Rabu, 30 Ogos 2017

SUKAN SEA, MERDEKA & EIDUL ADHA 2017


BISMILLAH WA BILLAH WA MINALLAH
SALAMUNALAIKOM


3 PERISTIWA DALAM MASA SATU BULAN OGOS 2017 - SEPTEMBER 2017 

Tahniah kepada pencapaian luarbiasa atili negara dalam temasya Sukan SEA kali ini

Tahniah kepada penganjur

Tahniah kepada Menteri KBS (KJ - yang turut turun padang dalam tim POLO)

Tahniah kepada YB PM Mohd Najib Razak yang berjaya memacu prestasi tinggi para atlit

Banyak boleh diceritakan pasal Sukan SEA 2017.

Antara yang menarik pasal rempuhan & rungutan nak dapatkan tiket bagi eprlawanan akhir antara Tim Malaysia dengan tim Thai.

Di mana tim Thai gagal menjaringkan sebarang bola tapi menang dalam game kerana kesilapan pemain memberikan sepakan korner. Mengakibatkan kesilapan penjaga gol yang cemerlang. Hujan lebat sepanjang perlawanan berlangsung.  Padang licin, bola licin & menyukarkan penjaga gol untuk menangkap bola kecuali terpaksa menumbuk bola.

Tak apa lah. janji kita berjaya jadi Juara Keseluruhan

Menariknya Malam Penutupan Sukan SEA betul-betul jatuh pada hari menjelang Sambutan Merdeka ke 60 tahun .. pada malam 30hb Ogos 2017
Hasil carian imej untuk Merdeka 2017

Tema & Logo sambutan Merdeka ke 60 tahun 

NEGARAKU SEHATI SEJIWA - tema & logo Merdeka 60 tahun 

Pada 1 hb September 2017 pada hari Jumaat sehari selepas 31hb Ogos 2017, kita merayakan pula AIDIL-ADHA - Hari Raya Korban / Hari Raya Haji

Kepada semua pelawat & pembaca serta peminat blog ni, ambe ucapa

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATHIN ATAS APAKUA KESILAPAN DALAM SEMUA ARTIKEL & TAJUK ARTIKEL DI DALAM BLOG INI SEPANJANG MASA BLOG INI AKTIF. 

TERIMAKASIH KERANA MASIH SETIA MEMBACA MELAWAT & MEMINATI PENULISAN AMBE. 


Selasa, 29 Ogos 2017

#SIRI 2 SIAPAKAH MELAYU? APA CERITA

Imej yang berkaitan
Di Kalangan Kita Mereka Berada ... Lebih lama Dari Kita Berada di Tanah Melayu. Tok Nenek Moyang Kita 

Bismillah wa bIllah wa minallah
Salamunalaikom
assalamualaikom warahmatullahi wabarakatuh 

SIAPAKAH MELAYU? Apa cerita korang, kita sambung balik 

Ini cerita-cerita yang di ambil daripada cerita pihak ketiga yang mana mereka ambil daripada pihak kedua di mana mereka ambil daripada pihak pertama di mana mereka ambil daripada Sumber Asalnya. 

Mana-mana bahagian cerita & penceritaan yang diceritakan di sini yang tak sesuai & tak sama selari dengan mana-mana penceritaan yang sampai kepada korang; Punyalah banyak perkataan 'YANG' ambe gunakan.

Asal perkataan 'YANG' ialah 'HYANG' makna HYANG .. ntahlah ambe pun tak tahu 

Cerita 1
HYANG HYUNG SG UJONG BUKAN TERHUYUNG HAYANG 

Sg Ujong terletak di Ujong Tanah.

Ujong Tanah terletak di sebelah Lidah Tanah

Lidah Tanah bersebelah dengan Tanah Melayu

Jadi kat mana Sg Ujong yang terletak di Ujung Tanah yang bersebelah dengan Lidah Tanah yang bersebelah plak dengan Tanah Melayu itu , di situlah letaknya Sg Ujong.

Kerajaannya bernama Hyang Hyung. Akhirnya keturunan berlidah tergeliat menyebut Sg Ujong.

Siapa plak Hyang Hyung? Ntahlah ... tak sempat nak bertanya kepada pihak ketiga dan pihak ketiga tak sempat bertanya kepada pihak kedua dan pihak kedua tak sempat nak bertanya kepada pihak pertama dan pihak pertama tak sempat nak bertanya kepada Sumber Asal.

Maka yang tahu nya ialah sumber Asal. Kat mana dan siapa Sumber Asal, ntah lah sebab ambe terlupa nak tanya daripada pihak ketiga dan pihak ketiga lupa nak bertanya kepada pihak kedua dan pihak kedua lupa nak tanya pihak pertama dan pihak pertama lupa nak tanya Sumber Asal dan Sumber Asal buat-buat lupa nak beritahu. 

Dari Sg Ujong akhirnya menjadi Seremban City yang ada lebuhraya dan keretapi letrik. 

Menjadi Ibunegeri bagi Negeri Sembilan

Cerita 2 
ZULKARNAIN & IBU RATU & IBU KOTA SAIN KONTRAK KAT GUNUNG 

Zulkarnain mula berjalan ke arah negara Matahari Terbenam

Dah setel kerja pergi ke arah negara Matahari Terbit

Jumpa suku sakat pakai cawat tapi baik budi sopan santun sokmo hepi

Zulkarnain parkir kapal kat Kuala Sg Linggi plaza tol ke Sg Ujong.

Masuk Dewan Gunung kejap sain kontrak dengan Bathin Terjeli

Perjanjian Gunung Pertemuan

Bathin terjeli terjela tanya zulkarnain , " Awok sapa nama weh?"

Zulkarnain jawab , "Koi nama Sultan Maharaja DiRaja Allif lah"

Bathin Terjeli Terjela jawab, "KHOOO.... ALLIF BA TA, ALLIF TAK BUTA"

Zulkarnain pesan kepada Bathin Terjeli Terjela, " Awok nanti naikkan anak-anak koi jadi Tok Penghulu yak"

Bathin Terjeli Terjela jawab, " Ya lah Dun Wuri gerenti setel sampai akhir zaman"

Dah setel sain kountrak dan beranak empat Zulkarnain turun pergi Pagaruyong dan cari jodoh. Sampai di pagaruyong beranak lagi. Kali ini Zulkarnain susun sendiri

Raja Alam
Raja Ibadat
Raja Adat

Ada anak seorang nama Maharaja Jepang/ Dipang/ Bepang bukak negeri China beranak pinak kat sana. Bila anak cucu cicitnya tanya, " Atok kita asal dari mana?"

Jawabnya, " Asal dari Syurga. Kita ini ANAK SYURGA. Naga-naga jaga kita"

Maka salah seorang anak Zulkarnain di berilah nama Dato Menteri Akhiruzzaman

Bila sampai habis zaman Nabi, dapat plak tambah nilai jadi Dato Nika Mendelika Menteri Akhiruzzaman.

Zulkarnain jalan lagi dan jadi arkitek buat tembok halang yaujuj maujuj

Tembok apa?

Siapa jaga tembok? Kota-kota lah jaga tembok

Siapa Kota-kota Jaga Tembok? Ibu-kota - Ibu-Kota lah

Akhir zaman tembok runtoh & ibukota-ibukota pun lari habis semua di Undang balik berlindung di Tanah Melayu di bawah Payung Mahkota DiRaja.

Dulu menjaga Tembok sekarang menjaga Tembolok

Jadinya , anak-anak zulkarnain

di Tanah Melayu menjadi Tok Penghulu Alam
di Pagaruyong menjadi Raja Alam, Raja Adat & Raja Ibadat
di seluruh dunia menjadi Pengawal Tembok berkubu dalam Ibukota-ibukota

Selesailah Tugasan Amanah Amanat Zulkarnain.

Masa Nabi orang tanya cerita nya

Sebelom Nabi wafat Nabi pesan, cari negeri yang ada gaharu & kapur barus

Gaharu Pokok Hidup di gunung-ganag bukit bukau dalam hutan tebal
Kapur Barus jenazah yang dah mati tunggu di tanam pengali kubor.

Sudah Cendana Gaharu Pula
dalam perahu ada kura2
Pisang emas atas peti
Nyiur Gading di puncak mahligai

Cerita 3 
BUKIT SAGUNTANG 4 CUPAK SATU GANTANG 

Raja Suran sakit hati dengar Tanah Melayu makmur

datang serang semua ibukota-ibukota berundur 

dah habis serbu maka turun ke Negara Bawah Lautan dari Ujung Medini 

jumpa Raja dan puteri cantik , bernikah dapat anak

anak-anak itu sampai ke Bukit Saguntang 

the rest of the story korang dah tahu sendiri

/// nanti kita sambung lagi .....

Isnin, 28 Ogos 2017

SIAPAKAH MELAYU ? CERITA TENGKU ARIAN KIRANA


Hasil carian imej untuk cokmar Dewan Rakyat
Cokmar Dewan Rakyat 
Dikatakan Pada Cokmar ini Ada Lambang Tengku Arian Kirana 
Siapa Tengku Arian Kirana?
Ianya Hanya Nama Jawatan dan bukan Individu

BISMILLAH WA BILLAH WA MINALLAH 

SIAPA MELAYU? 

Persoalan yang membingungkan & mengelirukan ramai orang.

Macam-macam versi penceritaan asal usul & pengenalan MELAYU diberikan.

Dalam Perlembagaan termaktub definisi MELAYU mengikut fahaman Politik.

Namun MELAYU tak dapat ditafsir & diterjemah oleh Bahasa Politik

Ianya hanya boleh diterjemah & ditafsir oleh BAHASA MELAYU JAWI jua lah.

Lazimlah, takkan kita sendiri tak kenal siapa kita?

Kebanyakan cerita datang daripada Orang Luar dan bukan dari kalangan Melayu sendiri

Seolah-olah Melayu sendiri bingung dan tak tahu Siapa Melayu

Paling kuat orang menyebut pasal Sriwijaya, Muara Jambi, Kesultanan Melaka, kisah Raja Suran dan Bukit Saguntang

Tapi itu semua kisah yang berlaku di luar Tanah Melayu. Ada yang membantah.

Ada pula yang bawa cerita mengatakan Tanah Melayu ini ialah Benua Sunda seluruhnya

Mana satu ler cerita yang betul kan yang mengesahkan tanpa keraguan & was-was Siapa Melayu sebenar nya.

Antara versi-versi yang ada ialah versi Tengku Arian Kirana yang pernah tersiar di blog LAMAN PAHANG.

Ringkasnya, dikatakan asal perkataan Melayu itu daripada perbuatan merayu nya Nabi Allah Adam alaihissalam kepada Allah Hu Ta'ala bagi keselamatan & keamanan anak cucu cicitnya dari awal zaman sehingga akhir zaman.

Terbitnya benih Melayu itu dari 20 pasang kembar & 40 pupu anak Nabi Allah Adam alaihissalam dengan nenek Siti Hawa.

Dan di sentuh mengenai istilah Orang Asli yang digunapakai kepada Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu.

Ada ke kisah-kisah daripada Orang Asli Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu?

Ya memang ada. dan banyak. Malah dicatit dan dicatat dalam lapuran-lapuran penjelajah dan pengkaji Barat.

Dan versi Orang Asli Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu lah yang paling tepat mengenai Siapa MELAYU.

Bagaimana pula etnik-etnik dalam kumpulan Melayu? Seperti
Bugis
mendailing
Minangkabau
Banjar
Jawa
Tausug
Rawa
Pagaruyong
Caniago
Batak
Temiang

dan bagaimana pula Melayu yang bercampur benih dengan
Arab
Cina
Tamil
Persia
Omputih
Turki
Ingeris
Eropah

Yang itu korang carilah jawapan sendiri mana yang sesuai dengan jiwa dan akal korang

nanti sambung .... 

Selasa, 2 Mei 2017

(AA) (BA) (TA) ARTI HAK & ARTI BATAL POLITIK





BISMILLAH WA BILLAH WA MINNALLAH
(akan arti makna maksod kamu sendiri cari jika benar kamu berada di Pihak Benar)

MAKA BERMULA-LAH HURUF-HURUF JAWI ITU DIBERIKAN KEPADA NABI ALLAH ADAM ALAIHIS SALAM OLEH ALLAH HU TA'ALA SENDIRI

SETIAP ARTI MAKNA MAKSOD HURUF DAN SUSUNAN SERTA KEGUNAAN DIAJARKAN SENDIRI OLEH ALLAH HU TA'ALA KEPADA NABI ALLAH ADAM ALAIHIS SALAM

LALU DI BAWA HURUF-HURUF JAWI ITU KE TANAH ARAB
DISEMPURNAKAN BUNYI NYA
SEHINGGA LENGKAP SEMPORNALAH QALAM ALLAH HU TA'ALA
AL QURAN NUR KARIIM QALAM ALLAH HU TA'ALA

RAHSIA HURUF-HURUF JAWI TETAP TINGGAL DI TANAH MELAYU

BILA DI BAWA KE TANAH JAWA
MAKA BERLAKU LAH PERUBAHAN DAN PINDAAN

DEMIKIKAN ITU PADA HARI INI
WARIS WALAK WALI SEMBILAN TANAH JAWA KATA
ABATA ITU AGAMA, TANAH AYER DAN BANGSA ARTI MAKNA MAKSOD

APA ARTI MAKNA MAKSOD SEBENAR ABATA ?
KAMU LIHAT SUSUNAN DIBERIKAN DI ATAS
KAMU FIKIR LAH SENDIRI
BETUL KE ARTI MAKNA MAKSOD ABATA ITU
AGAMA , TANAH AYAER DAN BANGSA ?

KAMU KATA KAMU LEBIH PANDAI DARI MELAYU ASAL ASLI PERIBUMI TANAH MELAYU KERANA KAMU KATA :-

PERTAMA, TERBITNYA BANGSA MELAYU ITU DARI BUKIT SAGUNTANG

KEDUA, TERBITNYA AGAMA ISLAM ITU DARI GUNONG MAHAMERU

SEBAB ITU KAMU KATA ABATA ITU AGAMA, TANAH AYER DAN BANGSA

MAKA KAMI MELAYU ASAL ASLI PERIBUMI TANAH MELAYU JAWABLAH DENGAN SUSUNAN HURUF-HURUF JAWI DI ATAS

KAMI MELAYU PERIBUMI ASAL ASLI TANAH MELAYU MENGATAKAN 
ARTI MAKNA MAKSOD ABATA ITU BUKANLAH AGAMA TANAH AYER DAN BANGSA

YANG BERKATA AGAMA TANAH AYER DAN BANGSA ITU ADALAH KETURUNAN PETUGAS WALI SEMBILAN YANG DATANG KE TANAH MELAYU YANG MEMINDA DAN MERUBAH HURUF-HURF JAWI IKOT PAHAM POLITIK MEREKA

ASAL POLITIK ITU AJARAN ORANG YAHUDI YANG INGKAR DURHAKA KEPADA NABI MOHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHIS SALAAM 

DI TANAH MELAYU PULA , GOLONGAN POLITIK YANG TERDIRI DARI ETNIK-ETNIK MELAYU YANG BERASAL DARI :-

TANAH JAWA
TANAH ACEH 
TANAH SUMATERA 
TANAH MESIR 
TANAH MINANGKABAU 
TANAH BUGIS
TANAH SIAM 
TANAH HINDI 
TANAH ARAB 
TANAH TURKI 
TANAH CHAMPA CHERMIN KEMBOJA 
TANAH CHINA 

BERJANJI DENGAN DATO UNDANG NAN EMPAT, WAKIL KERAJAAN SILANG GUNTING GUNONG BERANGKAT MELALUI WASIAT TUJOH RAJA-RAJA MELAYU 

MAKA MEREKA TUBOHKAN DAN DAFTARKAN PERGERAKAN POLITIK MEREKA PADA 1946 DENGAN NAMA UMNO

KEMUDIAN DIBUBARKAN OLEH MAHATHIR PADA 1988

SEMUANYA DIAM DAN TAK MELAWAN KECUALI SEDIKIT SAHAJA 

DI AWAL UMNO, MEREKA BERPECAH MENJADI PAS 

SEMASA UMNO DIBATALKAN MAHATHIR, MEREKA TERBITKAN PKR 

KINI MAHATHIR PULA TERBITKAN PPBM KELUAR DARI UMNO BARU CIPTAAN BELIAU SENDIRI 

KESIMPOLANNYA, 

ETNIK-ETNIK MELAYU YANG BUKAN BERASAL DARI TANAH MELAYU BERPERANG DAN BERSENGKETA SESAMA SENDIRI DI TANAH MELAYU, AKHIRNYA MENDAKWA ABATA ITU AGAMA TANAH AYER DAN BANGSA 

MEREKA LANGGAR DAN MUNGKIRI WASIAT TUJOH RAJA-RAJA MELAYU 

KERANA ITU MEREKA SUKA-SUKA HATI SAHAJA TERBITKAN MACAM-MACAM JENIS PARTI POLITIK MENGIKOT ETNIK SUKU KAUM ASAL MEREKA 

RAJA-RAJA MELAYU TAHU MENGENAI SILANG GUNTING GUNONG BERANGKAT DAN MEREKA BERNAUNG DI BAWAH DARJAH DAULAH DAULAT SILANG GUNTING GUNONG BERANGKAT 


TETAPI GOLONGAN POLITIK DARI TAHU MENJADI TIDAK TAHU PADA INI HARI 

SEPATUTNYA MEREKA MENDENGAR KATA KAMI MELAYU PERIBUMI ASAL ASLI TANAH MELAYU 

TETAPI MEREKA LEBIH SUKA NAK DENGAR KATA POLITIK 
CIPTAAN YAHUDI DAN BANGSA DEWA

MAKA MEREKA PUN BERGADOHLAH SESAMA SENDIRI TAK BERKESUDAHAN KERANA SUSUNAN HURUF JAWI YANG MEREKA BAWA ADALAH HURUF-HURUF YANG TAKDE TITIK 


TAPI KAMI MELAYU PERIBUMI ASAL ASLI TANAH MELAYU BAWA HURUF-HURUF JAWI BERTITIK 


MAKA PETUGAS KETURUNAN WALI SEMBILAN YANG BERADA DI DALAM SUSUNAN PASANGAN HURUF-HURUF JAWI BERADA DALAM KEGELAPAN KERANA SALAH SILAP BATANG TUBOH JASAD RUH MEREKA SENDIRI, TIDAK FAHAM, BERPUNCA DARI SIKAP MEREKA YANG CUAI ALPA LEKA LALAI DENGAN POLITIK SEHINGGA MELUPAKAN TUJOH SUSUNAN HURUF JAWI YANG BERTITIK 

SUSUNAN TUJOH HURUF JAWI BERTITIK 
7 WALI TANAH MELAYU 

WASIAT TUJOH RAJA-RAJA MELAYU 
PERKARA 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 


MAKA KOSONG LAH TAK BERTITIK SUSUNAN HURUF JAWI YANG MEREKA BAWA DAN KAMI MELAYU PERIBUMI ASAL ASLI TANAH MELAYU JAWAB LAH 



SEBAB, ITULAH PENGAKHIRAN SUSUNAN HURUF JAWI YANG MEREKA, GOLONGAN POLITIK, BAWAKAN YANG BERMULA DENGAN ARTI MAKNA MAKSOD AGAMA TANAH AYER BANGSA AKHIRNYA MENJADI BAHAN KETAWA SAHAJA 

KERANA APA? KERANA GOLONGAN POLITIK DAN PETUGAS KETURUNAN WALI SEMBILAN ALPA CUAI LALAI LEKA , MENGUBAH DAN MEMINDA HURUF-HURUF JAWI SERTA MENGAMBIL POLITIK LALU MELANGGAR WASIAT TUJOH RAJA-RAJA MELAYU KERANA LUPA ADA WALI TUJOH TANAH MELAYU.

MEREKA TAK MAHU MENDENGAR DAN MENGIKOT KATA KAMI MELAYU ASAL ASLI PERIBUMI TANAH MELAYU YANG BAWA SUSUNAN HURUF JAWI YANG BETOL SAH BENAR.

DI MANA  SUSUNAN HURUF JAWI BERTITIK YANG KAMI MELAYU PERIBUMI ASAL ASLI TANAH MELAYU BAWAKAN AKHIRNYA MENJADI

TIDAK LAH MENJADI BAHAN KETAWA, TAPI MENJADI KEBENARAN YANG DATANG DARI SISI ALLAH HU TA'ALA DAN DAPATLAH KAMI MELAYU PERIBUMI ASAL ASLI TANAH MELAYU MEMBEDAKAN :-
HAQ DAN BATHIL
HAK SAH DAN HAK BATAL
BENAR DAN SALAH


KUN FAYAKUN
YAA DZAL JALALIL WAL IKRAM

TAKKAN KAMI NAK BENARKAN DAN IZINKAN GOLONGAN POLITIK DAN KETURUNAN PETUGAS WALI SEMBILAN TERUS MENERUS BERBALAH DAN BERTIKAI SESAMA SENDIRI SEHINGGA TANPA MEREKA SEDARI MEREKA MENJADI GOLONGAN:-


MEMBATALKAN YANG HAQ MENGHALALKAN YANG BATHIL 
MENGHISAP DARAH RAKYAT 
MENGADU DOMBA SESAMA SENDIRI DAN RAKYAT 
MENYEKAT REZEKI 
MENJADI DURI DALAM DAGING , MUSOH DALAM SELIMUT DAN GUNTING DALAM LIPATAN 

MEMBUAT ONAR YANG SAMA SEPERTI BERLAKU DI ZAMAN MELAKA 

DI MANA SI KITOL DAN MENDELIAR MENGADU DOMBA 

AKHIRNYA HANG TUAH MERAJOK KERANA TERKELIRO MANA BETOL MANA SALAH 

HANG JEBAT JUA LAH YANG MEMPERTAHANKAN 
RAJA ADIL RAJA DISEMBAH 
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH 

SEMUANYA BERLAKU KERANA ADU DOMBA SI KITOL DAN MENDELIAR ORANG LUAR DAN DEK KERANA SALAHGUNA KUASA YANG DIBERIKAN 

SEBAB ITU PADA INI HARI KITA MELIHAT GOLONGAN POLITIK BERLUMBA-LUMBA MENCARI SOKONGAN DARI LUAR YANG MANA AKHIRNYA MEREKA AKAN MENJADI BAHAN KETAWA SAHAJA 

KERANA MEREKA MELUPAKAN SUARA MELAYU ASAL ASLI PERIBUMI TANAH MELAYU DI ATAS SEBAB-SEBAB DAN PUNCA-PUNCA YANG TELAH DITULISKAN SEBELOM INI 

DEMIKIAN ITU, ADAKAH GOLONGAN POLITIK DAN PARA PETUGAS KETURUNAN WALI SEMBILAN TETAP MAHU 


ATAU MEREKA MAHU

YAKNI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN DUNIA DAN AKHIRAT 

TETAPI BILA MEREKA TETAP MEMILIH 


MAKA MEREKA MENERIMA 




walaikumus salam 

Rabu, 26 April 2017

SIAPA KING OF THE KINGS BANI JAWI TANAH JAWI?


HURUF JAWI BANI JAWI TANAH JAWI
BUKAN ARAB ATAU JAWA
BUKAN JIN ATAU DEWA


BISMILLAH WA BILLAH WA MINALLAH
DENGAN NAMA ALLAH
DENGAN ALLAH
DARIPADA ALLAH
TANAH MELAYU , SEBELUM DIKENALI SEBAGAI TANAH MELAYU, DI SEBUT TANAH JAWI, SEBELUM DI KENALI SEBAGAI TANAH JAWI DISEBUT TANAH KUNING SEBELUM DI SEBOT TANAH KUNING HANYALAH ACUAN KEPADA LEMBAGA MANUSIA PERTAMA BERNAMA ADAM . SEBELOM MENJADI ACUAN KEPADA LEMBAGA ADAM , APA NAMANYA?

PADA HARI INI, RAMAI MENGAKU MELAYU BERAGAMA ISLAM DAN RAMAI MEMPERKATAKAN MENGENAI ASAL-USUL KETURUNAN DAN ZURIAT MEREKA.

MEREKA KATA MEREKA TAHU SIAPA MELAYU
SIAPA RAJA KEPADA SEKELIAN RAJA

MEREKA KATA MEREKA TAHU APA TANAH MELAYU

TAPI MEREKA JUGALAH YANG MENGATAKAN HURUF JAWI BERASAL DARI TANAH ARAB

DAN MEREKA BAWA CERITA SEJARAH KETURUNAN ZURIAT MEREKA DARI BENIH DEWA, BENIH JIN DARI TANAH RUM, TANAH SIAM, TANAH CHINA, TANAH BUGIS, TANAH ACHEH , TANAH JAWA, TANAH HINDI TAPI TAK BERANI PULA MEREKA BAWA CERITA BERITA DARI TANAH KUBOR

MALAH TAK KURANG JUGA YANG MENGAKU-NGAKU DAN MENDAKWA BERMACAM-MACAM PERKARA DAN MEMBAWA CERITA BERITA KETURUNAN ZURIAT MEREKA. 

APA SEBENARNYA SEJARAH TANAH ACUAN TANAH KUNING TANAH KUNING TANAH MENGANDUNG TANAH MELAYU INI?

BANGSA YANG DI PANGGIL MELAYU ITU SIAPA

BANI YANG YANG DI SEBOT BANI JAWI ITU SIAPA

ADAKAH BANGSA MELAYU ITU ADA RAJA NYA

ADAKAH BANI JAWI ITU ADA RAJA NYA

ADAKAH TANAH ACUAN TANAH KUNING TANAH JAWI TANAH MENGANDONG TANAH MELAYU ITU BERAJA 


APAKAH BETUL DAN BENAR DI TANAH MELAYU INI AKAN MUNCUL KING OF THE KINGS YAKNI RAJA KEPADA SEGALA RAJA DI BAWAH PANJI-PANJI IMAM MAHDI SEPERTI YANG MEREKA TERIMA PERKHABARAN SEMASA MEREKA MENGIGAU DI TENGAH MALAM DAN SEMASA MEREKA MABOK KETUM BERLEBIHAN 

KING OF THE KINGS MAKSOD NYA DALAM BAHASA MELAYU IALAH RAJA KEPADA SEGALA RAJA

RAJA APA

SIAPA RAJA

SURAH AL FATIHAH DAN SURAH AN NAAS MENYEBOTKAN BAHAWA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA ADALAH RAJA KEPADA MANUSIA DAN RAJA HARI-HARI PEMBALASAN

APA MAKSODNYA ? 

APAKAH MEREKA SUDAH TIDAK LAGI MENGENAL DAN TAHU SIAPA RAJA KEPADA SEGALA RAJA

ADAKAH MEREKA MANUSIA ATAU MEREKA HANTU JEMBALANG

SEDANGKAN MEREKA MENGAKU MEREKA AGAMANYA ISLAM

MEREKA BACA AL QURAN NUR QARIIM KALAM ALLAH HANYA SETAKAT BACA TAPI TAK PAHAM APA YANG DI BACA 

ADAKAH MEREKA TAHU APA ITU AL FURQAN YANG MEMBEDAKAN DI ANTARA
BENAR DAN SALAH
HAQ DAN BATHIL
SAH DAN BATAL 

TAHUKAH MEREKA BAHAWA BUMI DUNIA INI DIPESAKAKAN KEPADA SIAPA 

TIDAK KAH MEREKA TAHU BAHAWA MELAYU ATAU BANI JAWI ITU ADALAH ZURIAT KETURUNAN ANAK CUCU CICIT NABI ALLAH ADAM ALAIHIS SALAAM DARI

20 PASANG KEMBAR
40 ORANG PUPU

20 ORANG LELAKI
20 ORANG PEREMPUAN

20 SIFAT WAJIB
20 SIFAT MUSTAHIL

YANG MENERIMA HAK PESAKA BUMI DUNIA INI DARIPADA NABI ALLAH ADAM ALAIHIS SALAM YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH HU TA'ALA

MAKA RAJA SEGALA RAJA BAGI MELAYU ATAU BANI JAWI ITU ADALAH
ALLAH HU TA'ALA

KERANA ITU , TIADA RAJA SEGALA RAJA DAN RAJA DI TANAH MELAYU TANAH JAWI INI DI KALANGAN MAHKLOK MELAINKAN HANYA ADA TOK-TOK PENGHULU DAN TOK-TOK BATHIN YANG BERAJAKAN ALLAH HU TA'ALA RAJA SEGALA RAJA

TIDAK ADA RAJA SEGALA RAJA DAN RAJA BAGI TANAH MELAYU TANAH JAWI INI MELAINKAN ALLAH HU TA'ALA SAHAJA DARI AWAL ZAMAN SEHINGGA AKHIR ZAMAN

MELAYU ITU DARI MERAYUNYA NABI ALLAH ADAM ALAIHIS SALAM MERAYU KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN BAGI ANAK CUCU CICIT NYA DI BUMI DUNIA DARI AWAL ZAMAN SEHINGGA AKHIR ZAMAN

MAKA DIBERIKAN KEPADA MELAYU BANI JAWI ITU HURUF-HURUF JAWI MENGIKUT SUSUNANNYA YANG ASAL DAN DIKONGSI OLEH HURUF-HURUF ITU DENGAN BANGSA ARAB

MAKA ADA PIHAK MEMBUAT DAKWAAN MEREKA MENUNGGU IMAM MAHDI

KATA MEREKA IMAM MAHDI MEMBAWA PEPERANGAN MEMERANGI MUSOH-MUSOH ISLAM

ADAKAH MEREKA SUDAH GILA

BILA DISEBOT KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN SUDAH TENTULAH TIADA PEPERANGAN DAN AMAT MUSTAHIL BUMI DUNIA INI DIHANCURKAN MELALUI PEPERANGAN MELAINKAN BINASA BUMI DUNIA INI KERANA TANGAN-TANGAN MANUSIA ITU SENDIRI

SUDAH TENTULAH IMAM MAHDI MEMBAWA KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN DAN BUKAN PEPERANGAN 

OLEH ITU SEJARAH TANAH MELAYU TANAH JAWI KERANA MENGIKOT SUSUNAN HURUF-HURUF JAWI

BANGSA MELAYU ASLI BERHURUFKAN JAWI TETAPI SUDAH DIMANSUHKAN OLEH 6 PERDANA MENTERI

HANYA DI AJAR DISEKOLAH-SEKOLAH SAHAJA TAPI TIDAK DIGUNAKAN SEBAGAI TULISAN RASMI

TAHUKAH MEREKA YANG MENDAKWA MELAYU APA MAKSOD DAN ERTI SETIAP HURUF-HURUF JAWI DAN SUSUNANNYA

JIKA TIADA TAHU MAKA BUKANLAH MEREKA ITU MELAYU ASLI KECUALI MELAYU KLON 

TANAH MELAYU TANAH JAWI ITU BERDIRI DENGAN SENDIRI SEPERTI HURUF ALLIF 

KERANA ITU TANAH MELAYU TIADA RAJA KECUALI TOK PENGHULU NAN EMPAT ASAL BERAJAKAN ALLAH HU TA'ALA

DENGAN DI PANDU OLEH BATHIN MEREKA MILIK MUTLAQ ALLAH HU TA'ALA

SERTA BERPERILAH JIWA MEREKA YANG SUCI BERSIH DARI MENYEKUTUKAN ALLAH HU TA'ALA

DAN TERJELI LAH PEMERINTAHAN KERAJAAN ALLAH HU TA'ALA ITU DI TANAH MELAYU TANAH JAWI 

TERBUKALAH SEKELIAN RAHMAT DAN RAHMAN ALLAH HU TA'ALA KE SELURUH PELUSOK EMPAT PENJURU ALAM DAN KE SELURUH LAPAN ALAM BERAJA 

KERANA DARJAH DAULAH DAULAT SILANG GUNTING GUNONG BERANGKAT YANG DI BAWA TURUN OLEH NABI ALLAH ADAM ALAIHIS SALAAM DAN MENJADI PESAKA KEPADA ANAK CUCU CICIT NABI ALLAH ADAM ALAIHIS SALAAM MANUSIA ROH ROHANI INSANI SEHINGGA KE AKHIR ZAMAN 

MANUSIA ITU ADALAH SARONG KARONG 

BERSIFAT BAHARU 

TERJADI NYA ULANG CETAK DI DALAM RAHIM WANITA BILA BERCANTUM AIR MANI DARIPADA LELAKI

DIMASUKKAN ROH KE DALAM LEMBAGA JANIN DI DALAM RAHIM IBU BILA SAMPAI SAAT DAN TEMPOHNYA

MAKA ADA YANG MENGAKU ALLAH DI DALAM SARONG KARONG MANUSIA

MAKA MUSTAHIL LAH ALLAH BERSIFAT BAHARU 

KERANA MANUSIA ITU BERSIFAT BAHARU

BEBAL SEBEBAL MAKHLOK YANG MENDAKWA ALLAH DI DALAM SARONG KARONG MANUSIA KERANA PERCAYAKAN ULAMA YAUJUJ MAUJU DAN ULAMA DAJAL 

YANG DIKARUNIAKAN DAN DIBERI PINJAM ALLAH KEPADA MANUSIA ADALAH
QODRAT
IRADAT
ILMU
AQAL
HAYAT - HIDOP / ROH 

SIFAT WANITA ITU BERLAWANAN DENGAN SIFAT LELAKI

MAKA MUSTAHIL LAH SIFAT-SIFAT ALLAH ITU BERLAWANAN SESAMA SENDIRI

MELAINKAN YANG BERLAWANAN ITU ADALAH SIFAT-SIFAT BAHARU 

KERANA ITU

ADA MANUSIA YANG
PEKAK
BUTA
TULI
BISU
DAN ADANYA GOLONGAN KURANG UPAYA 

HURUF-HURUF JAWI ITU DI TULIS DARI KANAN KE KIRI

DAN DI TUTUP DARI KIRI KE KANAN 

KENAPA PULA DITERBALIKKAN DENGAN HURUF RUMI?

MAKA HILANGLAH SEJARAH ASAL ASLI MELAYU DIGANTI DENGAN SEJARAH ORANGLAIN 

SUDAH LAIN BUNYI DAN SEBOTAN KERANA BUNYI DAN SEBOTAN HURUF RUMI TIDAK SAMA DENGAN HURUF-HURUF JAWI 

SERTA SUSUNAN HURUF RUMI DENGAN HURUF JAWI JAUH BERBEZA 

SIAPA YANG MENGUBAH DARI HURUF JAWI KE HURUF RUMI 

HURUF RUMI BERAKHIR DENGAN SEBOT ZEE ... JADILAH ZOO .. HABIS SEMUA JADI MANUSIA BERSIFAT HAIWANI MANA YANG SELAMAT, SELAMATLAH 

HURUF JAWI BERAKHIR DENGAN SEBOTAN YAA ... YAKNI ... PENGAKUAN DUA KALIMAH SYAHADAH YANG MENJADI KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN DENGAN MENYAKINI BAHAWA RAJA BAGI MANUSIA IALAH ALLAH HU TA'ALA YAKNI DARIPADA ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH JUALAH KITA DIKEMBALIKAN

MAKA ADAKAH KAMU MASIH BERANI MAHU MENGAKU

MELAYU
BANI JAWI
UMMAT MOHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHIS SALAAM

BILA KAMU GUNA HURUF RUMI
DAN MANSOHKAN HURUF JAWI

walaikumus salaam 

Khamis, 16 Mac 2017

PULITIKOS, PULUNTIKOS & FULUSTIKOS

BISMILLAHI
Allahumma Sholli 'ala Mohammad

Dunia Pulitik Malaysia masakini dikuasai sepenuhnya plawok-plawok dan badot-badot pulitik.

Semakin hari, semakin jauh rakyat meninggalkan isu-isu pulitik.

Bermula dari Januari 2017 sehingga kini bulan Mac 2017, takde isu-isu politik yg baru melainkan isu-isu kitar semula sejak 2004.

Lawatan Raja Salman dan pelaburan bernilai RM37 biliyun beserta tambahan kuota Haji melemahkan semangat DAP PKR PAN PPBM.

Di samping isu hubungan diplomatik di antara Korea Utara - Malaysia akibat pembunohan Kim Jung Nam di KLIA, tidak dihiraukan sangat. Waima, Korea Utara mengambil tindakan drastik melarang 11 orang rakyat Malaysia keluar dari Korea Utara.

Antara yang agak menarik perhatian netizen ialah mengenai kemalangan maut melibatkan lapan orang kanak-kanak di Johor Bharu yang berbasikal pada waktu dinihari. Melibatkan seorang pemandu wanita duapuluhan berbangsa Cina. Tapi isu itu tak lah di war-warkan sangat.

Terbaru, kemalangan maut melibatkan pemandu wanita berbangsa Cina yang memandu melawan arus di Pulau Pinang. Wanita itu kini dalam tahanan reman polis.

Selain dari itu tidak ada isu pulitik yang terbaru dan sensasi.

Kecuali mengenai permohonan BRIM yang melibatkan pengesahan SSM.

Isu RUU355 pun hanya sekadar melepaskan Batok Di Tangga. Tiada kesunggohan dan komitmen sebenar dalam merealisasikan ianya menjadi suatu kenyataan.

Nampaknya, gulungan Pulitik boleh lah di pecah bahagi kepada tiga jenis utama;

1. PULITIKOS
Golongan Pulitik yang masih percaya Pulitik adalah wadah Perjuangan Suci sesuci embun pagi. Plaing tidak begitulah pendapat mereka.

Maka banyaklah 'hantu-hantu' di cipta oleh mereka berdasarkan kepada prinsip dan pegangan fahaman pulitik mereka.

Strategi pulitik masih tak berubah yakni menimbulkan ketakotan dengan cerita-cerita tahyul dan kurafat mengeni 'hantu-hantu pulitik'.

2. PULUNTIKOS
Gulungan ini paling bebal waima ada kelulusan tinggi dari segi akademik.

Kerja mereka hanya pulun semua perkara untuk menjadi isu pulitik berdasarkan kepada sentimen kebencian terhadap kerajaan dan pentadbiran Najib.

Puak Opurtunis dan Playsafe paling ramai dalam kategori ini.

3. FULUSTIKOS
Gulungan ini bukanlah ahli pulitik tapi mempunyai hubungan baik dengan Pulitikos.

Kerja mereka cuma balun duit gomen tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat bawahan.

Gulungan ini adalah Elit dan akan menyalahkan rakyat serba-serbi bila ada rungutan daripada rakyat.

Termasuk dalam kategori ini adalah mantan-mantan yang pernah berkuasa dulu dan berkuasa di atas Politik Wang.

Tidak memberi sebarang input kecuali hanya memikirkan berapa banyak 'Input' nak masuk dalam bank akaun dan poket sendiri.

Sebenarnya, ada banyak perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian serius oleh gulungan pulitik tapi mereka lebih fokus untuk 'berperang' sesama sendiri berbanding saling bantu membantu membangunkan agama, bangsa dan negara.

Mereka lebih fokus kepada mengekalkan status-quo mereka dengan retorik-retorik pulitik usang seusang usia dan penglibatan mereka dalam pulitik.

Amalan Pulitik Hentam dan Pukul saingan pulitik masih menjadi Agenda Utama mereka.

Mereka enggan bekerjasama dan menjadi matang sebaliknya lebih suka bergadoh siang malam tanpa henti. 

Akibatnya, gulungan kartel-kartel kapitalis mengambil kesempatan di mana harga ikan kembong pun mencanak naik.

Mereka tidak berusaha memulihkan imej negara sebaliknya berusaha memburukkan lagi imej negara.

Kita pun tak tahu lah sampai bila mereka nak sedar dan berhenti bergadoh siang malam.

Seharusnya, mereka berhenti bergadoh kerana perbuatan itu amat sia-sia dan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Tapi mereka lebih suka memilih jalan bergadoh sebagai Amalan Menu Utama Pulitik mereka. Kita tidak lagi mendengar sebarang ide-ide bernas daripada mereka. Sebaliknya kita dihidangkan dengan jerit pekik maki hamun mereka dalam Sidang Dewan Rakyat atas isu-isu remeh temeh.

Rakyat masih menanti dan menunggu, apakah Solusi Terbaik untuk rakyat dan masadepan rakyat.

Kita mempunyai barisan Pembangkang yang lebih cenderung menjadi Kaki Gadoh di kaki Bukit.

Bunyi Je Lebih, Kerja nya Tidak.

Balik-balik salahkan rakyat dan kerajaan Pusat.

Jadi kita nak bertanya kepada mereka, apa yang rakyat dapat manapaat dari pergadohan mereka tanpa henti?