Sabtu, 15 Ogos 2015

"DOSA-DOSA CHE DET", PAK HABIB PESAN MAHATHIR ZIP MULUT SAJA.

Sekali-Sekala Kita Ingatkan Che Det Akan Dosa-dosa Politikal nya Selama Ini.
Mahathir Bukan Nabi, Bukan Wali, Bukan Maksum
Mahathir Tak Perlu Lupa Kerana Niccolo Machiavelli Pun bukan Pelupa

BISMILLAHI-ALLAH-HU-AKBAR 

Pertama kali ambe naik ke Janda Baik semasa berumur 12 tahun, sekitar tahun 1979, Di bawa oleh arwah ayah ambe untuk menemui Ketua Kampung yang merupakan dari jalur waris terdekat sebelah arwah ayah ambe. Ambe sudah lupa namanya. Cuma apa yang ambe ingat, Ketua Kampung dan Tok Imam Kampung Janda Baik begitu teruja berjumpa dengan arwah ayah ambe. Selebihnya, ambe tak berapa ingat apa yang dibualkan oleh mereka. Mungkin atas urusan keluarga mereka berjumpa.

Kali kedua ambe naik ke Janda Baik pada hari Khamis lepas. Selepas 36 tahun berlalu, baru lah ambe berkesempatan naik semula ke Janda Baik. Tapi kali ini bukan mencari waris, tapi menghadiri Majlis Perluncuran buku 'Dosa-dosa Che Det' di Wadi Hussein milik Sheikh Hussein Al Attas. Penulis politik veteran Malaysia sejak 1969. 

Tak sukar untuk ambe mencari Wadi Hussein. Entahlah, perasaan ambe seolah-olah terlalu kenal dengan penghuni Janda Baik dan setiap cabang ejalan-jalan nya. Setiap jalan yang ambe lalui, ambe 'boleh tahu' ke mana akan di tuju. Seperti Deja Vu. 

Pertama kali ambe menjejak kaki di Wadi Hussein, ambe merasakan suasana yang 'menyambut' dan merasa tak asing pun. Ambe orang pertama hadir di situ. Orang pertama yang ambe jumpai ialah Tukang Kebun Pak Habib. Mesra orang nya. Aura Wadi Hussein memang terasa seolah-olah kita berada di pinggiran di antara alam nyata dengan alam ghaib. Auranya sungguh berbeza.

Ambe terus sahaja ke astaka di mana lokasi perluncuran diadakan. Ambe pilih sebuah wakaf berhampiran wakaf-wakaf lain yang ada. Orang kedua yang ambe temui ialah uncleseekers, anak kepada Pak Habib. Dan orang ketiga yang ambe ketemui ialah Pak Habib. 

Anihnya, samada uncle seekers dan Pak Habib, sedikit pun tak merasa kekok dengan ambe. Seolah-olah sudah lama mengenali ambe. Semasa ambe bersalaman dan berpelukan dengan Pak Habib, meremang bulu roma ambe. Hebat juga kerohanian Pak Habib. 

Ambe berkesempatan lah meronda-ronda dan keluar masuk mana-mana bangunan dan wakaf yang ada tanpa ada rasa terasing sikit pun. Begitulah cara Pak Habib layan tetamu walaupun pertama kali menjejak kaki ke Wadi Hussein, FIRST CLASS !

Lagipun Pak Habib amalkan apa yang disebut olehnya sebagai 5 nilai kemanusiaan, Loving, Caring, Giving, Sharing & Forgiving.

Agak anih kerana susunatur lanskap Wadi Hussein begitu teratur dan mengikut ciri-ciri taman-taman astakona dan taman-taman DiRaja yang kita baca dalam hikayat-hikayat Melayu purba. Ada satu wakaf di taman astakona Wadi Hussein yang pada pandangan ambe mempunyai 1001 misteri. ambe sempat bersolat sunat dua rakaat di situ. Apa yang ambe alami di situ biarlah ianya menjadi Rahsia.
Dan pengalaman ambe pulang dari Janda Baik pun hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Ambe tak tahu lah samada rakan ambe Tok Wali Azmi APA perasan atau tidak. Sebab ambe tak menceritakan kepada beliau apa yang berlaku. Biarlah Rahsia.

Majlis Perluncuran buku Pak Habib berjalan lancar setelah hujan renyai-renyai turun. Antara seloroh pak Habib, "Cari lah manusia yang dalam hati nya ada Tuhan (Insan Robbani) dan bukan manusia yang hatinya ada hantu" 

Buku Dosa-dosa Che Det merupaka karya ke 74 Pak Habib. Di garap bersama Nik Mahadi, seorang penulis politik prolifik juga. Tajuknya saja sudah memberikan gambaran mimpi ngeri kepada arwah mantan macaivelli dan para pentaksubnya. 

Menurut Pak Habib, arwah mantan macaivelli dah puas bercakap selama 22 tahun menjadi PM. Kini tiba masa beliau zip mulutnya dan mengenang kembali apa yang telah beliau lakukan. 

Menjawab pertanyaan ambe, Pak Habib kata arwah mantan macaivelli adalah seorang pengamal Machiavelli. 

Buku ini lebih amat perlu di baca bersekali dengan buku-buku lain yang Pak Habib tulis berkaitan arwah mantan macaivelli sebelum ini. 

Di dalamnya ada firasat-firasat masadepan mengenai politik dan nasib beberapa orang pemimpin muda dan setengah tua dalam tempoh 15 tahun mendatang, 

In shaa Allah Hu Ta'ala esok jam 3-6 petang di Craven Cafe, Bukit Antarabangsa, Pak Habib akan membuat sesi pertemuan. Anda boleh memperolehi senaskah pada harga $100. Datanglah dan dengarlah sendiri daripada mulut Pak Habib bercerita. 

15 ulasan:

  1. Mana boleh tutup mulut kalau nampak kemungkaran depan mata,nak kena tegur jugak lebih-lebih lagi yang jadi pemimpin.Lagi satu kalau nak menulis buku jgnlah tulis dosa-dosa seseorang kan lebih cantik tulis kesilapan-kesilapan seseorang kerana siapalah kita ni untuk menyatakan dosa-dosa orang lain.Semoga pak Habib dapat menerima pendapat saya yang tak seberapa ini.

    BalasPadam
  2. Sila bertanya sendiri kepada Pak Habib pada hari esok jika kamu ada keberanian untuk bertanya depan-depan. Jangan jadi cam arwah mantan macaivelli cuma berani cakap belakang.

    BalasPadam
  3. Budak tu tegur elok-elok.. Yang hang panaih hati pasai pa?

    BalasPadam
  4. Budak tu tegur elok-elok.. Yang hang panaih hati pasai pa?

    BalasPadam
  5. Budak tu tegur elok-elok.. Yang hang panaih hati pasai pa?

    BalasPadam
  6. sapa plak yang dok marah sebenar sebenarnya?

    Ambe pun cakap molek2 dan buku tu pun cakap molek2.

    Cuma kenapa Ash sampai 5 kali pos komen yg sama? Marah ke atau terlalu menusuk kalbu Ash?

    BalasPadam
  7. Alaa tertekan button smpai 5 kali. Kalau aku tertekan 2.6 billion kali pun bukan luak hang kena bayaq bil ka pa.

    Awat hang marah ka?

    BalasPadam
  8. Alaa tertekan button smpai 5 kali. Kalau aku tertekan 2.6 billion kali pun bukan luak hang kena bayaq bil ka pa.

    Awat hang marah ka?

    BalasPadam
  9. Alaa tertekan button smpai 5 kali. Kalau aku tertekan 2.6 billion kali pun bukan luak hang kena bayaq bil ka pa.

    Awat hang marah ka?

    BalasPadam
  10. Stupid "Pak Habib"heis an opportunist thats all,trying to make hays while the sunshines.

    BalasPadam
  11. Untuk admin kalau ada kesampaian memang saya akan bersuara berhadapan dgn pak habib jika diizinkan allah.Untuk pengetahuan anda saya rakyat singapura yang berumur hampir setengah abad.

    BalasPadam
  12. Pak Habib bukan opurtunis pun profit tapi puak yg cuba jatuhkan Najib adalah Opurtunis.

    Biasanya Ash orang yg tertekan button 5 kali itu sbb terlalu marah sangat. Maka pelajarilah cara bersabar dan kawal amarah.

    Bagus tu Adib Hakeemi, beliau tinggal di Wadi Hussein, Janda Baik. boleh google map cari lokasi Universiti al Attas.

    BalasPadam
  13. Ada 2.6 billion derma dlm akaun aku, sangat pasti hilang la marah aku tu kahkahkah

    BalasPadam
  14. Ada 2.6 billion derma dlm akaun aku, sangat pasti hilang la marah aku tu kahkahkah

    BalasPadam
  15. Terima kasih admin,insya allah tanggal 21 ogos ni akan ke KL untuk melawat saudara mara.Mudah-mudahan dapat berjumpa dgn pak habib.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa