Ahad, 3 Mei 2015

TELCO MALAYSIA MEMANG CIPET- 17 BULAN SEBELUM GST TAK RETI KE NAK UPGRED SISTEM,?




Dengar betul-betul dari saat 13 sehingga 1 minit. Shabery Cheek menjelaskan antara lain, ambe fahamkan, TELCO kata mereka ada 30,000 agen prabayar di seluruh Malaysia. TELCO menggunakan 'Sistem Perisian' bagi mengira setiap lapisan dalam rangkaian-rangkaian outlet-oulet menjual tambah nilai. TELCO perlu tarik semula semua kad-kad prabayar dan kemudian mengubahsuai bagi pematuhan GST. Ok dah faham?

Sebelum itu, Mat Maslang dalam temuramah pada malam 30hb April, 2015, menyatakan bahawa penangguhan perlaksanaan GST di buat selama 17 bulan. 

Sekarang meh kita tanya TELCO, selama 17 bulan yang lepas sebelum 1 hb April 2015, kenapa tak upgred sistem perisian dan kemaskini semua sistem mereka dengan 30,000 agen mereka? 

Kenapa tak tarik awal-awal semua kad prabayar semasa tempoh 17 bulan itu sebagai persediaan mereka mematuhi GST? 

Sekarang ini bila GST dilaksanakan, dan Menteri SKMM bernegosiasi dengan TELCO, kenapa TELCO beri alasan cipet perlukan berbulan-bulan untuk buat kerja yang sepatutnya mereka dah lama langsaikan semasa 17 bulan yang lepas?

Takkan TELCO terlepas pandang?

Mustahil kementerian dan Kastam terlepas pandang ! 

Apa maksudnya?

Maksudnya TELCO memang cipet ler ! Sengaja cari pasal dengan rakyat. Tak gitu? Eloknya Kementerian Saman je TELCO ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa