Sabtu, 23 Julai 2011

PENDEDAHAN PROVOKASI AGAMA YANG MASIH BERTERUSAN,

Anda tentu masih ingat mengenai seekor mahkluk yang menggunakan nama MAKCIK HAJJAH SITT AL WAZURA ? SKMM sudah banyak kali memblok blognya yang didedikasikan untuk menghina ISLAM sehina-hinanya. Penulisannya dan gambar-gambar kirimannya di dalam Facebook juga amat mengaibkan ISLAM dan para penganutnya di Malaysia. Dipercayai bahawa mahkluk tersebut memperjuangkan HAK MURTAD di Malaysia tetapi sejauhmana kebenaran itu tidak dapat dipastikan namun nada dan semangat yang ditunjukkan di dalam penulisan dan gambar-gambar kirimannya menjurus ke arah HAK MURTAD. Dari segi takrifan bahasa nama pena makhluk tersebut ianya berbunyi 'MAKCIK HAJJAH 9 MENTERI' Adakah makna HAJJAH merujuk kepada pembaptisan ? Adakah 9 Menteri merujuk kepada upacara ritual MURTAD? Nama penanya saja sudah menunjukkan mahkluk tersebut mahu mencetuskan pergeseran antara penganut Kristian dengan Islam di negara ini. 

Kita tidak mahu provokasi-provokasi spertimana berterusan di alam maya kerana ianya akan mempengaruhi rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama untuk menaruh syak wasangka sesama sendiri dan mencetuskan pertelingkahan dalaman secara diam-diam. Unsur ketidakpercayaan antara satu sama lain boleh mengundang malapetaka besar buat Malaysia. 

Oleh itu adalah amat wajar bagi semua agar membuat lapuran polis terhadap mahkluk tersebut tidak kiralah samada anda penganut agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan tiada agama bagi tanpa mengira fahaman politik memberikan ISYARAT TEGAS kepadanya bahawa RAKYAT MALAYSIA CINTAKAN KEDAMAIAN dan mana-mana pihak yang mahu mengeruhkan suasana harmonis bakal di ambil tindakan !


Berikut saya dengan berat hati tanpa sebarang niat curang dan jahat mahupun mahu menimbulkan kekecohan tapi sekadar mahu menunjukkan bukti kecurangan mahkluk tersebut, sebelah adalah ganbar kirimannya di alam maya baru-baru ini yang mana seorang rakan facebooker telah menandakan gambar tersbut kepada saya. Saya mohon agar semua rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenainya agar pihak polis boleh mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kita tidak mahu nanti amhkluk itu pula akan membuat provokasi terhadap agama lain dengan menggunakan cara yang sama.Mendiamkan perkara ini pada pendapat peribadi saya adalah amat merbahaya kepada semua atas alasan bahawa makhluk tersebut akan merasa dirinya kebal daripada tindakan undang-undang. Saya telah menggerakkan beberapa orang rakan untuk membuat laporan polis mengenainya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa