Rabu, 1 Jun 2016

1 PRN & 2 PRK POLITIK MALAYSIA MASIH BERTARAF FILEM GRED B

BISMILLAHI 

Senario Politik Malaysia tak ubah seperti kita melihat filem gred B genre terbitan Hollywood. Selepas 1 PRN dan 2 PRK bakal muncul, kita melihat pemimpin PAS berbusana Melayu tradisional semula.

Dan kita melihat sikit drama MIC MCA merajok tak kesampaian dalam RUU 35++ , dan Rapiji menyerahkan dokumen bukti rasuah seks terhadap pentadbiran Azmin Ali dan sedikit adengan cubit mencubit; membuatkan pembelian tiket berharga $1.70 lebih berbaloi digunakan untuk isi 1 liter petrol bagi motorsikal untuk pergi kerja esok hari.

Skrip-skrip senario politik tidak lagi menarik minat mana-mana orang untuk memperkatakannya. Setiap isu politikal yang muncul tak mampu menjadi suatu tayangan Box-Opis pecah panggung punya. 

Mungkin kerana skrip-skrip senario politikal pada hari ini di tulis dan di arah oleh para akauntan berlesen yang pegang kalkulator lebih lama dari hanfon. Episod Deklarasi Rakyat pun amatlah hambar dengan adengan-adengan sumpah bersumpah dan surat sesumpah, akhirnya orang makin menyampah. Nampaknya politikus sudah kembali selesa berada dalam zon Kota Kara Selesa musim salju Korea. Semakin hari, rakyat sudah tak mempedulikan apa lakon layar dan tajuk tayangan puak politik terbitkan. Kerana pada akhirnya, rakyat tahu dan sedar itu semua hanya menguntungkan poket dan akaun bank puak politik sahaja. Rakyat dah muak dengan lakonan tak bermutu ahli politik. 

Semakin lama semakin ahli politik tak begitu relevan dalam kehidupan seharian rakyat. Dan minda rakyat seperti sudah memuktamadkan siapakah mereka bakal pilih pada PRU 14 dan 2 PRK yang bakal mendatang nanti.

Politik protagonis DAP semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat. Dan Politik Gadis Sunti BN pula akhirnya di lihat sebagai suatu persembahan tarian yang tak cukup ramuan. Apalagi isu-isu politik yang politikus cuba gembar-gemburkan mampu menarik perhatian rakyat ? Jawapannya, sudah tiada menarik perhatian rakyat. 

Di sudut propaganda politik, reaksi sebegitu di nilai sebagai Tahap Membimbangkan politikus kerana politikus kehilangan Kuasa Kontrol Minda & Emosi rakyat. Yang dok keriau ke hulu ke hilir cuma jentera propaganda sahaja lah. Yang lain cuma sibuk nak kira berapa baki duit siling masih ada dalam poket dan tabung atas almari baju. 

Dalam politik, unsur kepercayaan dan ketaksoban adalah penting dan menjadi faktor sejauh mana sesebuah parti politik itu mampu bertahan dan menjadi popular. Nampaknya sekarang, unsur itu sudah berada jauh dari kawalan para politikus. Bravo Rakyat Malaysia !

Golongan politikus telah gagal membawa mercu tanda demokrasi ke tahap yang membanggakan. Sebaliknya, gulungan politikus menjadi bahan lawak jenaka Komedi Berdiri di pentas lawak politik. Memasing mempersembahkan aksi-aksi selapistik dan punch line tak sampai. Persembahan yang amat hambar dan tak mendapat sebarang bintang daripada panel juri. 

Kini golongan politikus dan strategis politik semakin jauh dari sentuhan peribadi dengan rakyat. Klise-klise dan retorik-retorik politik tidak lagi mempesonakan rakyat. Ceramah-ceramah politik semakin tidak mendapat sambutan dan rakyat sudah tak ghairah nak tahu apa politik buat. 

Yang paling besh sekarang ialah setiap hari kita boleh mendengar kata-kata serta selapistik lucu dan lawak daripada politikus yang semakin hari semakin hilang 'Kuasa' dan 'Penghormatan' daripada rakyat. Era Kekuasaan Politik semakin hari semakin luntur macam kekotoran degil kena sabun Daia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa