Kain rentang di atas berbunyi demikian , di petik daripada posting di fesbuk pada hari ini.:-
PKR CABANG TASEK GELUGOR
(PULAU PINANG)
KAMI MENYOKONG SEPENUHNYA UCAPAN MOHD SABU PASUKAN KOMUNIS ADALAH PEJUANG KEMERDEKAAN YANG TULIN.
Bandingkan dengan ucapan DS Najib (15/9/2011)
13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.
Andaikata sebahagian rakyat mahukan sebuah NEGARA KOMUNIS dan sebahagian lagi mahu mengekalkan sistem yang sedia ada , apakah tindakan Pentadbiran DS Najib seterusnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa