Rabu, 30 Ogos 2017

SUKAN SEA, MERDEKA & EIDUL ADHA 2017


BISMILLAH WA BILLAH WA MINALLAH
SALAMUNALAIKOM


3 PERISTIWA DALAM MASA SATU BULAN OGOS 2017 - SEPTEMBER 2017 

Tahniah kepada pencapaian luarbiasa atili negara dalam temasya Sukan SEA kali ini

Tahniah kepada penganjur

Tahniah kepada Menteri KBS (KJ - yang turut turun padang dalam tim POLO)

Tahniah kepada YB PM Mohd Najib Razak yang berjaya memacu prestasi tinggi para atlit

Banyak boleh diceritakan pasal Sukan SEA 2017.

Antara yang menarik pasal rempuhan & rungutan nak dapatkan tiket bagi eprlawanan akhir antara Tim Malaysia dengan tim Thai.

Di mana tim Thai gagal menjaringkan sebarang bola tapi menang dalam game kerana kesilapan pemain memberikan sepakan korner. Mengakibatkan kesilapan penjaga gol yang cemerlang. Hujan lebat sepanjang perlawanan berlangsung.  Padang licin, bola licin & menyukarkan penjaga gol untuk menangkap bola kecuali terpaksa menumbuk bola.

Tak apa lah. janji kita berjaya jadi Juara Keseluruhan

Menariknya Malam Penutupan Sukan SEA betul-betul jatuh pada hari menjelang Sambutan Merdeka ke 60 tahun .. pada malam 30hb Ogos 2017
Hasil carian imej untuk Merdeka 2017

Tema & Logo sambutan Merdeka ke 60 tahun 

NEGARAKU SEHATI SEJIWA - tema & logo Merdeka 60 tahun 

Pada 1 hb September 2017 pada hari Jumaat sehari selepas 31hb Ogos 2017, kita merayakan pula AIDIL-ADHA - Hari Raya Korban / Hari Raya Haji

Kepada semua pelawat & pembaca serta peminat blog ni, ambe ucapa

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATHIN ATAS APAKUA KESILAPAN DALAM SEMUA ARTIKEL & TAJUK ARTIKEL DI DALAM BLOG INI SEPANJANG MASA BLOG INI AKTIF. 

TERIMAKASIH KERANA MASIH SETIA MEMBACA MELAWAT & MEMINATI PENULISAN AMBE. 


Selasa, 29 Ogos 2017

#SIRI 2 SIAPAKAH MELAYU? APA CERITA

Imej yang berkaitan
Di Kalangan Kita Mereka Berada ... Lebih lama Dari Kita Berada di Tanah Melayu. Tok Nenek Moyang Kita 

Bismillah wa bIllah wa minallah
Salamunalaikom
assalamualaikom warahmatullahi wabarakatuh 

SIAPAKAH MELAYU? Apa cerita korang, kita sambung balik 

Ini cerita-cerita yang di ambil daripada cerita pihak ketiga yang mana mereka ambil daripada pihak kedua di mana mereka ambil daripada pihak pertama di mana mereka ambil daripada Sumber Asalnya. 

Mana-mana bahagian cerita & penceritaan yang diceritakan di sini yang tak sesuai & tak sama selari dengan mana-mana penceritaan yang sampai kepada korang; Punyalah banyak perkataan 'YANG' ambe gunakan.

Asal perkataan 'YANG' ialah 'HYANG' makna HYANG .. ntahlah ambe pun tak tahu 

Cerita 1
HYANG HYUNG SG UJONG BUKAN TERHUYUNG HAYANG 

Sg Ujong terletak di Ujong Tanah.

Ujong Tanah terletak di sebelah Lidah Tanah

Lidah Tanah bersebelah dengan Tanah Melayu

Jadi kat mana Sg Ujong yang terletak di Ujung Tanah yang bersebelah dengan Lidah Tanah yang bersebelah plak dengan Tanah Melayu itu , di situlah letaknya Sg Ujong.

Kerajaannya bernama Hyang Hyung. Akhirnya keturunan berlidah tergeliat menyebut Sg Ujong.

Siapa plak Hyang Hyung? Ntahlah ... tak sempat nak bertanya kepada pihak ketiga dan pihak ketiga tak sempat bertanya kepada pihak kedua dan pihak kedua tak sempat nak bertanya kepada pihak pertama dan pihak pertama tak sempat nak bertanya kepada Sumber Asal.

Maka yang tahu nya ialah sumber Asal. Kat mana dan siapa Sumber Asal, ntah lah sebab ambe terlupa nak tanya daripada pihak ketiga dan pihak ketiga lupa nak bertanya kepada pihak kedua dan pihak kedua lupa nak tanya pihak pertama dan pihak pertama lupa nak tanya Sumber Asal dan Sumber Asal buat-buat lupa nak beritahu. 

Dari Sg Ujong akhirnya menjadi Seremban City yang ada lebuhraya dan keretapi letrik. 

Menjadi Ibunegeri bagi Negeri Sembilan

Cerita 2 
ZULKARNAIN & IBU RATU & IBU KOTA SAIN KONTRAK KAT GUNUNG 

Zulkarnain mula berjalan ke arah negara Matahari Terbenam

Dah setel kerja pergi ke arah negara Matahari Terbit

Jumpa suku sakat pakai cawat tapi baik budi sopan santun sokmo hepi

Zulkarnain parkir kapal kat Kuala Sg Linggi plaza tol ke Sg Ujong.

Masuk Dewan Gunung kejap sain kontrak dengan Bathin Terjeli

Perjanjian Gunung Pertemuan

Bathin terjeli terjela tanya zulkarnain , " Awok sapa nama weh?"

Zulkarnain jawab , "Koi nama Sultan Maharaja DiRaja Allif lah"

Bathin Terjeli Terjela jawab, "KHOOO.... ALLIF BA TA, ALLIF TAK BUTA"

Zulkarnain pesan kepada Bathin Terjeli Terjela, " Awok nanti naikkan anak-anak koi jadi Tok Penghulu yak"

Bathin Terjeli Terjela jawab, " Ya lah Dun Wuri gerenti setel sampai akhir zaman"

Dah setel sain kountrak dan beranak empat Zulkarnain turun pergi Pagaruyong dan cari jodoh. Sampai di pagaruyong beranak lagi. Kali ini Zulkarnain susun sendiri

Raja Alam
Raja Ibadat
Raja Adat

Ada anak seorang nama Maharaja Jepang/ Dipang/ Bepang bukak negeri China beranak pinak kat sana. Bila anak cucu cicitnya tanya, " Atok kita asal dari mana?"

Jawabnya, " Asal dari Syurga. Kita ini ANAK SYURGA. Naga-naga jaga kita"

Maka salah seorang anak Zulkarnain di berilah nama Dato Menteri Akhiruzzaman

Bila sampai habis zaman Nabi, dapat plak tambah nilai jadi Dato Nika Mendelika Menteri Akhiruzzaman.

Zulkarnain jalan lagi dan jadi arkitek buat tembok halang yaujuj maujuj

Tembok apa?

Siapa jaga tembok? Kota-kota lah jaga tembok

Siapa Kota-kota Jaga Tembok? Ibu-kota - Ibu-Kota lah

Akhir zaman tembok runtoh & ibukota-ibukota pun lari habis semua di Undang balik berlindung di Tanah Melayu di bawah Payung Mahkota DiRaja.

Dulu menjaga Tembok sekarang menjaga Tembolok

Jadinya , anak-anak zulkarnain

di Tanah Melayu menjadi Tok Penghulu Alam
di Pagaruyong menjadi Raja Alam, Raja Adat & Raja Ibadat
di seluruh dunia menjadi Pengawal Tembok berkubu dalam Ibukota-ibukota

Selesailah Tugasan Amanah Amanat Zulkarnain.

Masa Nabi orang tanya cerita nya

Sebelom Nabi wafat Nabi pesan, cari negeri yang ada gaharu & kapur barus

Gaharu Pokok Hidup di gunung-ganag bukit bukau dalam hutan tebal
Kapur Barus jenazah yang dah mati tunggu di tanam pengali kubor.

Sudah Cendana Gaharu Pula
dalam perahu ada kura2
Pisang emas atas peti
Nyiur Gading di puncak mahligai

Cerita 3 
BUKIT SAGUNTANG 4 CUPAK SATU GANTANG 

Raja Suran sakit hati dengar Tanah Melayu makmur

datang serang semua ibukota-ibukota berundur 

dah habis serbu maka turun ke Negara Bawah Lautan dari Ujung Medini 

jumpa Raja dan puteri cantik , bernikah dapat anak

anak-anak itu sampai ke Bukit Saguntang 

the rest of the story korang dah tahu sendiri

/// nanti kita sambung lagi .....

Isnin, 28 Ogos 2017

SIAPAKAH MELAYU ? CERITA TENGKU ARIAN KIRANA


Hasil carian imej untuk cokmar Dewan Rakyat
Cokmar Dewan Rakyat 
Dikatakan Pada Cokmar ini Ada Lambang Tengku Arian Kirana 
Siapa Tengku Arian Kirana?
Ianya Hanya Nama Jawatan dan bukan Individu

BISMILLAH WA BILLAH WA MINALLAH 

SIAPA MELAYU? 

Persoalan yang membingungkan & mengelirukan ramai orang.

Macam-macam versi penceritaan asal usul & pengenalan MELAYU diberikan.

Dalam Perlembagaan termaktub definisi MELAYU mengikut fahaman Politik.

Namun MELAYU tak dapat ditafsir & diterjemah oleh Bahasa Politik

Ianya hanya boleh diterjemah & ditafsir oleh BAHASA MELAYU JAWI jua lah.

Lazimlah, takkan kita sendiri tak kenal siapa kita?

Kebanyakan cerita datang daripada Orang Luar dan bukan dari kalangan Melayu sendiri

Seolah-olah Melayu sendiri bingung dan tak tahu Siapa Melayu

Paling kuat orang menyebut pasal Sriwijaya, Muara Jambi, Kesultanan Melaka, kisah Raja Suran dan Bukit Saguntang

Tapi itu semua kisah yang berlaku di luar Tanah Melayu. Ada yang membantah.

Ada pula yang bawa cerita mengatakan Tanah Melayu ini ialah Benua Sunda seluruhnya

Mana satu ler cerita yang betul kan yang mengesahkan tanpa keraguan & was-was Siapa Melayu sebenar nya.

Antara versi-versi yang ada ialah versi Tengku Arian Kirana yang pernah tersiar di blog LAMAN PAHANG.

Ringkasnya, dikatakan asal perkataan Melayu itu daripada perbuatan merayu nya Nabi Allah Adam alaihissalam kepada Allah Hu Ta'ala bagi keselamatan & keamanan anak cucu cicitnya dari awal zaman sehingga akhir zaman.

Terbitnya benih Melayu itu dari 20 pasang kembar & 40 pupu anak Nabi Allah Adam alaihissalam dengan nenek Siti Hawa.

Dan di sentuh mengenai istilah Orang Asli yang digunapakai kepada Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu.

Ada ke kisah-kisah daripada Orang Asli Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu?

Ya memang ada. dan banyak. Malah dicatit dan dicatat dalam lapuran-lapuran penjelajah dan pengkaji Barat.

Dan versi Orang Asli Melayu Peribumi Asal Asli Tanah Melayu lah yang paling tepat mengenai Siapa MELAYU.

Bagaimana pula etnik-etnik dalam kumpulan Melayu? Seperti
Bugis
mendailing
Minangkabau
Banjar
Jawa
Tausug
Rawa
Pagaruyong
Caniago
Batak
Temiang

dan bagaimana pula Melayu yang bercampur benih dengan
Arab
Cina
Tamil
Persia
Omputih
Turki
Ingeris
Eropah

Yang itu korang carilah jawapan sendiri mana yang sesuai dengan jiwa dan akal korang

nanti sambung ....