Sabtu, 13 Ogos 2016

KRONIK - AL TUN MAHATHIR MOHAMAD, LEJEN LAKON LAYAR POLOTIK DEWA & JIN.



Bismillahi 
Assalamu'alaikom 

Puak anti Najib baru sahaja umumkan penubuhan parti baharu dengan nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Kenapa mereka gunakan "Pribumi Bersatu" pun ambe kurang pasti sebab majoriti cuma bercakap mengenai niat & tujuan penubuhan sahaja. Maka ambe tak berani lah nak buat spekulasi nujum pa belalang cam para cendawan cendikiawan cerdik-tak-boleh-nak-lawan. 

Pasal Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau ambe sebot Parti Mat Bunga kerana menggunakan logo saduran logo klinik botox dan bunga raya kebangsaan, parti nni baru di peringkat Pro-tem / Penajaan dan masih di pejabat Pendaftaran Pertubuhan (tak pasti samada benar atau tidak permohonan di buat atau sekadar acah-acah tarian zapin). 

Dalam Perlembagaan cuma di sebot Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak. Istilah Pribumi takde dalam Perlembagaan. Maka, suku pribumi mana yang Tun Mahathir maksodkan?

Kebetolan, nama Pribumi sangat mirip dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang turut di taja Tun Mahathir dan dikepalai Dato' Ibrahim Ali (Tok Him).

Logo yang nak digunakan ialah Bunga Raya. Waima Bunga Raya dah di-isytihar sebagai Bunga Kebangsaan tapi Bunga Raya ni bukanlah tumbuhan bunga-bungaan tempatan. Orkid, Melor, Rafflesia, Teratai dan Kemboja adalah bunga-bungaan tempatan. Dan amat sinonim dengan lejen-lejen tempatan berbanding Bunga Raya.

Asalnya Bunga Raya ni adalah bunga yang di impot masuk dari luar. Kurang lebih macam Mahathir Mohammad jugak lah. Kemudian kawin campor dengan Melayu Peranakan. Dapat zuriat pun masih dalam kategori Melayu Peranakan. Mendapat tuah badan bila menjadi ahli UMNO 1946 yang diharamkan pada 1988 atas usaha beliau sendiri.

Yang diwar-warkan oleh penaja Parti Mat Bunga ialah mereka keluar parti Mahathir 1988 yang ganti UMNO 1946  (ada yang kena pecat sebab melanggar tatatertib yang amat serius) kerana berniat untuk tombangkan Najib yang dulu mereka penaik dan kini mereka tak suka.

Hamboi, diaorang ni, kejap suka kejap benci. Macam takde pendirian dan macam anak Raja Dewa merajok bila tak dapat kawin dengan anak Raja Jin. Apa yang diaorang suka pun kita dah tak tahu. Kesukaan para Dewa & Jin kalo ikot Hikayat-hikayat lama Melayu memang pening kepala nak layan kesukaan para Dewa & Jin. Dah tengok cerita Hollywood THE GODS OF EGYPT? Pilem itu dalam kategori pilem Bahasa Amarika di dalam Amarika (Bahasa Amarika ialah Bahasa Melayu). 

Maka, Parti Mat Bunga ni belom lagi rasmi dan belum diluluskan pendaftaran. Tapi publisiti dah macam pernah bertanding 13 PRU sejak merdeka.

Ramai yang "terlupa" nak tanya kepada pihak penaja parti Mat Bunga, apakah halatuju mereka sekiranya mereka dapat tombangkan BN tapi Najib masih Perdana Menteri? Atau tiba-tiba, Najib umumkan Mahathir Mohammad atau Anwar Ibrahim, atau kedua nya sebagai Menteri Kewangan dan Naib Perdana Menteri?

Kita kena ingat, Mahathir Mohammad amalkan Budaya Polotik Machiavelli yakni "Takde Mana-Mana Orang Akan Lama Menjadi Musuh atau Kawan Dalam Polotik". Terbokti pun akhir-akhir ini, bila Mahathir Mohammad berpelok cium sakan dengan Kit Siang dan Guan End. Dan, kembali cemolot dengan Anwar Ibrahim. Kerana pada masakini, Najib yang dulu nya taat setia patoh kepada nya semasa menjadi Presiden Parti nya dan PM, adalah musuh nya yang paling ketat. 

Jadi, senario semakin pelik lah. Kejap kawan, kejap musuh. Mana satu nak ikot ni? Lalang pun tak camtu. memang pelik lah, orang yang sehebat Mahathir Mohammad akhirnya gagal nak tombangkan Najib seorang diri selama bertahun-tahun. Di mana, Mahathir Mohammad kena keluar dari partinya, anak nya di pecat dari jawatan MB Kedah dan sekutunya pun turut di pecat. Dah hilang ke kehebatan Mahathir Mohammad?

Atau, kita hanya sekadar melihat suatu tontotan Lakon Layar Polotik Terhebat bagi kategori pilem Bahasa Amarika di Luar Negara Amarika?

Ada lagi .. tunggu ilham dinihari nanti yer.

6 ulasan:

  1. Najib dah longgokkan hutang RM52 bilyon tanpa nampak satu pun legasi atau jasa bermakna kpd negara dan rakyat. Sebaliknya, Tun Mahathir telah menyediakan untuk kita & generasi akan datang legasi bertaraf World Class:-

    1. Bandar Cyber Jaya
    2. Pelabuhan utama negara seperti Pelabuhan Klang atau Tg Pelepas
    3. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
    4. Jambatan Pulau Pinang
    5. Stesen LRT Sentral & Kereta Api LRT
    6. Lebuhraya Utara Selatan
    8. Kuala Lumpur Convention Center
    9. Litar Perlumbaan Antarabangsa Sepang
    10.Petronas Twin Tower
    11.Perusahaan Automobil Nasional (Proton)
    12 Tempat-tempat lain yang akan disebut sepanjang zaman.

    BalasPadam
  2. Dunia pernah melihat bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap mantan Pengerusi NAM dan OIC, amat lantang mengutarakan pandangan dan pendirian menentang dasar berat sebelah Barat, terutama AS, UK dan sekutu-sekutu kuat mereka dalam banyak isu melibatkan diplomasi antarabangsa, isu Palestin dan konflik Asia Barat, isu Afghanistan, isu pembantaian umat Islam Bosnia, isu perdagangan, isu keganasan berstruktur mengunakan bala tentera dan sebagainya. Semasa beliau dalam jawatan, pemimpin kuasa besar dunia seperti Presiden Perancis Jacques Chirac dan terakhir sekali, Presiden Russia Vladimir Putin sanggup memberi sokongan mereka kepada isu-isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir. Penentang imperialisme Barat AS paling utama, iaitu Presiden Fidel Castro juga amat mengagumi mantan Perdana Menteri Malaysia ini kerana ketegasan dan sikap terbuka iaitu hak suara ramai didengar (bukan tafsiran demokrasi ala AS, yang memberi tafsiran berat sebelah yang hanya mementingkan mereka sahaja!) Beliau juga dengan lantang & berani mendedahkan bahawa kaum Yahudi ‘mengawal’ dunia secara proksi.

    Hari ini, sebagai rakyat Malaysia dan warga dunia, beliau masih lagi begitu lantang mempersoalkan dengan penuh keyakinan bahawa kuasa Barat seperti AS, UK dan sekutu mereka seperti Australia mengunakan kudrat mereka untuk menzalimi dunia, terutama sebahagian orang-orang Islam di Asia Barat. Beliau pernah menggelar pemimpin AS, UK dan Australia iaitu George W Bush, Tony Blair dan John Howard sebagai “Pembunuh kanak-kanak, pembohong dan penganas”!

    Apakah ada pemimpin-pemimpin dunia Islam hari ini, yang cukup “merdeka” dan “bebas” dari ‘belenggu’ Barat, untuk benar-benar memperjuangkan hak dan kesengsaraan saudara-saudara seIslam mereka? Pemimpin mana yang mampu mengatakan yang benar dan hak, tanpa sebarang sekatan dan tekanan, sama ada langsung atau tidak? Pemimpin mana yang sanggup dan ada waja diri untuk bangkit dan didengari, bagi pihak mereka yang tidak berdaya “berbunyi”? Lupakah kita terhadap jasa orang tua itu datang sendiri menyelamat & membawa pulang ratusan kanak2 Islam di tengah kancah peperangan perang Bosnia satu ketika dulu? Najib ada berani ke bersuara lantang membidas barat & sendiri turun padang ke medan perang?

    Isu Penyelewengan 1MDB pada mulanya dibangkitkan oleh pihak DAP 6 tahun lalu tapi dipandang sepi sahaja. Tapi bila Tun Dr Mahahir bersuara tentang isu ini, ianya terus mendapat liputan & perhatian dunia sejagat. Persoalan sekarang, siapa lagi yang tinggal dalam dunia ini yg mampu meneruskan obor Perjuangan menentang Penipuan, kezaliman dan ketidakadilan, selain Tun Dr Mahathir? Najib ada telur ke, sedangkan bersetentangan 4 mata dgn Tun Mahathir pun dia tak berani, apa lagi berhadapan dgn dunia barat.....????? Kalau dah dgn bini pun kena Queen Control, macam mana nak memimpin negara?

    BalasPadam
  3. I remembered very well, just 11 days before Tun Mahathir was due to step down as Malaysia’s prime minister, he reflected in an interview with the Bangkok Post on his 22 years at the helm and – as always – spoke his mind: on terrorism, global trade and democracy.

    Tun Mahathir transformed Malaysia from a tin and rubber-producing economic backwater into the 17th biggest trading nation in the world and a model of development for other developing countries.

    After becoming prime minister in 1981, Tun Mahathir set about putting his ideas into practice, following the example set by Japan, transforming Malaysia from an economic backwater, an exporter of rubber and tin, into a manufacturer of electronic equipment, steel, etc. Remember the the historical ‘Dawn Raid’ on the London Stock Exchange on 7/9/81....the premiere British rubber and oil palm conglomerate in Malaysia, the Guthrie Corporation Limited, was taken into local control in less than 4 hours through Tun Dr, Mahathir's initiative.

    His prestige projects included the world’s tallest buildings – the Petronas Towers – and the transformation of a palm oil plantation near the capital, Kuala Lumpur, into the world’s first “Multimedia Super Corridor” – a cyber powerhouse intended to rival California’s Silicon Valley.

    With an average annual income of $ 7,500 per capita (ten times Pakistan’s), Malaysia, today, is a rapidly industrialising country, exporting electronic equipment, petroleum and liquefied natural gas, chemicals, palm oil, wood and wood products, rubber, textiles and a wide range of other products.

    Tun Mahathir’s policies have also given the country an infrastructure as good as that of most developed nations, with modern highways, airports, ports, telecommunication and internet networks, power grids, schools, colleges, hospitals and some of the world’s best tourist resorts.

    It's also still linggering in my ear & mind when in his opening address at the 10th session of the OIC summit in Putrajaya, Malaysia, on October 16, 2003, Tun Mahathir was again at his acerbic best. To thunderous applause from the gallery, which included representatives of 57 Muslim nations plus Russian President Vladimir Putin and Philippine President Gloria Macapagal-Arroyo, Mahathir let fly with a stinging statement. He said. “1.3 billion Muslims are actually very strong, hence cannot be simply wiped out. The Europeans killed 6 million Jews out of 12 million. But today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them.”

    Muslim world badly needs another Tun Mahathir to stand up. I doubt Najib or KJ or anyone in UMNO supreme council or combine them altogether, have the gut & capacity like the Grand Old Statesman, "THE ONLY ONE, TUN DR. MAHATHIR".

    BalasPadam
  4. Sorri to say , nak kata Tun Mahathir Mohammad berjasa mengikot cerita fiksyen kamu berdua memang tak tally langsong lah dengan apa yang mahathir buat pada hari ini.

    Orang Berjasa takkan buat onar macam Mahathir Mohammad. So cerita fiksyen korang bagos dan boleh menang Oskar kategori pilem Bahasa Amarika di Luar Negara Amarika

    BalasPadam
  5. Kesmeua pertubuhan baik NAM atau OIC cuma jadi platfom bagi arwah Mahathir mempopulerkan diri nya dan bukan benar2 ikhlas nak perjuangkan untung nasib umat Islam. Buktinya, ialah apabila IRAQ di serang, beliau sendiri memberikan persetujuan.

    Malah dalam amalan falsafah polotik arwah Mahathir, setiap konflik merupakan keuntungan peribadi kepada beliau. Dan bukan di lihat oleh nya sebagai platfom membantu pihak lain

    BalasPadam
  6. Kesemua projek yang tuan senaraikan itu akhirnya tak memberi sebarang manapaat kepada pembasmian kemiskinan di negara ini. Hanya gah dengan bangunan2 tinggi tapi hasil kpd rakyat cipot?

    Berbanding polisi Najib, rakyat lebih banyak dapat manapaat berbanding projek2 mewah zaman arwah Mahathir di mana ianya hanya memperkasakan ekonomi kroni dan taikun arwah Mahathir sahaja.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa