Semenanjung Tanah Melayu, demikianlah salah satu antara nama-nama yang diberikan kepada Tanah Bertuah ini. Mula diketahui bangsa Melayu ini mendiami dan memerintah Tanah Bertuah sejak pembukaan semula Tanah Bertuah oleh bangsa Melayu hampir 3, 500 tahun dahulu mengikut pengiraan tahun masihi yakni di tambah 1,500 tahun sebelum tahun 1 masihi.
Pada sekitar 1400-1420 t.m. Parameswara membuka kota Melaka setelah membuka kota Temasik terlebih dahulu tetapi atas sebab-sebab yang sudah terpadam dari lipatan sejarah, baginda bermudik dari Temasik ke Melaka. 1400 - 1511 , kerajaan Melayu Melaka yang merupakan penganut agama Islam merupakan sebuah kerajaan yang luas dan disegani di nusantara.
1400 - 1500 t.m, merupakan tahun -tahun gemilang bagi bangsa Melayu dan perkembangan pesat dari segi penguasaan perdagangan serta pengembangan agama Islam di alam nusantara. Hubungan dengan kerajaan China pada masa pemerintahan dinasti Ming telah berlaku. Laksaman Cheng Ho menjadi saksi kepada perhubungan ini.
1500 - 1600 t.m., merupakan kala-sakal, Melayu berhadapan dengan orang-orang Eropah yakni Portugis dan Belanda.
1600 - 1700 t.m, kala-sakal tamadun peradaban Melayu bertembung dengan peradaban eropah dalam skala besar-besaran. Bermulalah detik penguasaan bangsa Eropah yang dimulai dengan penguasaan dalam bidang perdagangan. Kebanyakan saudagar-saudagar Melayu mulai. terancam kerana bangsa Eropah memulakan dasar penguasaan mutlak ke atas bahan-bahan mentah dan memusnahkan rangkaian perdagangan Melayu secara peperangan dan penguasaan wilayah serta perjanjian-perjanjian yang dimungkiri oleh bangsa Eropah.
1700 - 1800 t.m., kala-sakal penghapusan warisan budaya Melayu dan asakan kepada kesultanan Melayu. Dimulai dengan penghapusan waris-waris terakhir kesultanan Melayu Melaka dan peperangan saudara yang dimarakkan oleh bangsa Eropah. Penulisan, pendidikan, pembelajaran dan kemahiran turun-temurun di dalam masyarakat Melayu mulai dihapuskan dan digantikan dengan cara budaya Eropah. Pengharaman kegiatan silat dan pemakaian keris oleh Raffles dan pemerintah Eropah. Kegiatan penyebaran kristian Roman Katolik bermula sejak Portugia semenjak 1511 kini makin diperhebatkan melalui perkahwinan campur dengan anak-anak tempatan dan suku kaum kecil Melayu di serata nusantara. Wilayah penguasaan kesultanan Melayu , Jawa dan Bugis diasak bertubi-tubi dan sebarang penentangan di kira sebagai pemberontak. Ramai kalangan orang Melayu mula menjadi pengkhianat dan pencacai kepada bangsa Eropah kerana desakan kehidupan yang disebabkan oleh tekanan politik yang tidak stabil serta kesempitan hidup kerana penguasan mutlak bidang perdagangan oleh bangsa Eropah.
1800 - 1900 t.m - kala-sakal, Melayu dimundurkan oleh bangsa Eropah dan kemasukan bangsa-bangsa Tamil dan Cina. Golongan yang di bawa masuk ini adalah merupakan golongan yang diasingkan dari pencampuran dengan bangsa Melayu. Pada zaman ini juga pihak Ingeris dan Belanda memulakan penguasaan wilayah secara besar-besaran melalui penguasaan perdagangan dan pihak Ingeris dengan tipu muslihat serta perancangan teliti membangunkan Singapura sebagai pusat pelabuhan utama di nusantara. Segala peluang-peluang perdagangan diberikan seluas-luasnya kepada bangsa-bangsa pendatang ini termasuklah peluang-peluang utama pekerjaan. Bangsa Melayu hanya diberikan sedikit peluang sahaja untuk menceburi arus perdana utama dalam bidang kehidupan dan perdagangan sehingga terpinggir jauh.
Penguasaan di segi wilayah dan pemerintahan di mana pihak Ingeris-Belanda dengan sesukahati mereka tanpa sebarang hak-hak sah dan benar mengikut mana-mana undang-undang yang terpakai pada zaman itu, memecahkan wilayah nusantara ini kepada 2 bahagian. Natijahnya, terpisahlah Melayu di Tanah Melayu dengan Melayu, Jawa dan Bugis di sebelah wilayah Sumatera, Pulau Jawa, Sulawesi dan kepulauan Melayu lain. Peperangan hangat dijalankan oleh Ingeris dan Belanda terhadap saki baki kesultanan Melayu, Jawa & Bugis.
Pihak Ingeris pula menyerahkan wilayah Utara Tanah Melayu kepada Siam. Sementara 3 buah negeri dipesisir pantai yang dikuasai sepenuhnya oleh Ingeris diletakkan di dalam wialayah Negeri-negeri Selat yang terpisah dari segi penguasaan perdagangan dan pemerintahan dengan kesultanan Melayu.Negeri-negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Semua warisan budaya dan penguasaan Melayu dalam 3 wilayah ini diganyang secukup-cukupnya dan dihapuskan oleh Ingeris melalui dasar penghapusan etnik di segi perdagangan dan pemerintahan serta dipupuk budaya Ingeris dalam semua bidang kehidupan.
Manakala negeri-negeri lain di Tanah Melayu dipecahkan lagi mengikut susunatur pemerintahan keresidenan yang mengekang kuasa-kuasa pemerintahan sultan-sultan Melayu dalam semua bidang kecuali adat resam dan agama Islam sahaja. Negeri-negeri ini ditadbir dan diperintah melalui wakil (cara proksi) melalui kuasa-kuasa Residen.
Bangsa Melayu semakin dipinggirkan dalam semua sudut kehidupan, perdagangan, pemerintahan dan budaya mereka.Pihak Ingeris telah membentuk susunatur masyarakat pada zaman itu dan mengamalkan dasar perlindungan suaka politik dan pilih kasih kepada bangsa-bangsa asing seperti bangsa Cina yang menjadi pemberontak kepada dinasti terakhir di China serta kuomintang yang menentang pihak komunis di China.
1900 - 1957 t.m., di zaman ini boleh dipecahkan kepada 3 zaman yakni:-
- 1900 - 1920 t.m. - Sebelum, semasa dan selepas perang Dunia Pertama.
- 1921 - 1939 t.m. - sebelum Perang Dunia Ke 2 dan penjajahan Jepun di Manchuria dan di China.
- 1940 - 1957 t.m. - semasa dan selepasa Perang Dunia ke 2, zaman darurat, perjuangan kemerdekaan dan kebangkitan besar gelombang fahaman komunis di seluruh dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa