Sabtu, 3 September 2011

SOMALIA: FAKTA DI SEBALIK KEJADIAN SERANGAN KE ATAS MISI BANTUAN MALAYSIA.

Bendera Rasmi Kesatuan Afrika
Kali pertama Papa Gomo mengeluarkan artikel mengenai kejadian serangan ke atas konvoi media misi kemanusiaan Malaysia, Gomo ada menyebutkan bahawa pasukan African Union yang melepaskan tembakan rambang ke van yang membawa allahyarham. Berdasarkan kepada carian maklumat di internet, hambe terjumpa sumber Washington Post yang memetik sumber Associated Press yang mengesahkan perkara yang sama. Sumber Associated Press memperolehi maklumat daripada seorang pegawai kerajaan Somalia yang tidak mahu dikenali.

Lanjutan daripada itu, hampir selama 8 jam hambe cuba mencari lagi maklumat-maklumat lain yang ada di internet untuk mencari maklumat mengenai KESATUAN AFRIKA (African Union). Hambe terjumpa laman sesawang rasmi pertubuhan tersebut di sini AFRICAN UNION. Dari situ hambe cuba mencari maklumat umum mengenai penglibatan AU di dalam konflik di Somalia dan dari mana mereka memperolehi dana untuk kos operasi tenteranya. Hanya sumber Wikipedia ada menyebutkan bahawa kos operasi tentera AU pernah menerima dana daripada Dewan Senat Amerika Syarikat :-(pautan WIKIPEDIA : AFRICAN UNION
 In June 2006, the United States Congress appropriated US$173 million for the AU force.
Fakta ini sudah cukup memadai untuk menyokong fakta yang dikemukakan oleh Gomo bahawa kos operasi tentera AU di Somalia di taja oleh Amerika Syarikat. Setelah memperolehi maklumat tersebut, hambe cuba pula mencaari rangkaian maklumat lain mengenai mana-mana puak militia di Somalia yang berada di Mogadishu. Hambe trejumpa sebuah artikel dari The New York Times yang melapurkan bahawa kumpulan milita yang paling aktif di Mogadishu adalah kumpulan militia Islam yang dikenali sebagai Al Shabab. 

Namun begitu kumpulan tersebut telah meninggalkan Mogadishu pada bulan Ogos lalu. Berikut adalah pautan berita mengenainya THE NEW YORK TIMES: SOMALIA. Di dalam lapuran itu ada memetik mengenai vakum-vakum kosong yang ditinggalkan oleh kumpulan tersebut serta kegiatan mencuri yang dilakukan oleh sesetengah anggota-anggota tentera sementara Somalia. Tidak dipersalahkan mereka kerana keadaan perang yang wujud. 

Gomo mendedahkan tentera AU yang melepaskan tembakan secara rambang berdasarkan kepada kenyataan saksi yang melihat serangan tersebut. Motif tentera AU melakukan demikian ialah kerana tentera AU akan membentangkan bajet operasi ketenteraan sejumlah hampir USD 1 billlion. Bajet ini akan dibentangkan pada hari ini 4hb September di dalam satu persidangan Rekonsiliasi semua puak di Somalia.

USD 1 billion adalah besar buat mana-mana negara Afrika yang sedang di landa masalah ekonomi dan kestabilan politik yang tiada kesudahan. Sudah tentu justifikasi kelulusan bajet sebesar itu memerlukan wujudnya situasi mendesak sepertimana yang Gomo nyatakan. 

Adalah tidak mustahil sekiranya kejadian serangan tersebut berkaitan dengan bajet USD 1 billion dan kemungkinan misi bantuan kemanusiaan Malaysia dijadikan sasaran justifikasi tersebut. AU merupakan sebuah organisasi yang sama bentuk dan sifat seperti Kesatuan Eropah. AU mempunyai mahkamah dan bank serta sumber kewangan. 

Kita berharap agar kerajaan Malaysia dapat menyaman pihak AU jika terbukti mereka terlibat di dalam serangan tersebut. Tindakan tegas wajib dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap sebarang bentuk kekerasan dan keganasan ke atas mana-mana rakyat Malaysia di dalam sebarang Misi Bantuan Kemanusiaan.

Kita mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Misi Bantuan Kemanusiaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa