Jumaat, 27 Mei 2011

TOK GURU SIAPA INI? BINGAI SUNGGUH.


MUKTAMAR PAS JUN 2011. Pertandingan dalam PAS semakin hangat dan hangit. Amalan Assobiyah yang disembunyikan oleh PAS semakin terdedah.Terkini, Tok Guru merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Ajih mula menampakkan favoritisma kepada calon-calon tertentu. 

1. Nik Ajih mula menampakkan sikap pilih kasih, pilih serban dan pilih jubah berkenaan calon-calon tertentu dalam pertandingan mrebut jawatan duniawi dalam politik PAS. Beliau yang mula merasai tekanan dari dalam PAS yang mahu perubahan dan menganggap beliau sebagai liabiliti terbesar dalam PAS, kini mula berbahasa sindiran memperlihatkan sokongan kepada calon-calon dari negeri Kelantan. Tebal sungguh sifat aasobiyah rupanya si Nik Ajih ini. Rujuk entri mymassa untuk penakrifan betul mengenai assobiyah, ke pautan ini SIAPA KATA PAS BUKAN PARTI ASSOBIYAH?



2. Sebeum ini Nik Ajih memberikan amaran kepada 'pihak tertentu' agar tidak mensensasikan penyiasatan SPRM ke atas menantunya Ariffahmi Abdullah untuk menjejaskan kredibilitinya sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Nik Ajih hendak pegang dua jawatan itu sampai ajal dia ke? Begitulah nampaknya. 

3. Kini semakin jelaslah, PAS bukanlah sebuah parti yang bersih suci dari amalan assobiyah, berpuak-puak, favoritisma, cantas mencantas dan segala buruk tingkahlaku. PAS juga tidak mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam siyasah Islam. Mereka mengikut hawa nafsu mereka sahaja. Kita ikuti nanti apakah perkembangan seterusnya nanti. Nik Ajih semakin meresah dan gundah gulana. 

Eloklah selepas ini PAS gantikan perkataan ISLAM itu dengan Iblis. Senang cerita. Lagipun selama ini PAS membawa amalan Iblis dan bukan amalan ISLAM. Tidak menyokong dan mengundi PAS tidak bermakna anda menentang ISLAM. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa