Cokmar Dewan Rakyat Dikatakan Pada Cokmar ini Ada Lambang Tengku Arian Kirana Siapa Tengku Arian Kirana? Ianya Hanya Nama Jawatan dan bukan Individu
BISMILLAH WA BILLAH WA MINALLAH
SIAPA MELAYU? Persoalan yang membingungkan & mengelirukan ramai orang. Macam-macam versi penceritaan asal usul & pengenalan MELAYU diberikan. Dalam Perlembagaan termaktub definisi MELAYU mengikut fahaman Politik. Namun MELAYU tak dapat ditafsir & diterjemah oleh Bahasa Politik Ianya hanya boleh diterjemah & ditafsir oleh BAHASA MELAYU JAWI jua lah. Lazimlah, takkan kita sendiri tak kenal siapa kita? Kebanyakan cerita datang daripada Orang Luar dan bukan dari kalangan Melayu sendiri Seolah-olah Melayu sendiri bingung dan tak tahu Siapa Melayu Paling kuat orang menyebut pasal Sriwijaya, Muara Jambi, Kesultanan Melaka, kisah Raja Suran dan Bukit Saguntang Tapi itu semua kisah yang berlaku di luar Tanah Melayu. Ada yang membantah. Ada pula yang bawa cerita mengatakan Tanah Melayu ini ialah Benua Sunda seluruhnya Mana satu ler cerita yang betul kan yang mengesahkan tanpa keraguan & was-was Siapa Melayu sebenar nya. Antara versi-versi yang ada ialah versi Tengku Arian Kirana yang pernah tersiar di blog LAMAN PAHANG. Ringkasnya, dikatakan asal perkataan Melayu itu daripada perbuatan merayu nya Nabi Allah Adam alaihissalam kepada Allah Hu Ta'ala bagi keselamatan & keamanan anak cucu cicitnya dari awal zaman sehingga akhir zaman. Terbitnya benih Melayu itu dari 20 pasang kembar & 40 pupu anak Nabi Allah Adam alaihissalam dengan nenek Siti Hawa. Dan di sentuh mengenai istilah Orang Asli yang digunapakai kepada Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu. Ada ke kisah-kisah daripada Orang Asli Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu? Ya memang ada. dan banyak. Malah dicatit dan dicatat dalam lapuran-lapuran penjelajah dan pengkaji Barat. Dan versi Orang Asli Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu lah yang paling tepat mengenai Siapa MELAYU. Bagaimana pula etnik-etnik dalam kumpulan Melayu? Seperti Bugis mendailing Minangkabau Banjar Jawa Tausug Rawa Pagaruyong Caniago Batak Temiang dan bagaimana pula Melayu yang bercampur benih dengan Arab Cina Tamil Persia Omputih Turki Ingeris Eropah Yang itu korang carilah jawapan sendiri mana yang sesuai dengan jiwa dan akal korang nanti sambung .... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa