Isnin, 15 Ogos 2011

NGOK NGEK BETUL LAH LEBAI MALANG PAS.

Hari ini 15 hb Ogos genaplah ulangtahunke 500 penaklukan Portugis ke atas Melaka. Tewasnya Melaka kerana sudah ditakdirkan tetapi bukanlah kerana Melaka tidak kuat atau lemah. Melaka kalah kerana ada penduduk Melaka yang memberi kerjasama kepada Portugis kerana dendam dan tidak suka kepada Sultan. Perkara yang sama berlaku pada hari ini di mana Anwar Ibrahim, PAS, PSM, PKR dan DAP yang membenci UMNO/BN telah banyak memberi kerjasama kepada pihak luar untuk campurtangan ke dalam hal ehwal rumahtangga politik negara.

Bayangkan jika semua pihak bekerjasama erat walaupun berlainan fahaman politik dan tidak melakukan berbagai onar dan kecoh dalam negeri. Sudah tentutlah pada hari ini Malaysia jauh ke hadapan mengatasai banyak negara-negara ASEAN dan ASIA, tapi oleh kerana adanya rakyat Malaysia yang bersikap seperti mabok todi haram, kejayaan-kejayaan yang Malaysia mampu capai menjadi terbantut.

Soal sekolah vernakular dan sekolah satu aliran sepatutnya sudah lama selesai. Kaum Cina dan India septatutnya dengan relahati menerima Sistem 1 Sekolah dan membuat sedikit pengorbanan. Apabila sistem vernakular dihapuskan dan hanya ada sistem 1 Sekolah akan lahirlah generasi Malaysia yang amat mantap.

PAS lebai malang dan DAP apek perengus , andaikatalah mereka berdua ini tahu menghormati hak orang lain dan mengenepikan sikap permusuhan melampau mereka kepada UMNO/BN sudah tentulah mereka dapat memberikan sumbangan yang lebih besar kepada rakyat jelata, tetapi mereka memang jenis manusia perosak. Begitu juga dengan PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa