Selasa, 16 November 2021

TURUTAN PASCA 2018 KENAPA BN PH PN & MN TUMBANG BEGITU SAJA?

BISMILLAH 

KINI DAH MASUK PRN MELAKA MERECIK HAWAU & PRN SARAWAK 

Pentadbiran Persekutuan sudah bertukar 3kali selepas PRU14, selepas ini apa bakal berlaku? 

Selepas BN berjaya dikalahkan dan diturunkan dari Tahta Pentadbiran Persekutuan Malaysia pada PRU 14 dan menyaksikan perletakan jawatan oleh Tun M yang mewakili kabinet PH , tiada mana mana pihak mampu nak kata & dakwa mereka adalah KINGMAKER. Semua kena 'Syahmat'

Kenapa Tun M meletakkan jawatannya sebagai PM? 

Dan sanggup merancang GERAKAN SHERATON? 

Kenapa Tun M tidak meneruskan sahaja pentadbiran nya sehinga PRU 15?

Adakah kerana tak nak DSAI naik jadi PM selepas 2 tahun seperti beliau janjikan? 
kalau dah taknak DSAI kenapa buat pakatan & perjanjian?  

Kemudian berlaku perubahan tampuk kepimpinan dari PH ke PN beserta BN PAS GPS diterajui oleh TSMY dari PPBM 

Tun M keluar dari PPBM dan menubuhkan PEJUANG pula 

Manakala PAN PKR & DAP kekal dalam PH 

Tak lama selepas itu TSMY menubuhkan PN bersama PAS disertai pula oleh GERAKAN bila mana Gerakan mengambil alih pentadbiran di Sabah dari WARISAN gagal dikeranakan WARISAN isytihar bubar DUN. 

Namun pada PRN Sabah menyaksikan UMNO BARU kehilangan banyak kerusi tapi kekal bersama PPBM untuk m,enubuhkan Pentadbiran Baru di Sabah 

Kemudian berlaku pertukaran MB di Perak di mana MB dari PPBM kehilangan Kepercayaan pula dan digantikan dengan MB dari UMNO BARU 

Hampir saja tidak menjadi kerana PPBM & UMNO BARU terguncang dek GAME TUKAR MB 

Perkara tersebut di tegur oleh KDYMM Sultan Perak 

Sebaik saja TSMY digantikan dengan DSIS menerajui Pentadbiran Baru selepas 15 Ahli Parlimen dari UMNO BARU bikin hal tiba-tiba meletup pula di Melaka. Di mana 4 orang ADUN tarik sokongan kepada MB dari UMNO BARU 

Semuanya berlaku dan terjadi bila mana ada segelintir ADUN & ADR (ahli Dewan Rakyat) menarik sokongan mereka terhadap MB & PM 

Apakah yang berlaku dan terjadi sebenarnya di sebalik tabir? 

Dilihat dari satu sudut nampaknya semua partai politik alami krisis kepimpinan dan dilema kesetiaan serta kepatuhan kepada hirarki kepartian memasing 

Sesi salah m,enyalahkan tuduh menuduh dan berebut sokongan berterusan di kalangan semua kepartian politik semata-mata mahu kembali menjadi KUASA DOMINAN untuk membentuk pentadbiran di Persekutuan dan Negeri 

Pengalaman di Sabah menyaksikan bagaimana pentadbiran baru negeri ditubuhkan atas majoriti tipis dan tidak seperti yang dibayangkan oleh pepuak balik tabir. GRS ditubuhkan dan MB dilantik dari PPBM. 

Melaka pula bagaimana? Adakah Melaka kekal nanti dengan keputusan tidak memberikan mana mana kepartian politik MAJORITI MUDAH? Setiap kepartian politik konpiden dan yakin dengan 'analisa' mereka akan dapat MAJORITI MUDAH dan tiada DUN TERGANTUNG. Adakah Benar? ita tahu puak kepartian politik tidak pernah berkata benar. Mereka hanya bermain persepsi sahaja. 

Apa akan terjadi sekiranya tiada mana mana kepartian politik perolehi MAJORITI MUDAH? 

Dan terpaksa bersepakat dengan pihak lain membentuk PENTADBIRAN NEGERI BARU? 

Apa pula kesannya nanti kepada perjalanan pengurusan pentadbiran di peringkat Persekutuan? 

Adakah nanti JAJARAN POLITIK BARU menjadi Pentadbiran Negeri Melaka? 

Apa pula kesannya nanti dalam hirarki kepartian politik memasing? 

Adakah akan mengugat Pentadbiran Pusat pula? 

Atau akan ada Pihak Tekan 'BUTANG PANIK'? 

Atau sebenarnya ada pihak mahu segerakan PRU 15? 

Kita menyaksikan bagaimana kem-kem dalam hirarki kepartian politik seperti tiada pendirian apa-apa.

Boleh dikatakan rakyat melihat dari luaran Hirarki Kepartian Politik sedang bermasalah besar hilang keyakinan diri & kewibawaan masing-masing 

Rasa Hormat & respek kepada manap-mana hirarki kepartian politik semakin terhakis dan rakyat melihat mereka sebagai Sekelompok Maknusia Bermasalah

Dahulu MELAKA menjadi punca dan sebab tumbangnya Hegemoni & Dominasi Kesultanan Melayu yang gah selama hamir 100 tahun lebih. 

Berpunca dari fitnah mehnah Si Kitol-Raja Mendeliar pembesar istana Kota Melaka kerana berlaku perebutan kuasa di antara dua pihak jalur nasab keturunan yang mendokong kepimpinan istana Kota Melaka. 

Sehingga menyebabkan keluarga asal Bendahara Kota Melaka hampir pupus dan menyebabkan perpecahan besar di kalangan kaum kerabat keluarga serta pengikut. Waima Si Kitol-Raja Mendeliar akhirnya di hukom sula di hujung pasar namun kesan tindakan mereka berlarutan sehingga melemahkan pertahanan kesetiaan kepercayaan terhadap Kesultanan Kota Melaka. 

Kini episod sama berulang kembali dalam versi MALAYSIA pula 

Adakah mereka mahu memperbetulkan kesalahan siam atau mengukangi  menambah kesalahan baru tanpa memikirkan natijahnya nanti? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa