Jumaat, 15 Februari 2019

HAKEKAT SEBENAR POLITIK DI MALAYSIA

Wasiat Tujuh Raja-raja Melayu Sebelom Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Tiga Dato Undang serta satu kekosongan Penyandang pesaka Dato Undang Jelebo

Bismillah
PRU 14 menyaksikan BN tumbang dan ramai Ahli Parlimen nya serta ADUN nya angkat kaki. Tak kurang saf kepimpinan nya dari parti-parti komponen di Sarawak keluar dari BN. Ramai yang amat gembira. Itu pada sembilan bulan nan lalu. Kini memasing mula gigit jari dan mula terpinga-pinga akibat terdedah peel sifat sebenar puak PH, terutama Menteri-menteri dari PAN dan DAP. Janji 100 Hari hanya tinggal Indah Khabar dari Rupa.Namun kerana ego ramai yang masih malu-malu kucing.Tapi itu tak penting.

Persoalan sekarang yang masih berlegar di ruang udara alam maya dan di alam kedai kopi bebas asap rokok ialah Siapa Betul dan Siapa Salah? 

Ke mana Hala Tuju dan apa rupa bentuk 'Malaysia Baru'? 

Ehh Kenapa pula kena ada 'Malaysia Baru'? 

Orang jadi penin sebab yang jadi PM dan Jemaah Menteri nya adalah orang-orang yang sama memimpin Malaysia sebelum Malaysia Baru. 

Jadi kenapa perlu ada Malaysia Baru? Sedangkan pemimpin-pemimpin Malaysia Baru semua nya pemimpin-pemimpin yang tak nampak alamat dan jalan ke masjid, surau dan Tanah Perkuburan. Ramai berjaya tempah macam-macam benda mewah tapi dah ada ke yang dah siap tempoh Lot Liang Lahad, kain kafan tiga helai, kapor barus, daun bidara/sabun bidara, dan tempat mandi jenazah serta jemaah yang akan melakukan pengurusan jenazah? Jadi apa yang nak dibanggakan? 

Lagi satu berapa jenis Malaysia nak ada ni? 

Ok lah kita tengok balik berapa jenis Malaysia dah ada sejak 1963 

Mula-mula yang ada 
negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu (NMTB)
negeri-negeri Melayu Bersekutu  (NMB) 
Negeri-negeri Selat 

NMB dan Negeri-negeri Selat menggunakan khidmat Residen Ingeris untuk pentadbiran dan pengurusan khazanah hasil mahsul negeri-negeri.

Ini dalam tahun-tahun 1824 sehinggalah 1948

Malayan Union cuba diperkenalkan tapi kena terajang terus dek nasionalis Melayu dengan kesedaran Raja-raja Melayu.

Tapi diperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 

Selepas itu menjadi Persekutuan Tanah Melayu 1957

Tiba-tiba pada 1962 muncul idea nak tuboh Persekutuan Malaysia terdiri dari gabungan
Persekutuan Tanah Melayu 1957
Singapura
Kesultanan Berunei
Sabah
Sarawak

Kesultanan Berunei tak jadi join 

Akhir nya yang join membentuk Persekutuan Malaysia ialah 
Sabah 
Sarawak
Singapura

Ini pada 16hb September 1963 

Alih-alih pada 1965 Singapura keluar dari Malaysia lalu membentuk Republik Singapura

Maka tinggal lah
Persekutuan Tanah Melayu 1957
Sabah
Sarawak
sahaja

Ini pada 1965 

Dari 1965 membawa kepada PRU 14 2018 lalu 

Bila puak PH menang tiba-tiba satu misteri berlaku, mereka isytihar
MALAYSIA BARU

Halamak !

Apa MALAYSIA BARU ?

Ntah ana sama ente pun tak tau lah
Sunggoh misteri

Tiba-tiba tanpa apa-apa perjanjian apa referendum dan apa-apa lah
ada MALAYSIA BARU

Kenot Brain lah ... 

Pengundi mengundi PH untuk satu pentadbiran baru tapi mereka dapat MALAYSIA BARU,
Penin Arrr

Sehingga ke hari ini puak PH masih belum jelaskan maksud dan arti
MALAYSIA BARU

Nak sampai ke cerita MALAYSIA BARU tu ada beberapa fakta sejarah ambe langkau. 

Ini sekadar nak buka mata sahaja lah.

Ada lagi 

Ingat tak apa berlaku pada 1988 

di mana UMNO 1946 dimansuhkan! 

digantikan dengan UMNO BARU ciptaan Tun Mahathir 

Tun Mahathir jadi PM sejak 1980 menggantikan Tun Hussein Onn 

Apa berlaku pada 1988 yang ramai tak tahu dengan ada nya UMNO BARU? 

secara diam-diam dan tersembunyi penuh licik pentadbiran kabinet jemaah menteri Tun Mahathir pada tahun itu memohon dan meluluskan DUNIA BARU melalui WAWASAN 2020 

Kenapa plak mintak Dunia Baru, entahlah. 

Dunia Baru itu berlaku dalam tiga fasa 

Fasa Pertama dari tahun 1990 sehingga 1999 

Apa peristiwa berlaku pada masa itu? 

Mahathir - Anwar Ibrahim gadoh 

muncul gerakan Reformasi yang bawa macam-macam benda falsampah bukan-bukan 
lebih Liberal dari Liberal.

Fasa Kedua berlaku dari tahun 2000 sehingga 2009

Apa yang berlaku? 

Reformasi menjadi PKN
PKN menjadi PKR setelah PSRM bergabong dengan PKN
DAP cemolot dengan PAS
Muncul Pakatan Rakyat

2003 Mahathir letak jawatan

2008 BN hilang 2/3 majoriti
hilang Selangor
hilang kejap Perak
hilang Pulau Pinang

2009 Pak Lah letak jawatan dan digantikan dengan DS Najib 
atas desakan dan tekanan daripada Tun Mahathir 

Mula-mula nampak cam dah OK tapi .... 

Fasa Ketiga berlaku dari tahun 2010 sehingga 2019 

Berlaku Tsunami Cina pada PRU 13 

Isu-isu sensitif mula menjadi topik-topik terbuka di Alam Maya dan di mana-mana sahaja 

Polisi Liberal Transformasi memakan diri 

Walaupun banyak perubahan baik dan Tambah Nilai di buat tapi ianya ditenggelamkan dengan pelbagai isu-isu yang menjurus kepada fahaman-fahaman Liberal Tanpa Batasan.

Tun Mahathir mula menyerang DS Najib

dan akhirnya berlaku beberapa pemecatan pemimpin-pemimpin besar dalam UMNO BARU

Tun Mahathir dan Mahyuddin Yassin menubohkan PPBM

Shafie Apdal menubuhkan Warisan

PAS berpecah kepada PAN 

Pakatan Rakyat dibubarkan dan ditubuhkan Pakatan Harapan 

Mahathir dan Lim kit Siang serta Dr Chen Mang Hen jadi kawan baik 

Mahathir dan Anwar Ibrahim saling forgive dan forget dan mula berkasih sayang 

Tiba PRU 14

semua dah maklom apa berlaku

Terjadi beberapa PRK 

Terbaru,

PRK Cameron Highlands 
Sudah berlalu BN menang 
dengan calon Melayu Semai Asli 

PRK Semenyih
sedang berlangsung 

PRK Rantau
Bakal berlangsung 

Sebelum itu telah berlaku 4 PRK di mana BN kalah semua nya 

Bayangkan dalam masa sembilan bulan sahaja telah berlaku hampir 7 PRK 

Tak pelik ke? 

Kebetulan sama bilangan dengan 7 Ahli Parlimen UMNO BARU lompat masuk PPBM 

Rekod tuh 

Takpelah kita tengok kan aja sambil makan popcorn

Ntah mana lah perginya semua idealisma-idealisma sebelom ini

Semua suara-suara senyap sunyi diam terus membisu

Apa akan berlaku seterusnya sehingga sampai ke tahun 2020? 

Kesimpulan dari itu semua memang ada penjelasan-penjelasan yang masok akal tapi tak semua boleh faham namun akan faham selow-selow jua.

Pandangan ini tidak berpihak kepada sesiapa tapi berpihak kepada Wasiat Tujoh Raja-raja Melayu 

Kita pun tak faham apa sebenar nya golongan politik nak buat dan ke mana mereka nak pergi 

Namun ada cerita-cerita dan perkabaran-perkabaran mengenai perkara itu

Tapi di lain entri lah iyyer

Pada kali ini cuma mahu kamu semua berfikir di luar Kotak Politik

Ada orang kata Politik itu sebenar nya Ilmu Sihir Kerbala Dajal yang nak menguasai minda dan emosi kita supaya dikuasai oleh agenda-agenda Dunia Baru.

Dunia Baru?

Apa yang ada di Dunia Baru?

Syurga dan Neraka sahaja ke?

Ambe tak nak Dunia Baru

walaikumusalam warahmatullahi wa barakatuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa