Jumaat, 27 Mei 2011

KEJUTAN ! PENTADBIRAN REJIM TOGHUT SATANISMA DAPKRPAS BERSETUJU TAMPUNG SUBSIDI TAMBAHAN RM 8 BILLION!

KENAPA ? TAK PERCAYA KE? Jika anda tidak mempercayainya, anda adalah salah seorang daripada berbelas juta pengundi yang mulai sedar bahawa Rejim Toghut Satanisma DAPKRPAS sesekali tidak akan berbuat begitu walaupun mereka tahu ianya merupakan tanggungjawab bersama dengan Kerajaan Persekutuan demi kebajikan rakyat.  



1. Dalam berita Nasional TV1 sebentar tadi, DS Najib menyebutkan bahawa berlakunya salahfaham mengenai penyelerasan subsidi minyak baru-baru ini yang diputarbelitkan oleh kelompok toghut satanisma DAPKRPAS bagi menekan kerajaan Persekutuan. DS Najib juga menyentuh mengenai isu biasiswa. Terlebih dahulu kita sentuh mengenai apa yang DS Najib katakan mengenai subsidi minyak.

2.  DS Najib menyatakan bahawa apa yang kerajaan sekarang lakukan ialah menambah lagi subsidi minyak dari  RM 12, 000, 000,000.00 kepada RM 20,000,000,000.00 bermakna berlaku penambahan sebanyak RM 8,000,000,000.00. Jumlah ini bukanlah kecil. 

3. Apa yang menarik ialah, bagaimana dan dimanakah kerajaan akan mencari wang sebegitu besar memandangkan Regim Toghut Satanisma DAPKRPAS tidak akan memberikan satu sen pun semua hasil rompakan yang mereka lakukan selama 3 tahun menjarah khazanah negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. 

4. Malah, rejim toghut satanisma DAPKRPAS akan membiarkan kerajaan Persekutuan dalam kemelut ini bersendirian membantu rakyat jelata sementara mereka melepaskan tanggungjawab mereka kepada rakyat walaupun mereka sedar bahawa ianya merupakan tanggungjawab bersama dengan kerajaan Persekutuan. Mereka tidak akan mempedulikan untung nasib rakyat jelata. 

5. Mengenai biasiswa, DS Najib menegaskan bahawa apa yang dijanjikan ialah biasiswa kepada semua pelajar cemerlang mendapat 8A untuk belajar di luar dan di dalam negeri. Maksudnya, biasiswa tersebut  diberikan bukan hanya khusus untuk belajar di luar negeri sahaja. 

Percayalah dan yakinlah, setiap perkara berlaku ada hikmahnya, Keadaan yang terjadi sekarang dapat memeprjelaskan kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi bahawa pengalaman memerintah yang ada pada kerajaan Barisan Nasional ternyata lebih menyerlah daripada pentadbiran rejim toghut satanisma DAPKRPAS yang sentiasa menangguk di air keroh.Eloklah kita kembalikan semula 2/3 majoriti kepada Barisan Nasional kerana Ronnie Tiu Nia Seng awal-awal sudah mengatakan, ' Tak Bayar Cukai Pintu, Kami Tatak Tanggungjawab' Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengatakan begitu. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa