Hambe mengambil kebebasan untuk menyebarluaskan artikel yang di tulis oleh Dr Ridhutan Tee ini kerana artikel bagus dan berfakta. untuk membaca seterusnya, anda boleh ke pautan ini
Berikut sedikit petikan daripada entri beliau tersebut:-
Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini.Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian memikirkan betapa liciknya mereka ini. Untuk menutup kelemahan, maka kehebatan merekapun ditonjolkan seperti sumbangan keluarga La Sallian, Mother Theresa, Gerakan Methodist dan Catholic dan sebagainya. Bacalah rencana meloyakan ini dalam laman-laman pro-mereka.Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Gerakan mereka ditaja oleh missionari antarabangsa.Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan pribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah sumbangan memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis. Saya tidak fikir orang Melayu Islam tidak boleh mengurus estet, lombong dan bandar jika ditakdirkan tidak berlaku penghijrahan ketika itu.Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup. Kini, sewenang-wenang kita mahu melupakan jasa-jasa mereka, dengan menonjolkan sumbangan La Sallian, Mother Theresa dan gereja yang lain. Tidak cukupkah kebebasan beragama yang dibenarkan tanpa had? Masih tidak bersyukur? Di negara China, etnik Cina Islam Uighur dilarang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pernahkah kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kepada minoriti di sini? Jangan terlalu besar kepala.
ulasan Dr. ni mmg tepat n bernas.masalahnya, penganut agama PAS sudah disogok supaya x perlu berterima kasih pd tgn yg memberi.....apa lg nak diharapkan dr PKR, PSM n DAP, lg x boleh harap.
BalasPadammrk hanya lihat tanggungjawab kerajaan mmrnth pd rakyat, tp tanggungjawab kita sbg rakyat mcm mana pula? mrk yg pro PR ni sbnrnya bukan buta mata tp BUTA HATI.
Yup selalu berkunjung ke blog beliau bro dan war2kan kepada yag lain juga Dr.Ridhuan Tee ini penulisannya bernas-bernas belaka
BalasPadamsalam Dr...!
BalasPadamjiwa islam tulin...itu lah yg di pertahankan oleh org melayu berugama islam kini...kita semua tahu islam bukan hak org melayu...tapi kini ada melayu islam(gila kuasa dan kebendaan) yg hendak meruntuhkan dinding yg kukuh di bina oleh pejuang2 melayu islam dahulu.Smoga dr bersama2 mempertahan islam tulin di bumi bertuah ini.amin