Sabtu, 3 September 2011

BANTUAN KEPADA ANAK-ANAK ARWAH NORAMFAIZUL & JANJI TFG UNTUK MENYIASAT KEJADIAN.



Berdasarkan kepada maklumat yang dikeluarkan oleh bloger KAMALUDDIN IDRUS seorang otai paling lama dalam dunia blog di Malaysia lebih lama daripada Rocky Bru; memaklumkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah Menterinya Datuk Shahrizat Abdul Jalil akan membiayai segala perbelanjaan persekolahan anak-anak arwah, Terimakasih Datuk Shahrizat dan Kementerian yang berkenaan. 

TFG (Transitional Federal Government) Somalia pula berjanji akan membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kejadian tersebut. Manakala Wisam Putra berjanji akan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah.

Presiden TFG Somalia telahpun menghantar ucapan takziah di atas pemergian arwah kepada Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.

Arwah meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak dan merupakan anak tunggal kepada kedua ibubapanya.

Rombongan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di jangkan tiba di tanahair pada pagi esuk di lapangan terbang TUDM Subang. Kawalan ketat keselamatan pasukan keselamatan Somalia telah mengiringi rombongan tersebut dari hotel penginapan mereka ke lapangan terbang di Mogadishu.Setakat pada artikel ini di tulis, rombongan misi tersebut telah selamat smapai di kepulauan Seychelles dan sedang menuju ke Maldives.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa