Salah satu sebab utama kenapa ramai yang berhijrah ke luar negara ialah kerana ramainya pemimpin-pemimpin ngok dan pengikut-pengikut yang ngek. Di Malaysia ini golongan yang paling bermasalah dan memberikan masalah. Pendekata merekalah golongan bermasalah. Ini diburukkan lagi dengan Budaya Materialistik amalan majoriti rakyat. Materialistik dan bukan kerohanian dijadikan ukuran kepada kehebatan seseorang pemimpin dan pengikut.Pengikut pula sentiasa minta duit dan bantuan kewangan kepada pemimpin sehinggakan nak beli susu anak pun minta kepada pemimpin. Majoriti pengikut mengamalkan Budaya Mengharap kepada pemimpin. Pemimpin pula untuk mengekalkan pengaruh dan jawatan terpaksalah menuruti kemahuan pengikut yang tidak berkesudahan. Akibatnya berlakulah 'Rasuah Politik' dan 'Wang' berleluasa.
Pengikut yang mendapat habuan itu dan ini pula menghasilkan kecemburuan kepada pihak lain. Ini lagi satu penyakit. Pihak yang cemburu hati mulalah menjadi perengus. Sentiasa tidak puashati. Masuk pula golongan batu api. Golongan batu api ini opurtunis. Peranan mereka ialah melaga-lagakan pihak-pihak yang berkenaan kerana ianya memberikan keuntungan dan habuan peluang mendapatkan kekayaan. Selagi mana pertelagahan berlaku selagi itulah mereka untung. Mereka hidup di atas prinsip ' Bila Ada Pertikaian Di Situ Ada Peluang'.
Itulah Kitaran Budaya Politik di Malaysia. Kejujuran, Kepercayaan dan Amanah di ukur dari segi berapa banyakkah habuan kesenangan materialistik yang dapat diberikan oleh seseorang pemimpin. Lama kelamaan, Budaya Tegur Menegur sudah hilang.
Para pemimpin ngok pula akan meneruskan budaya salah menyalah antara satu sama lain bagi mengekalkan status quo dan menaiki tangga dalam hirarki kepimpinan. Apabila mereka menghadapi suatu kesulitan, mereka akan kembali ke pangkal jalan sekejap, selepas lupa daratan kembali.
Para pengikut yang ngek pula ibarat pakaian. Bila disukai dan masih diperlukan maka diberikan habuan. Bila sudah lawan tokeh, jawabnya kena jual 'bundle'. Pemimpin ngok yang kaya raya tidak ada masalah untuk mencari pengganti pengikut ngek sebab ramainya stok yang masih ada.
Akhirnya, golongan rakyat marhaenis juga yang terpaksa bangun sendiri dan berjuang di atas kapasiti sendiri bagi memastikan pemimpin ngok dan pengikut ngek ini sentiasa di kawal. Jangan mimpilah hendak mengubah sikap mereka kerana wang, pengaruh dan kuasa di tangan mereka.
Disebabkan oleh golongan sedikit ini yang benar-benar berjuang di atas kapasiti sendirilah yang memberikan Imbangan kepada Ketidakseimbangan yang berlaku, Jangan haraplah hendkamerasuah dan memberikan habuan kepada mereka, kerana anda sendiri pun tidak mengenali siapakah mereka.
Kepada semua pemimpin ngok dan pengikut ngek anda semua perlu berhati-hati kerana golongan sedikit ini semakin mendapat perhatian daripada rakyat jelata kerana mereka di lihat oleh rakyat jelata sebagai berwibawa dan mempunyai kredibiliti.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa