Ketuanan Melayu, 1 kalimah yang amat keramat bagi orang Melayu di Malaysia. Manakala Ketuanan Rakyat adalah 1 kalimah yang amat keramat bagi warganegara Malaysia yang bukan berketurunan Melayu di Malaysia. Kini, 1 Malaysia pula menjadi 1 kalimah keramat bagi semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Perbezaan takrifan bagi 3 kalimah keramat itu mengikut selera dan kehendak para golongan yang mendukung dan yang tidak mendukung. Bagi warganegara Malaysia yang bukan berketurunan Melayu yang bergiat cergas di dalam parti-parti pembangkang dan yang menyokong gagasan Ketuanan Rakyat waima apa maksud dan niat sebenar mereka, Ketuanan Melayu ini merupakan kalimah mimpi ngeri yang tidak boleh dimaafkan. Golongan ini mengaitkan dan menghentam keras Ketuanan Melayu dengan amalan rasuah, perkauman setaraf apartheid, Nazisme, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan penindasan hak-hak asasi manusia. Dikatakan bahawa Ketuanan Melayu ini adalah merupakan satu dosa yang amat besar di sisi kemanusiaan dan di sisi agama. Pelbagai hujah dikemukan bagi memberi gambaran bahawa Ketuanan Melayu ini amat huduh dan buruk sekali. Malangnya, mereka terlupa 1 perkara. Cuma 1 perkara sahaja. Yakni, takrifan Ketuanan Melayu yang dicita-citakan oleh orang Melayu jauh berbeza dengan takrifan omongan kosong golongan tersebut.
Ketuanan Melayu adalah merupakan 1 cita-cita dan impian orang Melayu di Malaysia untuk mempertahankan dan melaksanakan hak-hak istimewa mereka yang termaktub di dalam PERKARA 153 Perlembagaan Malaysia berkenaan agama ,budaya dan sejarah Melayu di Malaysia. KETUANAN MELAYU adalah bertuankan ISLAM bertuhankan Allah Ta'ala dan bernabikan MUHAMMAD RASULLULLAH s.a.w. dan segala para rasul anbiya'. Bagi orang Melayu, Ketuanan Melayu bukan menidakkan hak-hak warganegara Malaysia yang bukan penduduk asal Tanah Melayu. Ianya tidak dimaksudkan untuk menindas jauh sekali menggunakan amalan apartheid. Orang Melayu cuma mahu sejarah tamadun peradaban Melayu tidak dilupai di Tanah Melayu yang terletak di alam Melayu ( Nusantara ). Cita-cita ini sama sahaja bagi mana-mana kaum di dunia ini yang menjadi penduduk asal sesebuah negara. Pada masa yang sama, orang Melayu sanggup berkongsi taraf kewarganegaraan, politik dan kemewahan Tanah Melayu mengikut kadar yang tidak bersifat menindas warganegara Malaysia lain yakni kaum imigran/pendatang asalkan saja perkongsian tersebut tidak sampai pula ke tahap orang Melayu pula tertindas di Tanah Melayu.Kita harus menyentuh sedikit mengenai sejarah moden Tanah Melayu.
Sejarah purba Tanah Melayu bermula sekitar 1 500 tahun sebelum masihi. Dihitungkan sehingga kini sudah hampir 3 500 tahun sudah berlalu.
Manakala, sejarah moden Tanah Melayu bermula pada tahun 1800 sehingga kini. Sudah hampir 209 tahun berlalu. Peringkat dari tahun 1800 sehingga 1940 ini jika di hitung merupakan 140 tahun dan jika dihitung dari 1500 sebelum masihi orang Melayu sudah berada di Tanah Melayu selama 2,440 tahun. Bermakna , pada awal kemasukan kaum pendatang ke Tanah Melayu, orang Melayu sudah berada di Tanah Melayu selama 2,440 tahun bersamaan dengan 2 milinium 4 abad 4 dekad. Jika di hitung dari tahun 1000 sehingga kini , orang Melayu sudah berada di Tanah Melayu selama 2 milinium 10 tahun .
Tahun 1800 sehingga 1940 merupakan peringkat kemasukan beramai-ramai kaum pendatang ke Tanah Melayu. Ianya berlaku secara berperingkat-peringkat samada di bawa masuk oleh British sebagai pekerja, askar, polis, atas dasar perdagangan dan kerana lari dari peperangan saudara yang berlaku di negara asal mereka. Sememangnya tidak dinafikan mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk terus menetap di Tanah Melayu. Taat setia mereka masih kekal kepada negara asal. Mereka menjadi warganegara empayar British. Pihak British terpaksa membawa masuk kaum pendatang ini kerana orang Melayu melakukan penentangan hebat ke atas penguasaan British di Tanah Melayu pada tempoh waktu itu. Perperangan demi peperangan berlaku terhadap British. Kaum pendatang pada waktu itu mengekalkan budaya dan agama mereka. Mereka juga tidak begitu berminat untuk menjalin hubungan erat dengan orang Melayu. Mereka hanya sekadar tidak mengusik orang Melayu sahaja.
Di Perak, pada masa bijih timah menjadi bahan komoditi terpenting dunia, pihak British membawa masuk kaum Cina sebagai pelombong. Oleh kerana pada waktu itu British mengamalkan dasar penjajahan , secara halus kaum Cina adalah sekutu kuat bagi British pada waktu itu. Diketahui umum bahawa pada puncak kegiatan melombong bijih timah di Perak, terdapat 2 puak kongsi gelap yang amat terkenal , iaitu Ghee Hin dan Hai San berkuasa dan merebut penguasaan kawasan bijih timah di Perak. pada waktu itu. Manakala Long Jaafar merupakan pengusaha Melayu yang satu-satunya ada di Perak pada waktu itu. Pada waktu itu juga, keadaan politik orang Melayu di Perak tidak stabil kerana berlaku perang saudara.
Terjadilah pula PERJANJIAN PANGKOR yang butir ulas nya di tulis dalam bahasa Ingeris mengikut nahu bahasa Ingeris pada waktu itu. Bermulanya pula sistem Residen British di Perak. Akhirnya, membawa kepada pembunuhan JWW Birch, residen British di Pasir Salak oleh Dato' Maharajalela dan konco-konconya kerana pihak British telah memungkiri Perjanjian Pangkor. Bermulalah zaman pengikisan hak-hak orang Melayu dan penguasaan politik dan ekomoni Tanah melayu oleh British dan sekutu mereka pada waktu itu.
Keadaan ini menjadi semakin parah apabila pihak British dan Belanda dengan sukahati dan relahati tanpa persetujuan para Sultan dan pemerintah tempatan yang berkuasa pada waktu itu, membuat 1 perjanjian yang paling tidak masuk akal dan tanpa keupayaan sah pada 1824 membahagi alam nusantara sebelah sini kepada 2 bahagian iaitu Tanah Melayu menjadi 1 bahagian, manakala Sumatera dan Pulau Jawa menjadi bahagian ke 2. Maka terpisahlah secara halus alam nusantara sebelah sini sehinggakan menimbulkan kekeliruan maha hebat menyamai kedangkalan sempurna di pemikiran golongan yang mendukung Ketuanan Rakyat mengenai taraf orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu di alam nusantara.
Kesimpulannya, Ketuanan Melayu tidak perlu ditakuti oleh warga Malaysia bukan berketurunan Melayu. Malahan, ianya juga bukanlah bersifat feudal. Ianya cuma mengambarkan semangat Melayu yang cintakan agama, bangsa dan tanahair. Ianya juga bukanlah bersifat menindas warga Malaysia bukan berketurunan Melayu.
Manakala Ketuanan Rakyat merupakan helah keji dan cela oleh pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab yang berniatkan lonjakan politik semata bagi memperlecehkan Ketuanan Melayu. Ketuanan Rakyat (KR) yang dilaungkan oleh pembangkang lah akan membuka pintu-pintu kepada kemusnahan besar-besaran perpaduan dan kerharmonian kaum. Ini kerana KR adalah manifestasi perlawanan definisi dan maksud kepada KM (Ketuanan Melayu). Di dalam KM kesaksamaan diberikan kepada warga Malaysia bukan berketurunan Melayu (WMBBM) secara adil, telus dan saksama mengikut batas-batas perundangan negara dan Perlembagaan Malaysia, ini bermakna di dalam KR semangat dan unsur baik di dalam KM tidak ada langsung dan tiada unsur-unsur kawalan positif serta tidak wujudlah persaingan sehat sesama kaum. Ini sudah terbukti kebelakangan ini di mana, ada warga Malaysia yang menyuarakan pendapat mereka dengan begitu biadap sekali dan begitu berbaur perkauman tegar dan rasis.
Semangat perpaduan dan persefahaman serta saling hormat menghormati dapat dipupuk dengan baik dan ini dapat mengwujudkan persaingan sihat yang membawa kemakmuran bersama supaya tidak lagi ada yang boleh kata Melayu duduk di kampung tanam jagung, Cina duduk di bandar berniaga manakala kaum Tamil/India duduk di ladang menjadi buruh.
Kita mahu melihat 1 semangat yang jitu yang mengekalkan unsur-unsur budaya kaum tanpa meminggirkan budaya asal peribumi negara ini. Ini perlu berlaku dalam perubahan secara anti-revolusi. Jadi, kepada warga Malaysia semuanya, berpadulah, hormatilah dan berdaya majulah dalam kerangka Perlembagaan Malaysia serta berilah sokongan padu kepada 1 Malaysia.

Ketuanan Melayu pukimak ko la. Ketuanan homoseksual macam aku ni baru bagus.
BalasPadam