Selasa, 7 Jun 2011

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA., 8 000 GRADUAN MISKIN MENDAPAT MANAFAAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT.

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA [SLIM] bakal dimanafaatkan oleh seramai 8 000 graduan dan menerima elaun RM 1000.00 sepanjang tempoh 12 bulan menjalani skim tersebut bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka. 25 GLC terbabit di dalam perlaksanaan skim ini.


1. YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA untuk dimanafaatkan oleh seramai 8,000 orang graduan miskin. Mereka bakal menerima elaun sejumlah RM 1000.00 sebulan dan menjalani latihan selama 12 bulan. 25 syarikiat berkaitan kerajaan GLC terlibat dalam perlaksanaan skim ini.

2. Menurut sumber, skim ini bermatlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan di samping membolehkan 25 GLC melaksanakan lebih efektif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka. Skim ini disasarkan kepada graduan yang tidak mendapat pekerjaan setelah 6 bulan menerima ijazah..

3. Struktur program skim ini mengandungi dua elemen iaitu kemahiran asas yang mengandungi kemahiran komunikasi, pemkiran kreatif dan analitikal, penyesuaian organisasi serta peningkatan sahsiah diri dan etika sebelum diberikan latihan industri. 

4. Sebelum ini, Bank Negara Malaysia telah membuka skim latihan kepada 500 graduan bagi meningkatkan kemahiran para graduan tersebut dan ianya berjaya dilaksanakan. YAB Perdana Menteri berharap agar Skim seumpamanya dapat diperluaskan lagi oleh syarikat swasta di masa depan. 

Sudah tiba masanya syarikat berkaitan kerajaan GLC menyumbangkan kembali kepada rakyat dalam program MODAL INSAN. Terimakasih YAB Perdana Menteri. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa