Rabu, 21 Januari 2015

ERA YANG TELAH BERLALU & ERA MASAKINI.

  Bismillah
لا اله الا الله
 الملك الحق المبين
 محمد رسول الله
 الصادق الوعدالإ مبن

ERA MASA LALU itu 23 tahun yang lepas yakni dari tahun 1981 sehingga tahun 2003. Era masakini ialah dari tahun 2009 sehingga habisnya kelompok Melayu Baru dan idealisma Melayu Baru. 

Apakah itu Melayu Baru? Menurut pendokong idealisma ini, Melayu Baru itu ialah mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat Nazisma , Nasisma dan zionisma. 

Apakah pula kaedah mereka? Kaedah mereka ialah mencela dan memburukan semua nilai, sejarah, amalan lazim dan budaya seharian orang Melayu. 

Kelompok ini muncul semasa era Tun Dr Mahathir. Kononnya untuk memperkasakan perjuangan agama bangsa dan tanahair. Namun, perlaksanaannya menjadi suatu kondisi kondusif kepada amalan kronisma, penindasan dan kezaliman. 

Amalan lazim puak Melayu Baru (anda perlu menyebut Barua dengan bunyi huruf A diam) ialah mencerca semua kelakuan dan amalan lazim Melayu. 

Idealisma Melayu baru dipenuhi unsur-unsur negatif yang tak membawa sebarang kebaikan dan manapaat. 

Mereka buta kepada kekuatan-kekuatan yang sedia ada dalam Melayu. Sebaliknya mereka melihat Melayu itu lemah serba-serbi dan ketinggalan zaman. 

Merekalah menjadi punca dan permulaan amalan penghinaan ke atas Melayu yang kita lihat sekarang. 

Mereka gagal memupuk kekuatan-kekuatan tersembunyi Melayu. Dan mereka melemahkan Melayu. 

Puak dapigs sedar mengenai kelemahan cara puak Melayu Baru. Dan dapigs mengambil kesempatan apabila tiba masa yang sesuai. 

Barua-barua inilah yang telah membuka seluas-luasnya pintu kepada dapigs untuk mencela Melayu seperti berlaku pada hari ini. 

Barua-barua itulah yang mencipta Tembok Prejudis. Memisahkan diri mereka dari kelompok Melayu. Membiarkan Melayu di luar Tembok Prejudis terus terkontang kanting.   

Manakala, mereka membina kekuatan demi kekuatan di kalangan mereka. Dan sekali sekala mereka akan merekrut 'New Blood' yang ada bakat dan rangkaian baru ke dalam komuniti ekslusif mereka. 

Kaedah dan cara mereka kini di tiru bulat-bulat oleh dapigs. Di mana dapigs mula membentuk sel-sel dan kluster-kluster barua dari generasi muda-mudi Melayu. 

PKR telah mencuba kaedah tersebut dan hanya berjaya membentuk pelapis yang jangkahayat mereka sekadar 1 generasi sahaja. Tapi gagal membentuk kekuatan jentera ekonomi yang kuat kukuh. Serta gagal membentuk komuniti pelapis yang faham agama. 

Amalan lazim pepuak itu suka mencemuh dan memperlekehkan mana-mana pihak yang tak sebulu dan sehaluan dengan mereka. 

Mereka juga amat kuat menghasut sana sini. Mengadu domba sesama sendiri. Mereka adalah trouble-makers di mana-mana jua mereka berada. 

Ciri-ciri mereka untuk dikenalpasti ialah cara mereka memandang kamu. 

Sepatutnya mereka bersama-sama berganding bahu dengan yang lain.

Sepatutnya mereka mencapai kata sepakat dalam, muafakat dengan yang lain.
Barulah mendapat berkat.

Hasilnya nanti semua akan merasai manafaat. 

Sekian terima kasih.