AL KISAH PAK SHEH.
- Tersebut al kisah akan empunya ceritera mengenai seorang Pak Sheh dengan RAT nya. Menurut empunya ceritera, suatu zaman dahulukala masa jaman sebelum dari sebelum dari sebelum dari nenek moyangnya sebelah mak datuk Pak Sheh lahir pada 16 hb September, tahun tiada ingat, tanah di hujung Benua, datanglah Pak Sheh berkampung seadanya.
- Awal mula Pak Sheh ini datang hendak mengaji kepada mualim nahu sastera tapi tiada mampulah Pak Sheh tamatkan pengajiannya keran sibuk bermain pantun dengan segala perjaka dalam negeri. Maka terpandanglah pada Pak Sheh ini pada perkiraannya hendak belajar menjadi Merak kerana teramat malu asalnya dari gagak.
- Berkelanalah Pak Sheh belajar ilmu Merak di kuil Borobudor kerana penditanya sahaja yang ada ilmu tersebut yang diwarisi daripada Sang Garuda yang di buang ke laut Khalzum oleh Nabi Allah Sulaiman.Akan tetapi adiknya Sang Garuda, Sang Helang jualah yang gantikan Sang Garuda mengajarkan para pendita sekelian itu. Hata belajarlah ia pada segala pendita-penditaraya yang ada di kuil Borobudor. Sampai khatam ilmunya tapi diberi ingat bahawa jika ia melanggar pantang maka tiada berubah menjadi Merak lagi melainkan menjadi mahkluk paling huduh dinamakan Siluman Sesumpah Biawak Komodo. Setelah bertangis-tangisan dengan segala penditaraya, kembali jualah Pak Sheh ke Tanah Hujung Benua dengan harapan dapat menjadi orang-orang besar dan kaya-kaya.
- Arakian pada masa itu, Tanah Hujung Benua di perintah seorang orang bijak pandai dalam ilmu penyembuhan segala penyakit hingga ramailah orang Tanah Hujung Benua kesembuhan penyakit malas cuma penyakit alpa sahaja masih kekal. Handalnya pemerintah itu hingga mampu ubah masa jadi sama seluruh negara. Maka, dipersembahkanlah orang yang terpedaya dengan ilmu rupa-rupa merak Pak Sheh itu kepada pemerintah bahawa dalam negeri ada seorang yang handal jua mampu jadi pengganti.
- Dipersetujuilah akan segala biduanda negeri bahawa diterimalah Pak Sheh masuk ke dalam istana Seri Perdana jadi penolong bantu mana yang patot rakyat jelata dan negeri. Bersoraklah sekelian rakyat dalam negeri. Maka dengan ilmu rupa-rupa merak, Pak Sheh mula makin alpa , banyaklah adu domba dan onar di buat sehingga habis di pancung segala biduanda yang baik-baik. Habislah segala khazanah negeri dibalunnya sesuka hati kerana gembira ramai terpedaya dengan ilmu rupa-rupa meraknya.
- Ahirnya tibalah jua saat di mana habis semua pantang ilmunya di langgar maka tiadalah menjadi lagi ilmu rupa-rupa meraknya sehingga di usir keluar dari istana. Mengamuklah Pak Shehlalu berjumpalah dengan Mahadewataraya di ujung utara negeri mohon bantu. Kata Mahadewataraya tiada perlu runsinglah kerana walaupun tiada menjadi ilmu rupa-rupa merak itu akan ilmu tipu-tipu dan taksob Mahadewataraya diperturunkan akan tetap terpesona segala orang walaupun jelas rupa wajah huduhnya kini menjadi makhluk Sesumpah Biawak Komodo kerana melanggar pantang, amat sukalah hati Pak Sheh. Serata negeri dan pelosok dunia jaja kata. Apa onar di buat Pak Sheh segeralah Mahadewataraya beri jampi-jampi serapah taksob.
- Sehinggalah ke wektu ini, arakian adanya, Pak Sheh tersangkutlah di Istana Pengadilan di Duta Kayangan dek kerana alpanya suka menderma benihnya merata tempat. Hata tersangkutlah benihnya di dalam pasu kunyit milik penolongnya yang mengancem. Lalu diperbuatkan olehnya lapur adu. Maka di sini dululah Hikayat Al Kisah Pak Sheh, tunggu saja lah sambungannya nanti pabila selesai perkara adu-aduan tersebut di Istana Pengadilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa