Isnin, 15 Ogos 2011

ADAKAH JAWATANKUASA FATWA P.PINANG MENGIKUTI QAUL MAZHAB AS SYAFII' ?

Kita perlu bertanyakan soalan ini berkaitan dengan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang  (yang belum sah menjadi Fatwa berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, seksyen 48 -54) berkenaan dengan larangan penggunaan pembesar suara bagi amalan pembacaan al Qur'an sebelum Suboh yang hanya berdasarkan kepada sebuah hadis sahaja. Lihat Seksyen 54 enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 di bawah ini.



Adakah 'Keputusan Jawatankuasa Fatwa P.Pinang' itu mengikuti QAUL MUKTAMAD MAZHAB SYAFIE ? 

Atau mengikuti QAUL MUKTAMAD MAZHAB HAMBALI, MALIKI & HANAFI jika didapati QAUL MUKTAMAD mengikuti Mazhab Syafie itu akan menghasilkan suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam?

Didedahkan oleh bloger TAIPING MALI bahawa terdapat anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang yang mempunyai kepentingan bercanggah kerana merupakan penyokong pro Anwar/PKR dan pengkritik kerajaan di balik tabir. Sila baca selanjutnya di sini:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa