Bismillah
لا اله الا الله
الملك الحق المبين
محمد رسول الله
الصادق الوعدالإ مبن
ERA MASA LALU itu 23 tahun yang lepas yakni dari tahun 1981 sehingga tahun 2003. Era masakini ialah dari tahun 2009 sehingga habisnya kelompok Melayu Baru dan idealisma Melayu Baru.
Apakah itu Melayu Baru? Menurut pendokong idealisma ini, Melayu Baru itu ialah mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat Nazisma , Nasisma dan zionisma.
Apakah pula kaedah mereka? Kaedah mereka ialah mencela dan memburukan semua nilai, sejarah, amalan lazim dan budaya seharian orang Melayu.
Kelompok ini muncul semasa era Tun Dr Mahathir. Kononnya untuk memperkasakan perjuangan agama bangsa dan tanahair. Namun, perlaksanaannya menjadi suatu kondisi kondusif kepada amalan kronisma, penindasan dan kezaliman.
Amalan lazim puak Melayu Baru (anda perlu menyebut Barua dengan bunyi huruf A diam) ialah mencerca semua kelakuan dan amalan lazim Melayu.
Idealisma Melayu baru dipenuhi unsur-unsur negatif yang tak membawa sebarang kebaikan dan manapaat.
Mereka buta kepada kekuatan-kekuatan yang sedia ada dalam Melayu. Sebaliknya mereka melihat Melayu itu lemah serba-serbi dan ketinggalan zaman.
Merekalah menjadi punca dan permulaan amalan penghinaan ke atas Melayu yang kita lihat sekarang.
Mereka gagal memupuk kekuatan-kekuatan tersembunyi Melayu. Dan mereka melemahkan Melayu.
Puak dapigs sedar mengenai kelemahan cara puak Melayu Baru. Dan dapigs mengambil kesempatan apabila tiba masa yang sesuai.
Barua-barua inilah yang telah membuka seluas-luasnya pintu kepada dapigs untuk mencela Melayu seperti berlaku pada hari ini.
Barua-barua itulah yang mencipta Tembok Prejudis. Memisahkan diri mereka dari kelompok Melayu. Membiarkan Melayu di luar Tembok Prejudis terus terkontang kanting.
Manakala, mereka membina kekuatan demi kekuatan di kalangan mereka. Dan sekali sekala mereka akan merekrut 'New Blood' yang ada bakat dan rangkaian baru ke dalam komuniti ekslusif mereka.
Kaedah dan cara mereka kini di tiru bulat-bulat oleh dapigs. Di mana dapigs mula membentuk sel-sel dan kluster-kluster barua dari generasi muda-mudi Melayu.
PKR telah mencuba kaedah tersebut dan hanya berjaya membentuk pelapis yang jangkahayat mereka sekadar 1 generasi sahaja. Tapi gagal membentuk kekuatan jentera ekonomi yang kuat kukuh. Serta gagal membentuk komuniti pelapis yang faham agama.
Amalan lazim pepuak itu suka mencemuh dan memperlekehkan mana-mana pihak yang tak sebulu dan sehaluan dengan mereka.
Mereka juga amat kuat menghasut sana sini. Mengadu domba sesama sendiri. Mereka adalah trouble-makers di mana-mana jua mereka berada.
Ciri-ciri mereka untuk dikenalpasti ialah cara mereka memandang kamu.
Sepatutnya mereka bersama-sama berganding bahu dengan yang lain.
Sepatutnya mereka mencapai kata sepakat dalam, muafakat dengan yang lain.
Sepatutnya mereka mencapai kata sepakat dalam, muafakat dengan yang lain.
Barulah mendapat berkat.
Hasilnya nanti semua akan merasai manafaat.
Hasilnya nanti semua akan merasai manafaat.
Sekian terima kasih.
Silap bro zaman Tun M la anak melayu di tolong seluas luas nya memajukan diri dalam pendidikan hampir 100% di beri biasiswa keluar negara secara bebesaran, kuota pedidikan keutamaan pada anak melayu di maksimumkan di semua IPTA tempatan , Belum lagi dalam bab perniagaan bantuan satu hal juga kuota perniagaan dalam industri pun di beri pada bumiputra , apa lagi yang melayu mau hasil nya melahirkan melayu yang lupa diri apa bila menerima bulat-bulat fitnah anu-ar peliwat dan macai-macai yang bertopeng alim tapi kalah perangai syaitan , fitnah diterima hingga sekarang yang amal kronisme dan nepotisme di zaman Tun m adalah lah Anu-ar peliwat dan kuncu-kuncunya yang ramai dalam umno ketika itu jadi Umno dan Tun M terpalit najis bikinan anu-ar ini sehingga sekarang, politik wang ada lah ciptaan anu-ar peliwat semasa era beliau sebagai menteri kewangan dan punulis jangan lupa semua fakta ini budak-budak melayu baru harus sedar servival kesinambungan kuasa melayu mungkin di penghujung di sebabkan melayu mudah lupa dan suka pada kerosakan...
BalasPadamJas Salleh,
BalasPadamI agreed with Zaitun, zaman Tun M orang Melayu berada ditahap yang tinggi dan dihormati oleh kaum lain, boleh kata banyak kejayaan orang Melayu pada tempoh 1981 - 1998. Tahun seterusnya orang bergaduh sesama sendiri, tetapi terkawal oleh Tun M. Bila Pak Lah, take over as PM. Hell broke lose di atas kebebasaan demon-kasi -continue policy lembek PM Najib.
Setiap orang ada jasa ada juga taik yg depa tinggal. Apa pun orang kata pasal Pak Lah, ada tiga perkara besar yg dia buat - selaraskan gaji graduan berkelulusan Pengajian Islam termasuk universiti di Timur Tengah, India, Pakistan setaraf dgn ijazah bidang lain. Ramai lah ustaz yg dapat gaji besar malah ada yg pencen Jusa , sekarang dok ceramah Pas.
BalasPadamPak Lah yg mulakan Sekolah Agama Persekutuan - Labu, Kajang dan berpuluh seluruh Malaysia , 100% Melayu tapi ajar mata pelajaran biasa kecuali bahasa Arab sebagai tambahan.
Pak Lah juga yg merancang penghantaran secara besar besaran je luar negara - " flood the overseas institutions" sejak pertengahan 70an hingga akhir 80an. Awal 80an di US sahaja ada sekitar 25,000 pelajar trmasuk lebih 1,000 di Carbondale. Ramai jadi CEOs terutama institusi perbankan , semua produk program yg sama.
Tapi Pak Lah pun ada bagi tanah keretapi kat YTL , cuma bila dah pencen Pak Lah tak dok melalak. Dia dok sengap, sekaki sekali ajak kengkawan minum tea.
so fakta puan zaiton tersasar.
BalasPadamantara lain ...
Mahathir pandai menjuarai kebimbangan Bangsa Melayu di dalam soal ekonomi....nanti kita ulas secara terperinci akan apa yang telah Mahathir lakukan selama lebih 22 tahun memerintah.....
Sedarkah kita apa yang telah Mahathir lakukan selama lebih 22 tahun berkuasa....Pertama; Menghapuskan Imuniti Raja-Raja Melayu; sedangkan Institusi Raja-Raja Melayu adalah simbol Ketunan Melayu (Mahathir mengajar supaya rakyat menderhaka dan membantah tindakan Sultan....sehingga ada yang sanggup menggunakan slogan 'natang' ditujukan kepada Sultan dan Istana), sekarang di akhir2 ini bila kita menghadapi krisis, mujurlah Sultan & Istana mempunyai sedikit Kuasa untuk menyelamatkan keadaan..