Rabu, 7 Mei 2014

PEMIMPIN PAS MASIH BERKHAYAL DAN POLITIKUS MELAYU TERUS MELANCAP MINDA SENDRI DALAM ILUSI

KEJAYAAN TIDAK DATANG MENGOLEK DENGAN SENDIRI.
KEJAYAAN TIDAK TERCIPTA DALAM UTOPIA KESYOKKAN MELANCAP MINDA. 
KEJAYAAN HAKIKI TIDAK DAPAT DIUKUR DAN DINILAI DARI LAPORAN-LAPORAN RASMI BERTULIS DARIPADA ANAK-ANAK BUAH YANG SUKA PLAGIAT DAN MELANCAP KESERONOKKAN DALAM TULISAN-TULISAN LAPORAN. 

Setelah melalui era kejayaan luarbiasa sejak 1981 sehingga 2003, politikus Melayu terus melancap minda mereka dalam pelbagai ilusi ciptaan mereka. Samada ilusi itu ciptaan mereka sendiri mahupun ciptaan anak-anak buah mereka sendiri.

Selepas PRU13, dengan kesedaran sebahagian besar pengundi Melayu menyelamatkan BN yang diterajui oleh UMNO, politikus Melayu terus dibuai lena dan ilusi melancap minda mereka. Paling malang, mereka turut mengajak orangramai hidup dalam ilusi ciptaan mereka dengan melakukan masturbasi minda seperti mereka.

Tanpa menghiraukan dan mempedulikan isu-isu politikal yang berantai, politikus Melayu masih yakin dengan kata-kata keramat Laksamana Hang Tuah, Tak Melayu Hilang DiDunia'. Tanpa mereka berusaha memahami apakah yang hendak disampaikan oleh Laksamana hang Tuah., Andai Laksamana Hang Tuah hidup pada zaman ini pun, ambe gerenti Laksamana Hang Tuah pun fikir beliau hidup dinegeri asing.

Kita ambil contoh puak PAS.
Pemimpin PAS adalah contoh paling klasik sindrom melancap minda dalam ilusi ciptaan mereka dan anak-anak buah mereka.
Berbekalkan ilmu agama, pemimpin PAS terus yakin dan menyakini orang Melayu bahawa mengundi PAS adalah satu-satunya Jalan Keselamatan yang diredhai oleh Allah Ta'ala.
Dalam ilusi ini, menentang PAS adalah disifatkan menentang Allah Ta'ala dan Rasul Nya.
Ini adalah ilusi paling merbahaya yang menjadi barah kepada Melayu. 

Puak Melayu dalam PKR pula sudah lama hilang jatidiri dan maruah mereka selaku Melayu dan manusia.
Hilang semua kemanusiaan yang ada dalam diri mereka.
Mereka contoh klasik manusia yang hidup dalam ilusi hawa nafsu ciptaan syaithan dan iblis.
Mereka tidak lagi hidup dalam budaya dan alam Melayu lagi.
Mereka hidup dan budaya anarkis, revolusioner dan reformis dalam alam ilusi sosialisma liberal barat.

Melayu dalam UMNO ?
Mereka serba salah dengan budaya-budaya pemimpin UMNO yang masih leka dan syok sendiri.
Waima sudah ada tampak kerjasama longgar sesama mereka, namum kerana UMNO sebuah organisasi besar, maka musuh mudah menyusup masuk kedalamnya.
Tidak kurang juga Budaya berebut kuasa dan jawatan sesama sendiri. Namun begitu budaya ini berlaku dalam mana-mana parti politik di Malaysia pada hari ini.

Dalam senario politik Malaysia pada hari ini, tidak banyak memberikan keuntungan kepada Melayu.
Melayu semakin terpinggir dalam arus pelbagai corak ilusi ciptaan politikus Melayu yang mencari sendi dan tapak kukuh.
saling kebergantungan kepada sesama sendiri sudah semakin hilang dan dilupakan.
Ramai yang membawa Budaya Keterasingan dalam kelompok-kelompok tersendiri seperti puak Red Indian di Amerika Syarikat.
Tidak ada satu pun gerak kerja yang boleh dibanggakan bagi menaikkan dan meningkat kejayaan Melayu.
Yang ada hanya cemuhan keatas bangsa Melayu oleh puak anti Melayu yang dipelopori oleh kaum anarkis PSM dan DAP.

Jadi Apakah Solusinya kepada survival bangsa Melayu sendiri?
Apakah jalan keluar yang paling selamat untuk bangsa Melayu ditanahairnya sendiri?
Tidak lain tidak bukan, Melayu perlu segera bangkit semula.
Melakukan Kebangkitan Kali Kedua yang lebih bermakna.
Menolak segala retorika Politikal yang melemaskan pengembangan minda.
Membuang semua perlumbaan politikal yang sesia.
Terus menerus usaha-usaha pembangunan rohaniah bagi melengkapkan pembangunan jasmaniyah.
Membanteras semua fahaman yang negatif dikalangan Melayu.
Melayu sendiri perlu membangunkan diri sendiri dan famili mereka. 
Anda selaku Melayu mampu melakukannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa