Sedikit kupasan mengenai idealisma pemansuhan ISA. Hambe memang tidak setuju sangat bukanlah tak setuju dengan PM DS Najib , beliau tetap berani buat keputusan Da-Bom hingga berjaya menjadikan ramai pencacai utama pro komunis berfikir untuk terjun bangunan tinggi yang berdekatan.
Penjelasan sedikit, sepertimana yang diketahui umum bagi membolehkan dua akta yang di gubal menurut Perkara 149 Perlembagaan bermakna perlu ada pindaan kepada Perkara 149 berkenaan. Tiada pindaan kepada mana-mana peruntukan Perlembagaan melainkan jika ada 2/3 majoriti.
Hendak memansuhkan ISA adalah mudah kerana hanya perlu majoriti mudah. Penggubalan dua akta menggantikan ISA memerlukan sedikit pindaan kepada Perkara 149 -151 Perlembagaan dan ini memerlukan 2/3 majoriti.
Sebenarnya, mana-mana hujah adalah benar. Oleh kerana sasaran utama bagi ISA yakni kuasa Eksekutif yang melibatkan budibicaranya memerlukan pindaan kepada perkara 149 Perlembagaan.
Perlu diingati juga Perkara 151 adalah berkaitan dengan PERINTAH TAHANAN PENCEGAHAN
Oleh itu disimpulkan memansuhkan ISA adalah semudah ABC, tetapi hendak menggantikan ISA lebih sukar dari menuntut kemerdekaan.
Jika difikirkan dengan lebih mendalam lagi, selama ini Perkara 151 Perlembagaan tidak di sentuh langsung , kenapa?
Ada ke tiada ke ISA ini sebenarnya bukan isu sebenar isu, sebetulnya. Masa pentadbiran Tun Dr Mahathir, ISA masih berkuatkuasa tetapi ekonomi, pelaburan asing dan kepesatan pembangunan lebih rancak daripada sekarang. Yea tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa