Dah Taim Masa Buat AKTA POLITIKUS Sebab Semakin Hari Politikus Malaysia Ini Jadi Tukang Karot Yang Mengarot Merepek-repek Tak Tentu Hujung Pangkal ! Sepatah Haram Pun Kita Dah Tak Paham Apa Deme Cakap!
ASTAGHFIRULLAHAL-ADZHIIM , apa jadik ni kat Politikus Malaysia terutama yg bergelar YB (baca Yang Berkarot/Yang Berkarat/ Yang Bercakap/Yang Buang masa ) ? Sejak Ketum masuk jel selama sebulan lebih, setiaphari Politikus belah sinun (baca Puak Anti Malaysia - Pakatan Repek) beserta ketumchai-ketumchai dok merepek-repek, meroyan dan jaja cerita karot-marot dan kurapat.
Puak Pakatan Repek dah setat meroyan, mengarot dan merepek pasal nak ganti Presiden PAS. Dok bertembung puak pro-so called Ulamak PAS dengan Propesional PAS (Mahfuz dan Mat Syabu boleh di kira propesyional ke?). PASMA masuk campur tangan plak. Diapi-apikan dek puak dapigs. Dapigs ne patut lagi ramai jebon dan musang spesis dari Homo Karotan masuk, cepat jahanam dapigs.
Berlaku pertandingan 5 penjuru dalam DUN Chempaka. Macam-macam Teori keluar. Ada pendedahan pasal pertemuan PASMA dengan puak dapigs pada 12hb Januari 2015. Berjanji bersumpah setia nak jatuhkan Presiden PAS dan dapigs nak bekap PASMA. Balasannya, gengk PASMA dapat jadi Ahli Majelis je. Caits. Low-Class punya Politikal Negosiasi. Tak pergi jauh. Balik-balik ambik taraf Balaci dan Hamba Abdi. Rugi masa, rugi tenaga dan buat rugi sokongan je. Tak berbaloi langsung. Lebih baik tak payah masuk politik dan jadi politikus kalu cuma nak jadi Ahli Majelis PBT sahaja.
PAS Kelantan tetap nak laksanakan Hudud. Ini membuatkan dapigs dan pkr jadi sasau. Timbul kisah pasal Kerajaan Perpaduan. Makin takut dan makin bimbang plak Kit Siang. Takut orang Melayu jadi Kuat Semula dan hantam politik perkauman cauvinistik hegemoni dinasti Lim Kit Siang. Pelik gak, kenapa Kit Siang takut sangat dengan Melayu, dengan Islam dan Raja-raja Melayu? Takut kulop kena sunat ke?
Lepas tu Nurul Izzah plak buat hal dalam Dewan Rakyat. Buat ucapan kutok maki hamun sumpah seranah panel Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan. Di balas oleh Azalina Othman YB Penggerang. Kendian Zul Kulim buat polis repot terhadap Izzah. Sebabnya, apa yang Izzah cakap tu tak 'Kebal' dari Akta Hasutan 1948. Tak lama selepas itu, Izzah di tahan Polis. Nasib engkau la Izzah, Dah ko hengat dalam Dewan Rakyat boleh cakap apasaja. Kereta Kebal pun tak ler kebal mana pun. Samalah cam Ahli Dewan Rakyat. Ilmu Kebal pun punah ranah kalau terlanggar sumpah dan pantang larang.
Dalam pada itu, sok sek sok sek keluar plak cerita tahyul karot marot pasal 1MDB. Nak clearkan semua, Ketua Audit negara diarahkan audit akaun 1MDB dari ianya ditubuhkan sampai sekarang. Kemudian akan dibentangkan kepada PAC (Badan Parlimen untuk semakan). Diam lah kejap Tun Mahathir. Tapi pepuak jemuan tak puashati sebab tak dapat hantam Najib.
Tak lama lepas tu Rafizi bawak keluar plak cerita karot pasal pembelian jet. Kononnya Najib dibelikan Jet Peribadi. haish. Rupanya, gomen tukar jet sebab jet yang ada dah berusia 20 tahun dah. Maintenans amat tinggi. Jadi nak kurangkan kos, gomen beli baru untuk kegunaan semua VVVIP dan bukan khas serta khusus untuk Najib sahaja.
Selain tu, timbul jugak la macam-macam cerita karot pasal GST. tayah nak ulang cerita itu tak sini. Itu la kan. Bila politikus dah jadi kemarok dan mabok ketum, last-last takde keja kecuali biki cerita karot-marot pastu ajak anak-anak buah reramai dok merepek-repek kat media sosial.
APO NAK JADI DENGAN POLITIKUS KITA NEYH ? AKAL DEPA MASIH BERFUNGSI BAIK KE?
APO NAK JADI DENGAN POLITIKUS KITA NEYH ? AKAL DEPA MASIH BERFUNGSI BAIK KE?
CAMNA NAK URUS TADBIR NEGARA BILA DIRI MEREKA DAN PUAK MEREKA PUN DEPA TAK MAMPU NAK URUSKAN DAN DISPLINKAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa