Selasa, 7 Jun 2011

SUATU RUJUKAN KENAPA TINDAKAN KORPORAT UDA HOLDINGS ADALAH BETUL.

Pada kali ini beberapa perkara yang menajdi faktor pertimbangan dalam keputusan korporat pengurusan UDA HOLDINGS dianalisakan. Ternyata pengurusan UDA HOLDINGS membuat keputusan yang paling wajar dan betul.

1. Kembali menyoroti ulasan mengenai isu Pembangunan Tapak Penjara Pudu kepada Bukit Bintang City Centre [BBCC]. Dalam membicarakan dan menganalisa tindakan korporat UDA HOLDINGS, terlebih dahulu kita wajib memahami beberapa perkara.

Pelan Pembangunan BBCC


PERTAMA:
(a) Projek BBCC adalah jenis PEMBANGUNAN HARTANAH dan hartanah adalah merupakan suatu KOMODITI YANG MEMPUNYAI NILAI.
(b) Pembangunan Hartanah akan menambahkan NILAI PASARAN Hartanah yang dibangunkan. 
(c) Pembangunan Hartanah melibatkan KOS PEMBANGUNAN / KOS PROJEK.
(d) Apabila  sesuatu HARTANAH itu dimajukan dan dibangunkan , NILAINYA AKAN BERTAMBAH dan ini  di rujuk sebagai  GDV (GROSS DEVELOPMENT VALUE) iaitu NILAI KASAR PEMBANGUNAN


Di Malaysia, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta merupakan agensi yang bertanggungjawab membuat penilaian semua jenis hartanah di Malaysia.  
Takrifan Hartanah termasuklah ruang pejabat, bangunan kediaman, bangunan komersil, bangunan pejabat, kompleks membeli belah, tempat letak kereta, lot-lot gerai, hotel, pusat hiburan dan stesen pengangkutan awam. 


KEDUA:- 
Pembangunan Hartanah akan melibatkan pihak-pihak berikut:-
(a) Tuantanah / Pemilik Berdaftar Tanah, 
(b) Syarikat Pemaju
(c) Pelaburan dan Pelabur.
(d) Bank/ Institusi Kewangan Berlesen.
(e) Projek Pembangunan

KETIGA:- 
Faktor-faktor Untung Laba / Pulangan Pelaburan 

(a) Dalam mana-mana pelaburan pembangunan hartanah yang melibatkan suatu pembangunan yang sebesar BBCC ;hartanah bernilai tinggi kerana lokasinya berada di dalam kawasan SEGITIGA EMAS IBUKOTA MALAYSIA dalam kawasan pusat komersil yang amat terkenal di seluruh dunia sebut saja nama Bukit Bintang Kuala Lumpur, orang Nigeria pun tahu di mana; ianya merupakan sebuah potensi perniagaan komersil yang bakal memberikan pulangan lumayan kepada tuantanah, syarikat pemaju, pelabur, bank/institusi kewangan, kontraktor binaan dan  pembekal bahan binaan sepanjang projek pembangunan tersebut dilaksanakan. Tempohnya bukan sebulan dua tetapi bertahun. Tempoh masa ini menjadi suatu faktor laba yang boleh di jangka dengan stabil. 

(b) Bangunan yang didirikan di atas tanah menjadi hartanah yang bernilai tinggi dan menjadi sumber penjanaan pendapatan kepada pemiliknya. Hartanah amat jarang menyusut nilai terutama sekali dalam kawasan pusat komersil segitiga emas KL terutama Bukit Bintang. Ini kerana Bukit Bintang menjadi tumpuan besar dalam rancangan pakej ekonomi di bawah pentadbiran DS Najib. 

(c) Oleh itu tindakan korporat oleh pengurusan UDA HOLDINGS adalah tepat pada masanya. 

2. Berikut adalah petikan kembali keputusan Korporat Pengurusan UDA HOLDINGS dan anda nilailah dengan beberapa perkaya yang disebutkan di atas tadi, Pakej Pembangunan BBCC diberikan dalam bentuk NILAI TAMBAH ASET dan PULANGAN STABIL melalui Pakej Turnkey yang tidak akan membebankan kewangan dan aset sediaada UDA HOLDINGS. Malah, menarik dan menambah FDI bagi suatu tempoh jangkamasa selama 10 tahun.
Mesyuarat Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 28 April 2011, bersetuju terhadap pemilihan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) bagi membangunkan bekas tapak Penjara Pudu yang dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC).


Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) adalah pilihan yang paling sesuai sebagai pelabur Turnkey kepada UDA Holdings Bhd dalam pembangunan semula tapak bekas Penjara Pudu. Syarikat ini, sepenuhnya memenuhi keperluan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan UDA dengan beberapa tawaran utama mereka adalah seperti berikut:-
(a)    Tidak mengenakan bayaran ke atas tanah.
(b)   GDV tertinggi bagi aset UDA sebanyak RM 2.1 bilion.
(c)    Pendapatan berulang tertinggi pada RM 426 juta pada setahun.
(d)    Nisbah tertinggi aset UDA kepada GDV keseluruhan pada 29%.
e)    Pulangan tertinggi nilai tanah lebih daripada 3 kali atau 300%
.
(f)     Pelabur menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan jelas mengenai pecahan aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur. Ini juga memastikan penyerahan aset UDA Holdings Bhd sebelum aset pelabur.
(g)    Kertas cadangan juga meliputi akses jaringan jalan masuk bertingkat yang akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. 
(h) EICEC berjaya 100% mamatuhi syarat-syarat dengan menawarkan aset tambahan PUSAT KONVENSYEN. 
(i)  Menyediakan taman sebagai kawasan hijau yang juga bertindak sebagai zon penimbal antara aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur
 (j) Pembiayaan Projek dari luar negara akan membawa masuk FDI ke negara ini. 


Penjelasan dalam artikel ini masih belum lengkap sepenuhnya dan hanya menyentuh perkara-perkara dasar yang digunapakai dalam piawaian antarabangsa bagi URUSTADBIR KORPORAT YANG BERAMANAH, BERINTERGRITI DAN BERTANGGUNGJAWAB. Keputusan Korporat yang di buat oleh pihak pengurusan UDA HOLDINGS adalah BETUL. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa