Rabu, 7 Mei 2014

TERESA KOK BAKAL MENDAHULUI SENARAI KEBERAMBUSAN DARI MALAYSIA.


UTARA NEWS melapurakn yang betina politikus rasis Teresa Kok ugut nak Cina akan berambus keluar dari Malaysia jika BN masih terus memerintah. Molek lah begitu. Ambe berharap sangat Teresa Kok mendahului Senarai Cina Berambus dari Malaysia. Dan bolehlah segala kekosongan yang ditinggalkan diisikan oleh Melayu. Semoga segala kemewahan dan kekayaan negara ini, akan hanya berkitar dan berlingkar dikalangan 18 juta Melayu dan Bumiputera sahaja.

Ambe petik sikit apa yang dilapurkan oleh UTARA NEWS:-
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim semalam mendakwa bahawa Barisan Nasional serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca kesusahan masyarakat cina didalam negara ini. Beliau mendakwa segala dasar yang dibawakan oleh BN yang kononnya telah berjaya membantu kejayaan masyarakat Cina di negara ini adalah tidak benar.
Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sengaja mengabaikan masyarakat cina di negara ini kerana segala dasar yang dibuat oleh kerajaan adalah sama sekali tidak membantu masyarakat cina. Beliau juga berkata kerajaan BN serta Datuk Seri Najib tidak berlaku adil terhadap masyarakat cina dalam pentadbirannya.
Adun Seputih itu mendakwa kerajaan BN menjadi pernyebab pendidikan kaum cina di negara ini semakin mundur kerana peruntukkan yang disalurkan tidak adil. Beliau juga mendakwa kekurangan sekolah cina dan juga kekurangan tenaga pengajar menyebabkan masyarakat cina di negara ini ketinggalan serta susah untuk mendapatkan pelajaran yang sempurna. Beliau berkata perkara ini sepatutnya ditangani oleh kerajaan BN sejak dahulu lagi.
“Najib seharusnya tahu, bahawa hingga ke saat ini, banyak masalah yang telah lama dihadapi dalam pendidikan masyarakat Cina tidak diselesaikan.
“Dengan peruntukan tidak adil, kekurangan sekolah dan guru-guru. Isu ini sudah lama dihadapi sekolah-sekolah rendah Cina serta sudah berulang kali dibangkitkan pimpinan pembangkang, kumpulan dan komuniti Cina. Namun tidak diselesaikan kerajaan walaupun sudah memegang kuasa selama beberapa dekad,” katanya dalam satu kenyataan.
Cepat-cepat berambus dari Malaysia ...... 

PEMIMPIN PAS MASIH BERKHAYAL DAN POLITIKUS MELAYU TERUS MELANCAP MINDA SENDRI DALAM ILUSI

KEJAYAAN TIDAK DATANG MENGOLEK DENGAN SENDIRI.
KEJAYAAN TIDAK TERCIPTA DALAM UTOPIA KESYOKKAN MELANCAP MINDA. 
KEJAYAAN HAKIKI TIDAK DAPAT DIUKUR DAN DINILAI DARI LAPORAN-LAPORAN RASMI BERTULIS DARIPADA ANAK-ANAK BUAH YANG SUKA PLAGIAT DAN MELANCAP KESERONOKKAN DALAM TULISAN-TULISAN LAPORAN. 

Setelah melalui era kejayaan luarbiasa sejak 1981 sehingga 2003, politikus Melayu terus melancap minda mereka dalam pelbagai ilusi ciptaan mereka. Samada ilusi itu ciptaan mereka sendiri mahupun ciptaan anak-anak buah mereka sendiri.

Selepas PRU13, dengan kesedaran sebahagian besar pengundi Melayu menyelamatkan BN yang diterajui oleh UMNO, politikus Melayu terus dibuai lena dan ilusi melancap minda mereka. Paling malang, mereka turut mengajak orangramai hidup dalam ilusi ciptaan mereka dengan melakukan masturbasi minda seperti mereka.

Tanpa menghiraukan dan mempedulikan isu-isu politikal yang berantai, politikus Melayu masih yakin dengan kata-kata keramat Laksamana Hang Tuah, Tak Melayu Hilang DiDunia'. Tanpa mereka berusaha memahami apakah yang hendak disampaikan oleh Laksamana hang Tuah., Andai Laksamana Hang Tuah hidup pada zaman ini pun, ambe gerenti Laksamana Hang Tuah pun fikir beliau hidup dinegeri asing.

Kita ambil contoh puak PAS.
Pemimpin PAS adalah contoh paling klasik sindrom melancap minda dalam ilusi ciptaan mereka dan anak-anak buah mereka.
Berbekalkan ilmu agama, pemimpin PAS terus yakin dan menyakini orang Melayu bahawa mengundi PAS adalah satu-satunya Jalan Keselamatan yang diredhai oleh Allah Ta'ala.
Dalam ilusi ini, menentang PAS adalah disifatkan menentang Allah Ta'ala dan Rasul Nya.
Ini adalah ilusi paling merbahaya yang menjadi barah kepada Melayu. 

Puak Melayu dalam PKR pula sudah lama hilang jatidiri dan maruah mereka selaku Melayu dan manusia.
Hilang semua kemanusiaan yang ada dalam diri mereka.
Mereka contoh klasik manusia yang hidup dalam ilusi hawa nafsu ciptaan syaithan dan iblis.
Mereka tidak lagi hidup dalam budaya dan alam Melayu lagi.
Mereka hidup dan budaya anarkis, revolusioner dan reformis dalam alam ilusi sosialisma liberal barat.

Melayu dalam UMNO ?
Mereka serba salah dengan budaya-budaya pemimpin UMNO yang masih leka dan syok sendiri.
Waima sudah ada tampak kerjasama longgar sesama mereka, namum kerana UMNO sebuah organisasi besar, maka musuh mudah menyusup masuk kedalamnya.
Tidak kurang juga Budaya berebut kuasa dan jawatan sesama sendiri. Namun begitu budaya ini berlaku dalam mana-mana parti politik di Malaysia pada hari ini.

Dalam senario politik Malaysia pada hari ini, tidak banyak memberikan keuntungan kepada Melayu.
Melayu semakin terpinggir dalam arus pelbagai corak ilusi ciptaan politikus Melayu yang mencari sendi dan tapak kukuh.
saling kebergantungan kepada sesama sendiri sudah semakin hilang dan dilupakan.
Ramai yang membawa Budaya Keterasingan dalam kelompok-kelompok tersendiri seperti puak Red Indian di Amerika Syarikat.
Tidak ada satu pun gerak kerja yang boleh dibanggakan bagi menaikkan dan meningkat kejayaan Melayu.
Yang ada hanya cemuhan keatas bangsa Melayu oleh puak anti Melayu yang dipelopori oleh kaum anarkis PSM dan DAP.

Jadi Apakah Solusinya kepada survival bangsa Melayu sendiri?
Apakah jalan keluar yang paling selamat untuk bangsa Melayu ditanahairnya sendiri?
Tidak lain tidak bukan, Melayu perlu segera bangkit semula.
Melakukan Kebangkitan Kali Kedua yang lebih bermakna.
Menolak segala retorika Politikal yang melemaskan pengembangan minda.
Membuang semua perlumbaan politikal yang sesia.
Terus menerus usaha-usaha pembangunan rohaniah bagi melengkapkan pembangunan jasmaniyah.
Membanteras semua fahaman yang negatif dikalangan Melayu.
Melayu sendiri perlu membangunkan diri sendiri dan famili mereka. 
Anda selaku Melayu mampu melakukannya. 

WELKAM RAKAN BLOGER 'SAYA LOYAR SHUAIB'

New bloger in the blogroll ... http://ahmadshuaibismail.blogspot.com/
Beliau ini memang peguam yang masih aktif beramal.
Anak muda
Ahli Pemuda UMNO Bangi Baru
Banyak membuat posting mempertikaikan fahaman songsang dan salah sesetengah puak PAS.
Turut aktif menegur kelemahan-kelemahan dalam UMNO agar UMNO lebih bertenaga.
Beliau bloger yang tak bertopeng.
Menggunakan namanya sendiri.
Bukan mudah untuk mendapatkan seorang peguambela dan peguamcara yang menyokong dan ada komitmen untuk membantu UMNO sekarang ini.
Ambe berharap agar usaha murni beliau dan komitmen beliau dihargai oleh pucuk pimpinan umno
Semoga tiadalah yang berdengki dan berdendam plak nak menjatuhkan beliau dengan permainan licik dan tipu helah.
Beliau sendiri tidak berminat untuk merebut sebarang jawatan dan mencari populariti.
Beliau benar-benar komited dalam kesibukannya selaku peguambela dan peguamcara untuk menangkis semua fitnah-mehnah puak PR.
WELKAM MAI BARADAH.