembang pasca 2008. Disukai oleh golongan muda remaja dan profesional kerana iseologi Sosialisma di lihat sebagai penyelesaian dan jawapan kepada isu-isu berbangkit. 


Setelah tiga tahun, sosialisma semakin menguncup dan tercungap-cungap di dalam arus politik negara. Ini kerana Pakatan Sosialisma Pembangkang Rakyat gagal mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama dalam banyak isu-isu yang membabitkan kebajikan rakyat.


Apabila ramai pengasas Reformasi asal meninggalkan PKR kerana sudah tidak mempercayai kepimpinan Anwar Ibrahim yang semakin menjelekkan mereka, perkembangan sosialisma terbantut. Ini di tambah pula dengan Polisi-polisi Transformasi pentadbiran DS Najib yang berjaya membuka mata dan minda rakyat mengenai kepincangan ideologi dan budaya politik kotor Pakatan Sosialisma Pembangkang Rakyat. 


Kini setelah terbukti segala pembohongan yang mereka rekacipta, rakyat semakin meluat dan meyampah dengan Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. Kelihatan ini segala usaha mereka menemui jalan kebuntuan. Rakyat Malaysia tetap menolak REVOLUSI JALANAN yang mereka mahu pelopori. 


Apakah kesudahnnya nanti episod pertembungan. Tapi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan menolak gagasan Sosialisma sepatutnya menghamburkan kata-kata ini kepada Pakatan sosialisma Pembangkang Rakyat ...." NEGARA SOSIALIS ? ....... TUNGGULAH PRU 13 NANTI .. KAMI KUBURKAN TERUS SOSIALISMA !" 


  

1 ulasan:

  1. kita ni hamba Allah saja, kalau suruhan Allah kita tak buat ,larangan Allah kita jadikan makanan ,macam mana malam pertama kita di alam kubur nanti...fikirkan la.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa